Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Disember 2012

Mahkamah Tinggi Kuantan Lokasi Terbaru Kes Husam vs Kickdefella Dengan Blogger Jadi Peguam Bela

Mahkamah Tinggi Kuantan – Dato' Husam (Plaintiff) v. Syed Azidi Kickdefella (Defendan)

Pada Selasa 18 Disember 2012 dan Rabu 19 Disember 2012, perbicaraan kes saman fitnah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa ke atas saya akan bermula di Mahkamah Tinggi Kuantan. Ini setelah lebih setahun kes itu difailkan.

Asalnya kes ini difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, tetapi setelah kedua-dua hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu  menarik diri, kes ini akan didengar oleh Hakim Yang Arif Dato' Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Saya mula melangkah keluar dari dunia maya ke dunia realiti sebagai blogger  pada awal 2007 bila dua blogger; Rocky Bru dan Jeff Ooi di saman oleh  Kumpulan 5 NST dan esok, tiba masanya pula untuk saya.

Plaintif memohon RM5 juta berserta lain-lain gantirugi.

Pasukan pembelaan saya akan diketuai oleh Dato' Jahaberdeen Mohd Yunos dari Tetuan Jahaberdeen & Co. Dato' Jahaberdeen juga adalah seorang blogger.


http://kickdefella.net/2012/12/17/mahkamah-tinggi-kuantan-dato-husam-plaintiff-v-syed-azidi-kickdefella-defendan/#comment-82161


Misteri kenapa hakim menarik diri wajar dirungkai semua yang ada akses maklumat cerita di belakangnya.

Adakah ada tekanan atau halangan yang timbul dari kewujudan kes ini samada dari pihak Kerajaan atau Pakatan?

Hingga kini banyak skandal sudah didedahkan yang berjaya menggegarkan kota Darul Naim yang selama ini selesa didiami oleh golongan yang bertopengkan jubah dan serban walhal penyesat utama akidah umat Islam Kelantan dan Malaysia.

Kepada Kanda Kickdefella dan rakan blogger lain yang ditekan dengan saman oleh Husam Musa   dan konco-konconya, semoga mereka akan tabah dan tegar melawan musuh yang perlu dihapus agar maruah Islam tidak lagi tercemar dengan penipuan mahupun penyelewengan Pakatan Pembangkang. - ikhlas Panglima Perang Cyber


Sent from my iPad

2 ulasan:

PecahPalakMikir berkata...

Aku setuju bro selagi kita yakin lakukan demi Agama bangsa negara usahlah kita getar dengan cabaran yang mendatang, kita ikhlas kerana allah kalau saman didunia tidak memberi apa2 masalah selagi kita bercakap benar.

mohd. natar berkata...

... Semoga kebenaran akan mengatasi kebatilan dan semoga segala kemungkaran akan terserlah dipermukaan yang nyata. Selamat berjuang untuk blogger yang jujur ...

Cari Blog Ini

Translate