Terima kasih kepada 51 pejuang siber yang aktif membantu menyebarkan rayuan panglima kepada pejuang siber di atas dan juga sering menyebarkan tweet link artikel-artikel melawan penjenayah maya yang mahu runtuhkan negara kesayangan kita Malaysia.
Banyak tweet dari blog Panglima www.penembak-tepat.com dan blog pejuang maya yang lain disambung secara automatik ke akaun panglima_cyber sehingga dengan izin Allah dapat mematikan serangan pembangkang yang mahu runtuhkan kedamaian dan kemakmuran Malaysia.
Meskipun ada yang menggunakan pendekatan artis dan cerita hiburan namun itu mungkin subjek kegemaran mereka yang kita tidak pula boleh menghalangnya.
Serangan pembangkang jelas hanya mahu menfitnah UMNO BN yang terlalu banyak jasanya kepada semua bangsa dan agama di Malaysia. Walau kita akui ia bukan parti sempurna ibarat Nabi.
Namun kelemahan yang sedikit jangan dijadikan alasan kita menolak jutaan kebaikan kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai selama ini. Kerana UMNO BN jauh lebih berjaya urus negara dan negeri berbanding Pakatan Pembangkang.
Jasa anda semua diucapkan jutaan terima kasih dan moga diberkati Allah Maha Esa dan diberi balasan umur panjang dalam ibadah, harta yang melimpah dan tetap dalam keimanan hingga dapat husnul khatimah.
Sekian. Wassalam.
1 ulasan:
Bayarlah hahahaa.. ;p
Catat Ulasan