Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Februari 2013

Ulama2 Pondok Kelantan Isytihar WAJIB UNDI BN HARAM UNDI PAKATAN Demi Pertahan Kalimah Allah Pelihara Akidah Ummah !!!





TUMPAT 12 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

“Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

“Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

“Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta,” tambahnya – Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130213/po_01/Beri-undi-kepada-Pas-haram


baca juga :


Sudah Kecewa Dengan Pas

imageTUMPAT – Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah mengisytiharkan wajib mengundi Barisan Nasional dan haram mengundi Pakatan Rakyat apabila Pas didakwanya sudah mula terpesong jauh daripada memperjuangkan Islam.
Pengisytiharan tersebut dibuat di surau Pondok Geting (An-Najmiah), semalam yang dihadiri kira-kira 50 NGO dari Ummati Tanah Air, Pendidikan Fakta (Pendita) Minda Pondok, Selamat Tinggal Pas dan Ikatan Cendekiawan Negeri Kelantan.
NGO tersebut sepakat hadir untuk mengisytiharkan haram mengundi Pakatan Rakyat berdasarkan nas-nas yang dijelaskan mengikut al-Quran, hadis, ijmak ulama dan kitab-kitab muktabar.
Aktivis Ummati Tanah Air, Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkata, haram mengundi Pas kerana Pas sudah terpesong daripada perjuangan asal apabila meletakkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) sebagai sandaran mereka untuk menjalinkan kerjasama di antara PKR dan DAP.
Katanya, sebelum tahaluf, Pas mahu menubuhkan negara Islam namun selepas tahaluf Pas mahu menubuhkan negara berkebajikan, begitu juga sebelum ini ingin melaksanakan hudud tetapi kini bukan lagi agenda utama Pas.
“DAP telah secara jelas menolak penubuhan negara Islam dan menegah dari melaksanakan hukum hudud.
“Pas hanya mendiamkan diri kerana mereka hanya menggunakan isu hudud untuk memancing undi,” katanya.
Menurutnya, itu jelas menunjukkan Pas bukan lagi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat sebaliknya DAP adalah parti yang dominan.
“Apabila di Selangor dibuka kilang daging khinzir, arak dijual secara berleluasa, rumah urut berleluasa, Pas hanya berdiam diri.
“Begitu juga dengan isu kalimah ALLAH apabila sampai ke hari ini PKR dan DAP masih berpegang dengan keputusan mesyuarat mereka bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu tanpa menghiraukan keputusan Majlis Syura Pas, ” katanya.
Mohd Syamsul berkata, DAP beria-ria mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu kerana mereka ada agenda tersembunyi dan sekarang ini pun sudah ada orang Melayu menjadi paderi.
“Sekiranya tidak ditangani dengan baik, masa depan orang Melayu akan hancur, bukan itu sahaja, orang Melayu akan berbalah dengan Kristian.
“Atas dasar akidah kita bersatu, orang Islam Melayu wajib undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini,” katanya.
Jelas Mohd Syamsul, kitab-kitab Bible versi Melayu itu sudah ada berada di pasaran dengan judulnya bahasa Arab iaitu AL – Kitab tetapi ditulis dalam bahasa Melayu yang dicetak oleh The Bible Sociaty of Malaysia di Petaling Jaya. – Sinar Harian

1 ulasan:

PM berkata...

slm perjuangan tuan..tq

Cari Blog Ini

Translate