Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Februari 2013

Syirik Sokong Puak Benar Kalimah Allah Diguna Untuk Syirikkan Allah - Tok Guru Pondok Kelantan

Sampai masa berjihad pertahan kalimah Allah

PULAU PINANG 23 Feb. - Sudah tiba masanya orang Islam di negara ini berjihad bagi mempertahankan kalimah Allah daripada membenarkannya digunakan bagi tujuan syirik.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menegaskan, sudah jelas di dalam al-Quran, kitab tafsir dan fiqah bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan untuk selain daripada Allah.

Jelasnya, perkataan Allah itu sendiri adalah diambil daripada bahasa Arab asli dan merujuk kepada zat-zat tertentu.

"Allah sendiri dalam al-Quran telah menegaskan menamakan diri-Nya sebagai Allah dengan merujuk kepada zat-zatnya tertentu dan tidak boleh diguna pakai untuk yang selain daripada-Nya.

"Malah ia turut disokong oleh ulama-ulama tafsir bahawa tidak boleh menyekutukan nama Allah dengan sesuatu yang lain selain dari Allah.

"Oleh itu adalah wajib untuk orang Islam tidak kira sama ada muslim dan muslimat UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau yang berada di atas pagar untuk mempertahankan kalimah ini agar ia tidak digunakan untuk tujuan syirik," katanya ketika berceramah di Gerak Himpun Keranamu Kalimah Allah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, dekat sini malam tadi.

Ceramah yang dihadiri oleh kira-kira 200 penduduk setempat itu bertujuan menjelaskan mengenai pengunaan kalimah Allah menerusi al-Quran dan terjemahan oleh ulama tafsir dan kitab-kitab fiqah.

Beliau dalam pada itu menambah, umat Islam di negara ini perlu sepakat dalam mempertahankan kalimah berkenaan kerana ia melibatkan soal akidah dan kesucian Islam.

"Jadi isu kalimah Allah ini sudah menjadi perkara fardu ain dan kita perlu berjihad untuk mempertahankannya.

"Namun bukanlah jihad dengan mengangkat senjata atau memikul pedang. Kita jihad dalam pilihan raya umum akan datang, kita tolak sesiapa sahaja yang bersekongkol untuk membenarkan kalimah Allah ini diguna untuk tujuan syirik," jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyeru semua umat Islam agar mengundi Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin kalimah Allah dan kesucian Islam terus terbela.

"Kita hendak tunggu apa lagi? Pas sendiri pada mulanya menyokong dengan mengatakan kalimah Allah itu boleh digunakan oleh bukan Islam. Itu bohong dan kita masih tidak faham mengapa Pas masih sanggup untuk bersama dengan DAP.

"Jadi jangan pangkah selain dari BN kerana ia boleh membawa kepada syirik. Ini perjuangan dan kalau kita menyokong mereka yang mahu membenarkan kalimah Allah ini diguna untuk tujuan syirik, kita sama syirik," tegasnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate