Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Februari 2011

Al Fatihah : Anak Syed Ahmad Sah Meninggal Dunia Semasa Solat Semalam !!!



Hari ini diperkata tentang anak Syed Ahmad telah meninggal dunia selepas seorang Syed juga anak kepada Syed Ahmad yang lain di Kerdau bernama Syed Ibrahim telah dipilih Allah menjadi calon Barisan Nasional. 





gambar Berita Harian


Apa yang hendak dikaitkan di sini keturunan Syed di atas telah meninggal dalam keadaan amat baik ketika  bersolat semasa menjalani latihan PLKN yang baik kepada pembentukan dirinya.  
Berita sini http://www.bom321.com/ 


Sama juga dengan Calon BN berlulusan Al Azhar bernama Syed Ibrahim Syed Ahmad tersebut sangat sesuai mewakili rakyat dengan harapan anak mukim dan kawasan beliau akan kuat amalan kerohanian. 


Meskipun sudah mula difitnah oleh Pakatan Rosak dengan dakwaan tiada sijil dari Al Azhar.


Dan seorang Syed juga akan menyokong dan berjuang untuk perkara yang baik. Meskipun masih ada juga beberapa orang keturunan Syed yang gagal menghayati maksud perjuangan Nabi sehingga menyokong Pakatan yang menindas orang Melayu, menghina Islam serta meliberalkan agama termasuk kalimah Allah.


Keturunan Nabi sebenar sesekali tidak akan sokong Pluralisme yang mengakui semua agama benar, mereka juga akan menolak peliwat atau penjenayah, atau penipu atau penfitnah.


Patutlah anak Nabi Nuh tidak dianggap keluarga baginda lantara tidak mengikut perjuangan ayahandanya menegakkan agama Allah sehingga karam ditelan banjir.


Sebentar tadi semasa mencari kisah ulama meninggal dalam keadaan solat maka Panglima terjumpa kisah oleh ahli motivasi Ustaz Pahrol Mohd Juoi tentang keadaan orang soleh yang meninggal dalam solat.


Terasa gelombang dan aura 'sedih' dalam tulisannya !!! tulisannya ada di sini http://genta-rasa.com/ 


Dalam banyak yang mati hari ini, Panglima merasa sangat sedih bila umat Islam mati tanpa sebab munasabah di Libya. Ia dilapor oleh Berita Agensi Barat yang dikatakan telah mencecah 1000 orang.


Benar atau tidak Wallahu A'lam.


Terfikir juga adakah kita mahu mati dalam keadaan sebagai 'pengkhianat' atau 'pemberontak' atau lebih dikenali dengan gelaran Bughoh dalam fekah ???


Jangan kita terima fatwa Yusuf Qaradawi bahawa SYAHID jika mati lawan pemerintah. Begitu juga perintah agar dibunuh pemerintah Libya oleh ulama tersebut.


Kenaikan harga minyak hari ini dan kejatuhan saham dunia khasnya Asia adalah disebabkan permainan BARAT ANTI ISLAM yang mahu menyekat kebangkitan ASIA sebagai kuasa ekonomi atau paksi baru dunia. 


Mereka juga mahu menyekat pembangunan negara pengeluar minyak yang kebanyakannya adalah ISLAM dan SAUDARA SEAGAMA kita. Minyak naik, inflasi naik, harga barang naik dan akhir sekali RAKYAT NAIK MINYAK !


Bila negara huru-hara mereka akan naikkan proksi kesukaan mereka dan akan berlakulah penjajahan baru tanpa rakyat dan umat Islam sedar.


Ingat balik bagaimana disebabkan hasutan maka  tiga Khalifah yang juga Sahabat dan dua Cucunda Rasulullah saw telah dibunuh dengan kejam angkara munafiq dalam Islam. 



Artikel berkaitan sila tengok di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/ 



IJMAK ULAMA tidak pernah mengakui mendapat syahid melawan pemerintah. 


Bahkan hukuman mati boleh dikenakan kepada sesiapa yang memberontak. 


Jika nak berpegang kena tengok IJMAK ULAMA baru boleh dijadikan sandaran !!!


Sebab itu Panglima sebenarnya tidak suka dengan Yusuf Al Qaradawi yang tidak jelas pendirian beliau dan tidak diterima dengan IJMAK oleh ulama Islam di akhir zaman ini.


Pelik Al Jazeera sangat suka memetik fatwa beliau...


Mari kita berdoa umat Islam akhir zaman kembali bersatu atas kebenaran !!!




Jom kita kenali keturunan Nabi Ahlu Bait calon BN di Kerdau 








BIODATA CALON (info BLOG PRK KERDAU)

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim





Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

8 ulasan:

Unknown berkata...

nak cakap camtu kat qaradhawi ko bape kitab ada.. berapa hadis hafal?

DeeYa berkata...

Yusuf Qardhawi tu Ulama Wahabi lah.. mana boleh pakai fatwa dia. Dia quote ucapan Umar Al-Khatab tanpa quote ucapan tu dari siapa, Pengikut dia pi quote tu ucapan dia... sakit sungguh hati aku.

Panglima Perang Cyber berkata...

aku ckp IJMAK ULAMA tak setuju pendapat Dr Yusuf...ada paham?

Unknown berkata...

Apa kata UMNO kawasan tuan/puan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota ceramah yang telah beliau wakafkan kepada semua netizen:-
http://www.docstoc.com/docs/72022611/Ketuanan-Melayu-Mengikut-Ulama-Nusantara

Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang yang terkenal. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

FAKEH KHALIFAH SAKA

Hang Merlimau berkata...

Salam bro...

Tumpang lalu dan kongsi maklumat... wira blogger baru merangkak...Harap dibantu dengan info..

Unknown berkata...

jangan duk keliru dgn istilah wahabi ke apa ke..jagan keliru dgn istilah..begitu juga dgan ulama salaf dan ulama khalaf..kita perlu utamakan ilmu dari segalanya..bila dah faham takde lah salah faham..hafiz3579@yahoo.com

ajijasin berkata...

AKU... BILA YUSUF ALQARADHAWI BUAT FATWA BUNUH PEMIMPIN KETUA NEGARA SEAGAMA...
AKU TAK BOLEYYY NAK TERIMA LAGI... STETMEN DIA...

MUHAMMAD HELMI BIN TAN berkata...

http://www.ek-ele.co.cc/2011/02/fatwa-yusuf-al-qaradawi-darah-gaddafi.html

Ulama Muslim berpengaruh Mesir, Yusuf al-Qaradawi, telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahawa setiap tentera Libya yang memiliki kesempatan untuk menembak pemimpin Muamar Gaddafi harus melakukannya 'demi membebaskan Libya dan rakyatnya dari kejahatan'.

"Saya di sini memfatwakan siapapun di dalam angkatan bersenjata Libya yang mampu dan memiliki kesempatan menembak peluru ke arah Gaddafi harus melakukannya," kata Qardawi yang sebelumnya berada di Qatar, kepada televisyen Al Jazeera.

Beliau juga menyeru tentera Libya "untuk tidak mematuhi perintah menyerang rakyatnya sendiri" dan juga mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rejim Gaddafi.

Qaradawi menyokong perjuangan rakyat Libya dan menyeru mereka tetap meneruskan perjuangan dengan apa cara pun, termasuk seberapa banyak yang mungkin tumbang. Beliau menekankan bahawa balasan Tuhan sudah dekat dan Tuhan akan membalas Gaddafi baik di dunia mahupun di masa nanti atas ketidakadilan dengan hukuman setimpal.
Sumber :Republika

statement anda:

IJMAK ULAMA tidak pernah mengakui mendapat syahid melawan pemerintah.

Bahkan hukuman mati boleh dikenakan kepada sesiapa yang memberontak.

Jika nak berpegang kena tengok IJMAK ULAMA baru boleh dijadikan sandaran !!!

anda tahu n kenal siapa dia Syeikh Yusof Al-Qaradawi?anda kenal siapa itu Muamar Gaddafi?kenapa beliau keluarkan fatwa ini?apa yang telah dilakukan oleh Gaddafi smpi Syeikh Yusof Al-Qaradawi keluarkan fatwa ini?Ijma' Ulama mane yg anda ambil?sebab apa rakyat Libya memberontak?apakh mereka hya perlu berdiam diri bila dizalimi,ditembak dgn senjata2 canggih dan sebagainya sesuka hati??anda cari,hayati,tahu,kenal dan selami semuanya.insyaallah.

maaf atas khilaf.semg kta sume berada dlm rahmat dan perlindungan allah.insyaallah..

Cari Blog Ini

Translate