Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Disember 2012

UMNO Online - Pas Bertanggungjawab Pecah Belah Perpaduan Melayu – Blog Syed Ali

Pas Bertanggungjawab Pecah Belah Perpaduan Melayu – Syed Ali

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Seorang pemimpin Umno hari ini menuduh PAS telah lari daripada perjuangan asalnya dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata peranan golongan ulama dalam parti itu juga sudah terhakis kerana tidak berupaya menghadapi tekanan daripada DAP.

"Pas terpaksa menggugurkan wadah perjuangan Islamnya kerana menyedari parti itu tidak boleh hidup tanpa sokongan daripada DAP dan PKR, katanya dalam entri terbaru blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com

Syed Ali menegaskan bahawa golongan ulama Pas termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah tidak lagi relevan dan, adanya mereka kini seperti "tunggul kayu buruk" yang tidak berupaya bertentang mata dengan DAP.

Beliau berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS termasuk Nik Aziz yang berani membantah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh bertegas menentang apa juga cadangan ke arah pembentukan sebuah negara Islam termasuk pelaksanaan hokum hudud.

"Ini menunjukkan pemimpin PAS terutama Nik Aziz cakap putar belit dengan memainkan sentimen agama yang dipolitikkan untuk meraih sokongan pengundi Melayu," katanya.

Syed Ali menjelaskan, PAS walaupun ditentang oleh DAP dari segi perjuangan Islamnya, tetapi tetap memperalatkan agama.

Oleh sebab itu, kata beliau, Nik Aziz tetap bertegas mahukan presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya jangan menarik balik 'Amanat Haji Hadi' yang terbukti telah memecahbelah masyarakat dan menyesatkan pemikiran umat Islam.

"Ketika semua pihak termasuk bekas pejuang PAS mendesak Haji Hadi tarik balik amanat tersebut, Nik Aziz pula mahukan ia dikekalkan, ini menunjukkan Nik Aziz mempunyai agenda yang tersirat," katanya.

Justeru, katanya, orang Melayu terutama umat Islam harus sedar bahawa perjuangan PAS selama ini hanya untuk kepentingan politik pihak tertentu dan bukannya berasaskan kepada perjuangan Islam.

http://www.umno-online.my/?p=74743

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate