Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Februari 2013

Web Agensi Kerajaan @DrRaisYatim Digodam Fitnah @NajibRazak Letak Jawatan Seperti Taktik @RafiziRamli dan @Anwaribrahim Yang Disahkan oleh Tweet @MBNizar ???




1. Jika ia dilakukan oleh penyokong Kerajaan adakah ia ada kaitan dengan kes godam FB Rafizi Ramli dan Blog Anwar Ibrahim yang heboh sebelum ini. Dalam kes FB Rafizi digodam, beliau didakwa telah menulis permohonan meminta maaf atas pendedahan beliau terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Berita klik http://www.malaysiakini.com/news/220050 

Sama seperti kes Blog Anwar Ibrahim juga meminta maaf kepada semua pihak. Dan cepat pula PKR menuduh ia kerja Cybertrooper UMNO tanpa sebarang bukti kukuh hingga kini. 


2. Dalam perang berbagai perkara boleh berlaku tetapi analisa pakar akan menemukan siapakah dalang di sebalik kejadian yang berlaku. Mustahil bagi saya jika perkara sebegini dilakukan oleh Barisan Nasional kerana ia tidak membawa keuntungan besar berbanding membantu rakyat dengan penuh semangat untuk menyelesaikan masalah kehidupan mereka agar lebih bahagia hidup di negara kita.

3. Dalam hal ini ada juga kemungkinan penyokong Pakatan sendiri memainkan perkara ini bertujuan mengalih isu. Ini hipotesis yang dapat dibuat berdasarkan bukti di bawah. Lihat print screen tweet Nizar seolah mengiyakan gerakan untuk membawa mesej 'PM akan letak jawatan ' sama seperti yang disiarkan dalam laman web Agensi yang digodam di atas.



  4. Ada juga kemungkinan penjawat awam bahagian IT Penerangan yang tercicir kata laluan, atau sengaja mendedahkannya kerana marah kepada Kerajaan lalu membuat kerja tersebut. Namun kemungkinan ini sukar berlaku walaupun kita tahu ia tidak mustahil boleh berlaku.

5. Pendek kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dalam hal ini saya fikir Nizar tidak perasan tindakan beliau telah menggagalkan tindakan pihak cybertrooper Pakatan yang menulis mesej yang sama dalam operasi mereka. Pendek kata 'mereka merancang Allah merancang dan Allah sebaik-baik perancang' !!!

6. Dalam hal ini fitnah adalah modal Pakatan dan jika mereka golongan yang benar sudah tentu tidak ada fitnah dilemparkan dalam politik yang mereka amalkan.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate