Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mac 2009

Edisi Pagi : Mari Lihat Manusia Bertopeng di Blog Panglima ~ Malaysiakini



Salam perjuangan untuk sahabat sahabat semua !

Pagi ini saya baru sahaja menukar format komen di blog saya selepas menyampah dengan kehadiran komen bertaraf sampah 'anonymous' yang ditulis oleh blogger yang terlalu risau kata kata komen mereka barangkali menjadi back fired kepada kredibilit mereka sendiri.

Jika anda berminat menukarnya sila pergi ke papan pemuka > tetapan> ulasan > pilih tetapan - pengguna berdaftar - termasuk openID....

Di sana juga anda boleh juga memilih 'Papar' di ruang ' Pautan Balik' untuk mengetahui siapa yang ada buat pautan ke blog anda dan saya juga baru menukar tetapan tersebut untuk memudahkan saya mengetahui siapa yang ada membuat pautan ke tajuk artikel terkini saya.

Pendekatan Blogger pihak sana dalam memberi komen sebagai Anon walaupun bertaraf Blogger adalah sangat saya kesalkan. Saya sendiri tidak pernah menggunakan kesempatan menggunakan komen Anonymous untuk mengutuk kerana saya sedar Allah melihat perbuatan saya di mana sahaja saya berada.



Berbanding blogger BPN yang sentiasa macho dengan komen lengkap dengan profil diri sendiri walau pun atas nama glamour seperti parpu kari, gomo, taipingmali ( antara contoh ) mereka sanggup menanggung kesan positif atau negatif atas komen yang mereka berikan.

Satu keberanian bertaraf pendekar walaupun latar belakang pendidikan mereka juga tidaklah sama tetapi sikap tersebut amatlah saya puji kerana ia tanda keberanian diri yang tinggi !!!

Syabas Bro Bro BPN dan moga kita akan semakin mara ke hadapan untuk Rakyat Malaysia dalam membela agama bangsa dan negara !!!


Demi Allah, untuk Allah dan Hanya kerana Allah.


Dengan slogan keramat kita iaitu - Satu Suara , Satu Arah dan Satu Akidah



Logo Background Putih di atas ini baru dihantar 
kepada saya  pagi ini hasil sumbangan PasMuda




P/ S : SELAMAT MEMBUAT PEMILIHAN PERWAKILAN UMNO DEMI MENENTUKAN PEMIMPIN TERBAIK YANG BOLEH MENJAGA NEGARA KITA SERTA AGAMA DAN BANGSA AGAR LEBIH HEBAT DARI HARI SEMALAM...


Pengumuman : Ahli terkini BPN saudara Pemuda Gagasan sila ziarah blog beliau di sini dan BPN akan membuat liputan dari PWTC oleh beberapa orang blogger kita selepas diberi Pas oleh Sahabat Gunung untuk tujuan tersebut.

Siapa berminat membantu membuat liputan di sana sila hubungi GOMO dengan segera !!!

Terima Kasih Sahabat Gunung atas usaha anda...

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus panglima.. tindakan tegas selepas kita biarkan mereka bermaharajalela di sini..

orang islam tak akan biar diri diperkotak katik dan tak akan biar diri dihina oleh 'hantu-hantu' yang berkeliaran atas nama Anon.

mereka sebenarnya pengecut kerana tak berani sikitpun tunjukkan diri atau nama.

hidup BPN kita !!!

PemudaGagasan berkata...

Terima kasih Sdra. pasmuda untuk logo baru BPN yang berlatarbelakangkan warna putih.

Harap dapat tunjuk ajar dari otai-otai BPN semua, insyaAllah.

Tok Pambu berkata...

UMNO boleh kata apa juga yang mereka suka. Akan tetapi boleh kah UMNO kembalikan sokongan kaum india dan cina kepada UMNO?

Sebenarnya bukan kaum india dan cina sahaja yang tidak suka UMNO, tetapi kaum bukan melayu dari Sabah dan Sarawak juga sudah tidak suka UMNO.

Tak payah cerita panjang hal UMNO. Anda sendiri boleh lihat dan saksikan keburukan pemimpin2 UMNO.

Akan tetapi sungguh malang, penyokong2 tegar UMNO masih TIDAK SEDAR atau pun MALU mengaku bahawa pemimpin mereka bermasalah besar.

Selagi melayu tidak bersatu menyokong UMNO, UMNO akan berkubur.

Persoalan nya : "BOLEH KAH MELAYU BERSATU menyokong UMNO?".

Tanpa Nama berkata...

Salam PPC,

PPC silap apabila mengandaikan blogger BPN "sentiasa macho dengan komen lengkap dengan profil diri sendiri walau pun atas nama glamour". Mungkin benar blogger BPN "macho" apabila bersiaran bersama rakan-rakan BPN dengan memperkenalkan nickname dan blog sendiri, tetapi apabila mereka menyelinap masuk ke blog oposisi atau blog neutral lain pula jadinya. Tiba-tiba mereka menggunakan nama anom, walaupun punya blog sendiri!

Mudah saja untuk mengesan pemilik blog yg menggunakan nama anom ini. Kita tidak perlu melihat wajah untuk mengenali identiti seseorang kerana acapkali deria rasa kita dapat menangkap identiti seseorang menerusi gaya berbicara, susun atur ayat dan lenggang lengguk bahasanya yang sukar diubah.

Panglima Perang Cyber berkata...

Rasanya tuduhan perlu disertakan dengan bukti atau ia menjadi FITNAH yang sangat bahaya dari membunuh..

Apa beza bunuh dengan fitnah ?

Jika saya difitnah mencuri, tuduhan yang tidak saya lakukan tentu menyeksa diri dan menjatuhkan maruah saya.

Kerana harga diri seseorang itu bergantung kepada maruahnya.

Dan Islam menjaga maruah sehingga ia diletakkan dalam 5 perkara yang dijaga agama kita.

Sebab itu tuduhan tanpa bukti ada hukum qazaf !!!

Harap semua dapat berhati2 tak kira dari team mana sekalipun.

Jangan membuat fitnah atau anda akan menerima kesan fitnah anda satu hari nanti.

Anon 00 berkata...

baguslah... dunia IT masih baru kepada rakyat Tanah Melayu ini. jadi, dalam pembaharuan tersebut, maka sedikit sebanyak, banyaklah salah silap yang dilakukan... umpamanya orang yang baru mengenal internet, pastinya akan melayari beberapa web yang bersesuaian dengan kegemaran mereka. contohnya, web-web yang memaparkan sesuatu yang dianggap taboo dalam masyarakat Tanah Melayu.

Bila dah lama, bila dah bosan, maka penetapan akan kaedah sebenarnya akan muncul... dan ia adalah evolusi yang tidak akan berhenti...

Begitu jugalah halnya dunia politik... kalu hari ini, kita sokong pihak ni, jangan takbur yang kita takkan sokong pihak nu. Segala-galanya boleh berubah sebab kita manusia. Sedangkan batu pun boleh berubah, apatah lagi hati manusia....

Tiada yang adil dalam diri manusia. Tiada yang adil dalam sistem ciptaan manusia. Tiada yang adil dalam sistem berpolitik mengikut acuan politik barat. Jadi, beragak-agaklah...

A-I-B berkata...

Panglima Perang Cyber said...

Rasanya tuduhan perlu disertakan dengan bukti atau ia menjadi FITNAH yang sangat bahaya dari membunuh..

Apa beza bunuh dengan fitnah ?
------------------------------

Hebat ungkapan PPC di atas. So yang tuduh Anwar dan Nik Aziz macam2 ada bukti ker!... ada nampak depan mata ker!... ada saksi 4 orang ker yang tidak fasik?.... So, jawap sendiri!..... Lu pikir lah sendiri...

PARPUKARI berkata...

NO NAME IS A REAL DEAL GAY...

NO NAME MEANS TAK TAU DIA TU APA JANTAN KO TINO...

PARPUKARI berkata...

BETUL TU TUAN PANGLIMA, MEREKA TU BLOGGERS YANG BACUL DAN PENAKUT, MEREKA NI DI ALAM CYBER PUN TAK BERANI, PASTU AA HATI NAK JUMPA KAT ALAM NYATA...MUAHAHAHAHA

YALAH PANGLIMA SAYA PUN NAMPAKNYA KENA BUAT MACAM TU LA JUGAK....DAH ADA RAMAI ANON2 YANG MENYAMAR

TAK CUKUP DENGA TU MEREKA BUAT ID DUPLICATE PULAK TU, MEMANG HAMJADAH LA MEREKA NI

Panglima Perang Cyber berkata...

Gelagat mereka perlu diajar cukup2..

Bukan semua tempat kita kena berlembut.

Kadang kala kita kena keras juga sekali sekala.

Seperti KDN yang haramkan Harakah dan Suara Keadilan untuk tiga bulan.

Walau ia lewat dan terlewat tapi better than nothing-lah.

HousePK berkata...

Korang dari BPN tak nak mintak haramkan ker.. blog dari PR yang mengancam korang. Mintak lah tlg dari KDN haramkan mereka berblog selama 3 bulan!...

Panglima Perang Cyber berkata...

Lawaknya...

Guna nama orang datang melawak di sini ke ?

Parpu aka Merapu ?

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Salam,
Kepada noname. Yang PR dok tuduh Najib hari-hari tu ada bukti ke?

Fitnah merosakkan bangsa dan negara.

Tolak Pakatan Rapuh.

Tolak Parti Kuat Rasuah.

Tolak Haru-Biru Untuk Malaysia.

Dari Permatang Pauh ke Penjarajaya

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

SEJARAH ADA BUKTI PAS TOLAK DAP DAN PAP BILA BINCANG MALAYSIA MALAYSIAN DULU.... TAPI KNAPA SEKARANG BOLEH IKUT TELUNJUK DAP.SEJARAH TAK LEH BAIK DGN UMNO...TAPI SEJARAH JUGA ADA KATA KE BOLEH TIDUR BERDAKAP DGN DAP PULAK UNTUK LAKSANA MALAYAN UNION KE 2???

itulah pakar dan prof sejarah kepala tahi MINYAK

Aiman berkata...

Andai kate PR suke FITNAH..asal korg ikut???korg bagi laa bukto bile buat pertuduhan..br la rakyat percaya..TN PANGLIMA NI KOMEN AKU LGSG XNK BALAS>>AKU XGUNE ANON NI>>AIMAN DIKENALI RMAI LG..

Aiman berkata...

aku rs komen aku xkelihatan laa..tn pnye blog xbg respon pon..ke xtau nk ckp pe..hehehe..

Angkasa berkata...

Ini kali pertama saya post sebarang komen. Selepas ini saya harap dapat memberikan komen-komen yang bernas. I am neutral and walau apa pun, hidup melayu tetap dihati. Sekian

Cari Blog Ini

Translate