Bismillahirrohmanirrohim
Warkah Kepada Rakyat Malaysia Semua Bangsa Agama
Pertama sekali hamba ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada tuan puan saudara saudari adik adik yang sudi menatap warkah tidak
seberapa ini.
Tujuan warkah ini ditulis atas gerak hati hamba pagi
ini yang mahu meninggalkan sesuatu yang sangat bernilai berbentuk kata-kata
demi menyedarkan kita semua situasai negara kita yang menjadi payung kepada
anak isteri ibubapa kita tidak kira bangsa agama dan negara. Khususnya ketika
kita akan bertembung saat hidup atau mati negara dan bangsa serta keluarga kita semua
pada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi.
Detik warkah ini ditulis tepat jam 12.56 pagi tanggal
11 Februari 2013. Sehari selepas semua bangsa Cina seluruh dunia meraikan
Sambutan Tahun Baru Cina dengan tahun Ular akan mengambil alih tempatnya. Tahun
khabarnya tahun pembetulan – barangkali membetulkan apa yang telah tersalah
pilihan ramai rakan kita akibat mengikut perasan didodoi lagu fitnah kebencian.
Suasana saat surat ini ditulis, masih lagi di dalam
tetapan ceria dan gembira termasuk rakan lain dari bangsa Melayu India Iban
Kadazan yang turut menikmati cuti
sempena hari perayaan kaum Cina ini dan mengucapkan ucapan kepada teman mereka tanpa sebarang paksaan oleh sesiapa.
Ketika warkah tidak seberapa ini ditulis, isteri dan
anak-anak hamba sudah pun melelapkan mata diulit mimpi tanpa sebarang masalah
dalam fikiran. Hamba juga yakin itulah suasana dan rupa anak isteri kita semua
ketika ini…Tidur dengan hati yang gembira, perut yang kenyang dan suasana yang
aman damai. Hari ini dan semalam kami bersiar-siar berkereta ke sana ke mari
tanpa takutkan apa-apa menikmati keindahan bumi indah bernama Malaysia ini.
Berbanding semasa ancaman Komunis satu ketika dulu.
Tuan Puan Saudara Saudari yang dikasihi sekelian,
Kita mesti sedar dan bersyukur kerena kita telah diberi keamanan yang tidak semua bangsa atau negara menikmatinya pada saat yang sama kita menghirup nafas di dunia ini.Pada hari ini Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara yang maju. Kemakmuran ekonomi ini telah dinikmati semua pihak tidak kira bangsa atau bumiputera. Keadilan yang wujud terbukti apabila bangsa yang rajin berusaha berjaya memiliki kekayaan setakat mana yang mereka usahakan walau mereka bukan majoriti atau penduduk asal tanah Melayu ini.
Manakala bangsa peribumi Melayu yang baru sahaja bangkit dari ketinggalan selepas penjajahan, mula mengorak langkah pandang ke hadapan dan akhirnya telah berjaya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa lain yang menjadi teman mereka di negara kita ini pada awalnya..
Kejayaan ini telah memberi kebaikan kepada semua pihak, di mana semua merasa puas dengan bahagian yang diperolehi berdasarkan usaha yang mereka curahkan tanpa sebarang halangan dan diskriminasi.
Apa yang hamba ingin tuliskan di sini ialah betapa apa yang kita nikmati hari ini tidak mungkin akan kekal. Ia boleh berubah bila-bila masa jika kemudi negara kita bertukar akibat kesalahan mengundi calon memilih parti tidak lama lagi .
Perubahan satu perkara yang sangat kita sukai jika keadaan semasa tidak memberi faedah dan memudaratkan ramai orang. Namun berubah ke arah keburukan dan dengan latar belakang Pakatan yang kelam tanpa sebarang jaminan termasuk gagal menepati apa yang dijanjikan , sudah tentu perubahan tersebut tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa kecuali pihak yang bersekongkol dengan yang melaungkan perubahan tersebut. Janji yang tidak ditepati sudah tentu tidak akan ditepati jika Pakatan ini dipilih sekali lagi.
Sudah terang lagi nyata di hadapan kita pada hari ini kejayaan demi kejayaan diraih oleh negara Malaysia di bawah sebuah parti yang bernama Barisan Nasional. Dengan Melayu menjadi tulang utama dan dengan Cina dan India menjadi rakan setia dulu kini dan selamanya.
Meskipun meleleh air liur melihat kesenangan rakan Cina dan India, mereka yang dulunya datuk nenek mereka dihantar ke Malaysia untuk bekerja, Melayu sejati tidak pernah iri hati dengan kesenangan orang lain kerana berpegang prinsip bahawa semakin kuat usaha semakin banyak kurnia Allah berikan walau kepada yang tidak menyembahNYA.
Parti ini juga sebenarnya yang telah banyak membantu calon PRU yang tidak sama bangsa dan pertuturan dengan orang Melayu untuk mendapat sokongan undi orang Melayu sehingga menang di kawasan majoriti orang Melayu.
Pendek kata, arti berlogo Dacing ini jugalah yang telah berganding bahu dengan teman dari bangsa yang diterimanya menetap di bumi Raja Melayu ini sehingga berjaya membangunkan sebuah negara yang terkenal di serata dunia dengan kejayaan yang sungguh mengagumkan kawan dan menggerunkan lawan.
Parti ini juga telah berhasil menjaga kerukunan antara agama dan bangsa sehingga keamanan dan kedamaian dirasa sehingga ke tulang hitam setiap manusia yang berhak hidup aman atas kalimah perpaduan demi kemakmuran yang berkekalan.
Parti berbilang bangsa bernama Barisan Nasional ini juga terus mencari langkah mengubah sikap yang tidak wajar dijadikan di dalam menguruskan kerajaan atau cara bersemuka dengan rakyat bawahannya.
Parti BN ini juga telah memastikan makan minum rakyat terjaga, membela nasih tua dan muda, menjamin kehidupan warga emas kita, mengukuhkan sistem pendidikan termasuk di sekolah Jenis Kebangsaan Cina mahupun India, yang terulung seumpamanya di dunia, dan memberi bantuan kepada semua agama tanpa sebarang prasangka kepada mereka.
Jika segala pencapaian ini tidak dijadikan ukuran dan fitnah pembohongan dijadikan gentian semasa menimbang siapakah yang jadi pilihan, maka hamba mahu bertanya, apakah lagi yang boleh diharapkan kepada Pakatan yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menepati? Yang hanya tahu menghentam tetapi gagal memastikan diri sendiri berjaya menguruskan rakyat bawahan. Yang hanya tahu menyelewengkan kerja dan menipu sebagai bekalan azimatnya?
Ketika Barisan Nasional ditohmah dan difitnah ketika itu juga berbagai bukti didatangkan Allah untuk menyedarkan rakyat sekelian siapakah yang benar-benar menepati janjinya dan siapa pula yang menjanjikan apa sahaja demi secebis kuasa memerintah negara.
Antaranya kalimah Allah yang telah menjadi titik perpecahan besar antara tiga parti di dalam pembangkang yang telah berbalah sesama sendiri akibat berlainan ideologi demi rebut undi. Sungguh kita yakin bahawa apabila tidak ada yang mampu menjadi penentu di dalam Pakatan politik seperti Pakatan Rakyat maka suasana haru-biru akan berlaku dan tidak mustahil boleh melumpuhkan sistem pentadbiran Kerajaan dan akan menyekat pertumbuhan negara Malaysia ke aras yang lebih tinggi standing negara Singapura.
Lihat lagi selama ini pihak Pakatan yang bercita-cita besar mahu mengambil alih kerajaan itulah yang menuduh Mahkamah dan Perlembagaan negara kita tidak melaksanakan keadilan. Tuduhan bertali arus dilemparkan dan gelombang fitnah membadai daratan sehingga hancur semua kebenaran akibat fitnah yang dimainkan.
Namun apabila keputusan memihak kepada Pakatan maka Mahkamah yang difitnah tidak adil telah diterima tanpa sebutir kata dilontarkan menutup balik kejian yang dilemparkan kepada Hakim yang membuat keputusan.
Sikap sebegini tidak wajar ada pada diri pemimpin yang kononnya mahu
membebaskan rakyat dari kezaliman parti Barisan Nasional. Namun hakikat jelas
pada hari ini ialah yang bercakap dan menuduh itulah yang sebenarnya bermasalah
bukan pihak yang dihentam iaitu Barisan Nasional.
Memang benar mana ada lidah yang tidak tergigit, mana ada tupai tidak jatuh ke tanah jua…
Namun antara dua parti yang bersaing ke Putrajaya, hamba mahu kita fikirkan bersama adakah BN boleh dipercayai atau PR yang lebih sesuai untuk ditabalkan sebagai sebuah parti perikatan untuk membentuk kerajaan. Mengikut kaedah Usul FIqh, “yang paling ringan mudaratnya “ antara dua pilihan itu yang patut menjadi pilihan semua.
Bandingkan pencapaian dan cara pengurusan antara kedua parti utama Malaysia hari ini, walaupun kita tahu pendaftaran Pakatan Rakyat itu sendiri belum lagi berjaya diusahakan oleh pihak mereka selepas kali terakhir diusahakan Datuk Zaid Ibrahim ketika masih lagi ‘bersama’ dengan Anwr Ibrahim..
Sekali lagi kita buat perbandingan, jika Pakatan sendiri gagal menyelesaikan urusan pendaftarannya berbanding panji Barisan Nasional maka kita akan dapati ia tanda mudah bagaimana mahu mengenal rupa sebenar rakan kita yang boleh dipercaya atau tidak boleh sebenarnya.
Ketika ini jam sudah menunjukkan jarum pukul 2.21 pagi dan sudah mencecah 7 halaman melalui Microsoft Word…
Semua apa yang ditulis di atas adalah dengan tulus ikhlas dari hati sanubari yang sayangkan negaranya, agar dapat ia dijadikan panduan sebelum hati anda membuat pilihan atas kertas undi tidak lama lagi.
Akhir sekali marilah Datuk Datin Tuan Puan Adik Kakak agar kita berfikir kembali sebelum membuat keputusan tidak lama lagi.
Malaysia sangat perlukan anda dan undi anda yang ringkas dan mudah itulah yang akan menentukan perjalanan seterusnya samada bangsa kita dan negara kita yang tidak ada tolok bandingya di dunia ini.
Jika kekal Barisan Nasional sudah tentu akan kekallah dengan izin Allah Maha Kuasa akan pencapaian dan juga sumbangan Kerajaan Barisan kepada kita semua. Jika Malaysia ini hancur akibat demonstrasi jalanan atau rusuhan selepas perubahan pemerintahan, maka seluruh manusia akan terjejas ekonomi mereka tidak kira Negara, bangsa dan juga agama .
Dan tidak mustahil hidup dilanda ketakutan kesusahan dan pembunuhan antara sesama rakyat Malaysia akibat sengketa politik kepartian yang keterlaluan seperti negara Arab lain yang sedang berkecamuk .
Sekali lagi saya menyeru tuan puan agar tetapkan hati membuat pilihan semasa memilih parti mana yang dimahukan.
Pilihlah keamanan dan jangan biarkan puak menghalalkan murtad, LGBT dihantar oleh kuasa undi rakyat untuk menembusi bilik YAB Perdana Menteri pada PRU 13 akan datang.
Pilihlah parti berjasa selama ini dan sudah sedia memikul tanggungjawab selagi mandat diberi oleh rakyat…Bukan yang masih terkial-kial mencari siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri…
Itulah parti kita pilih selama ini iaitu Barisan Nasional !
Salam Hormat dari,
Panglima Perang Cyber
Selangor, Malaysia.
11/2/2013 Hari Isnin
jam 3.00 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan