Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Januari 2013

Kenyataan Lim Guan Eng Mahu Kalimah Allah Untuk Kristian Diulas Akhbar Singapura



DAP Dalang dalam Kontroversi Kalimah Allah


Isu penggunaan Kalimah Allah telah sekali lagi menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah tersebut dalam edisi Bahasa Melayu kitab Injil yang diterbitkan di sini.

Kenyataan beliau itu telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dari pelbagai pihak sehingga memaksa Lim Guan Eng memutar kenyataan beliau dengan berkata bahawa beliau hanya membuat gesaannya untuk penganut-penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Rata-rata masyarakat Malaysia menyelar kenyataan beliau itu yang dibuat dalam perutusan sambutan hari Krismas baru-baru ini dan menyifatkan Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat sebagai tidak sensitif. Berikut adalah terjemahan berita yang disiarkan dalam akhbar Singapura,The Straits Timepada 1 Januari 2013:


KUALA LUMPUR - Kontroversi penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam telah timbul lagi di Malaysia, setelah seorang pemimpin pembangkang menggesa Kerajaan Persekutuan agar membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah tersebut untuk tujuan beribadat.

Beberapa kumpulan Islam telah mengadakan siri protes terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang dalam ucapan sambutan Krismasnya telah menggesa pihak berkuasa membenarkan penganut-penganut agama Kristian menggunakan kalimah "Allah" dalam edisi Bahasa Malaysia kitab Injil yang diterbitkan di sini.

"Dalam menyampaikan pesanan sambutan Krismas pun beliau telah menimbulkan sentimen keagamaan terhadap orang Islam," kata Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang Hafiz Nordin, yang telah memimpin protes di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ini.

"Ini jelas membuktikan betapa Pakatan Rakyat dan DAP bersikap tidak sensitif serta mendiskriminasi."

Mufti Perak Harussani Zakaria juga mengecam kenyataan Lim Guan Eng itu, sambil menyifatkannya sebagai sebuah provokasi.

"Penganut-penganut Kristian tidak seharusnya masuk campur dalam Islam. Sekiranya mereka mahu menggunakan perkataan 'Allah', mereka boleh memeluk agama Islam," ujar beliau kepada sebuah laman web berita tempatan.

Reaksi-reaksi ini menggambarkan ketegangan-ketegangan yang masih menyelebungi isu yang sangat sensitif ini. Titik penyelesaian masih belum lagi dicapai sejak pihak Kerajaan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan sebuah penerbitan Katolik menggunakan kalimah Allah pada tahun 2009.

Pihak Gereja Katolik telah membawa isu ini ke mahkamah berikutan pihak kerajaan mengarahkan mereka berhenti menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan mereka.

Namun begitu, keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah menimbulkan kemarahan ramai penganut-penganut agama Islam yang merasakan bahawa kalimah itu hanya milik Islam, dan mereka juga mengesyaki bahawa penganut-penganut Kristian menggunakan Injil berbahasa Melayu untuk menarik umat Islam menganuti agama Kristian.

Penganut-penganut Kristian pula walaubagaimanapun telah menegaskan bahawa kalimah Allah telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi, dan telah digunakan tanpa sebarang insiden oleh kumpulan-kumpulan etnik pribumi yang bertutur dalam Bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.

Dalam beberapa minggu selepas keputusan mahkamah tersebut, 11 buah gereja, sebuah kuil Sikh, 3 buah masjid dan 2 buah surau telah dibakar, dirosakkan atau dicemar, mencetus ketegangan agama seterusnya mencemar nama baik Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersifat terbuka.

Penganalisa politik Joseph Liow berkata bahawa kedua-dua belah pihak telah memberatkan lagi isu ini sebenarnya.

"Isu ini sangat sensitif kepada penganut-penganut Islam kerana wujud sentimen dalam komuniti ini bahawa identiti Islam dan Melayu sedang tergugat," kata Dr Liow, seorang pakar dalam isu-isu Islam.

Beliau juga menambah bahawa isu "Allah" ini telah diselubungi dengan politik, kerana ahli-ahli politik menggunakannya untuk mendapat sokongan dari pelbagai pihak, menjadikannya sukar untuk membuat satu penilaian yang objektif tentang siapa yang benar dalam hal ini.

Isu ini kembali menjadi satu isu yang penting dengan ketibaan pilihanraya umum beberapa bulan saja lagi. Ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak enggan menaikkan kemarahan pengundi-pengundi Islam dan Kristian.

Lim Guan Eng kemudiannya menjelaskan bahawa pesanan beliau hanya ditujukan kepada penganut-penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja, iaitu lokasi terbesar penganut-penganut Kristian di Malaysia.

Penganut-penganut Kristian membentuk 10 peratus daripada 28 juta penduduk-penduduk Malaysia.

Kenyataan Lim Guan Eng tersebut juga telah menyebabkan pertelingkahan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), rakan politik DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya," ujar Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah berkata bahawa Pakatan Rakyat akan bermesyuarat demi membincangkan isu ini. 



kiriman email



Sent from Samsung Galaxy Note

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate