Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Februari 2013

PNB urus aset lebih RM225 bilion Pegang Saham Lebih 200 Syarikat Di 20 Buah Negara - Syabas PM @NajibRazak #BNBagus #UndiBN #VoteBN

PNB urus aset lebih RM225 bilion

Mustapa Mohamed menurunkan tandatangan pada plak perasmian pejabat baharu Amanah Saham Nasional Berhad cawangan Pasir Puteh, Kelantan semalam. Turut hadir Ahmad Sarji Abdul Hamid (tengah) dan Hamad Kama Piah Che Othman. - MINGGUAN/IRWAN MAJID

PASIR PUTEH 23 Feb. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini menguruskan 162.879 bilion unit saham yang dimiliki 11.3 juta pemegang akaun dengan mendapat pengiktirafan badan ekonomi dunia termasuk European Business Assembly.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, lonjakan pelaburan dalam pelbagai unit amanah yang ditawarkan, membantu peningkatan pemegang akaun secara purata sebanyak 311,000 orang setahun.

Menurutnya, rakyat tertarik dengan PNB apabila pelaburan mereka di dalam unit-unit saham adalah selamat dan terjamin.

Beliau berkata, ini termasuk unit saham yang harganya tidak berubah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Didik (ASD) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan nilai tara yang sentiasa tetap pada kadar RM1 seunit serta keuntungan yang kompetitif.

"Rakyat di peringkat akar umbi merasa mudah untuk melabur dengan pelaburan minimum permulaan adalah serendah RM10 bagi Amanah Saham Nasional (ASN) dan ASB atau RM100 bagi unit-unit saham yang lain," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian pejabat ASNB Pasir Puteh, dekat sini yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengarah Eksekutif ASNB, Datuk Idris Kechot.

Ahmad Sarji berkata, PNB juga adalah institusi pelaburan tunggal di dunia yang membenarkan pelaburan terbuka kepada anak-anak seawal usia enam bulan bagi kesemua unit saham kecuali ASN2 dan ASN3 Imbang.

"Jumlah aset yang diuruskan PNB kini bernilai lebih RM225 bilion di samping memiliki pegangan saham dalam lebih 200 buah syarikat yang mempunyai rangkaian meluas di rantau Asia Tenggara termasuk sebuah syarikat multinasional yang terlibat dalam sektor peladangan, hartanah, permotoran, peralatan industri, tenaga dan utiliti di 20 negara," katanya.

Di luar negara katanya, PNB memiliki bangunan perniagaan di London dan Brisbane, Australia dengan nilai harta keseluruhan sebanyak RM4.88 bilion.

Beliau berkata, pelaburan rakyat Kelantan kini berjumlah 6.8 bilion unit dan berada di kedudukan kesembilan di antara negeri di Malaysia membabitkan 660,547 pemegang saham.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130224/dn_08/PNB-urus-aset-lebih-RM225-bilion


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate