Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 April 2009

Edisi Pagi : Mari Baca Komen Taminsari Yang Menyentuh Hati Ini ~ Malaysiakini

Cerita 1

Pagi ini ini saya agak mengantuk kerana lewat pagi jam 2 baru melelapkan mata. Jemputan ke rumah abang sahabat saya kerana anaknya tidak sihat diganggu makhluk halus di Country Height, Rawang menyebabkan saya pulang lewat dan agak mengantuk pagi ini.

Ramai tidak tahu di sana ada kedai nasi ayam dara yang sedap dengan nasinya dikukus. Sebelah kedai telefon dan ditengah tengah antara dua kedai makan orang Melayu kita...Saya makan dengan begitu berselera apatah lagi kerana orang belanja hehehe...

Pertemuan dengan saudara Nobisha juga telah dibatalkan kerana hal kecemasan di atas dan saya memohon maaf kepada beliau kerana menceritakan di sini pertemuan yang dirancang semalam. Saya tidak terlintas ia perlu dijadikan rekod padam ( OFF RECORD ) Maaf Saudara Nobisha atas kekhilafan saya.

Pagi ini juga saya telah memasukkan kembali radio Nasyid FM. Hidup tanpa hiburan memang menjemukan. Namun hiburan tidak mendidik jiwa juga akan merosakkan hati rohani kita. Maaf Desa FM, saya tidak menyukai sesetengah lagu anda dan diharap jika hati saya terbuka kembali mungkin radio anda akan dijadikan radio blog ini pada masa akan datang...

Juga saya telah mengemaskini blog rasmi BPN dan diharap jika ada apa apa cadangan sila nyatakan kepada saya untuk memantapkan lagi blog rasmi kita. Saya akan lantik seorang lagi admin untuk selalu mengemaskini blog tersebut memandangkan masa saya juga tidaklah sebanyak mana dan sering 'tersangkut' sentiasa hehehe..

Bacalah komen di bawah yang perlu dihayati oleh sahabat2 BPN semua kerana ia melibatkan soal masa depan bangsa kita. Jangan tanah air tergadai dan air mata darah membasahi mata kita dan anak cucu kita satu masa nanti..






Blogger Taminsari said...

Salam Pang5...

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

Saya sendiri tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.

Taminsari

Tuesday, April 14, 2009

9 ulasan:

PUTRAKENCANA berkata...

Sedih.........................................................................................................................................................................................................

PARPUKARI berkata...

SANGAT MENYEDIHKAN...LAGI PILU BILA MELAYU SENDIRI CUBA MENEKAN BANGSA MELAYU....

Jeepers Creepers berkata...

bangsa asing tekan bangsa melayu perkara biasa tetapi bila bangsa melayu berpecah sesama sendiri, memang sudah sampai tahap kritikal.

perkara MIC nak keluar kabinet perkara biasa. Yang beriya benar itu sebenarnya Samy Vellu. Orang india sebenarnya sudah benci MIC disebabkan dia.

najamarine berkata...

sapa yg hafal lagu 'nenek moyang kaya raya'....'tanah di pijak milik orang'..

huhuhuhuhu...

penat nasihat di beri,sejarah di ulang tayang..tetapi kerakusan merebut kuasa dari org melayu dah di tanam dalam diri mereka masing2.sifat tamak,tidak pernah bersyukur adalah mainan harian mereka.sedar tak wahai rakan2 seperjuangan!!MIC,MCA,GERAKAN adalah sama dengan DAP..tujuannya adalah inginkan hak samarata dengan bangsa melayu..berapa peratus bilangan mereka atas bumi malaysia ini..kenapa terlalu rakus.kenapa terlalu bongkak.kenapa terlalu pentingkan diri sendiri.kenapa tidak sedar diri...yaAllah...astaghfirullah..sedih sangat..sedih sangat bila kaum bangsa melayu sendiri berjuang bersama2 mereka....

Amz CamPro berkata...

itulah yg orang melayu kita skrg xpaham..bukan nak ckp org bkn melayu jer,masalahnyer,org melayu pun mcm tu dah skrg..aku sering ucapkan prkataan 'syukurlah....' kat org2 mcm ni...sedih.....

Unknown berkata...

As'kum, Melayu biasa nya dah teratuk baru nak tergadah.

Walaubagaimanapun bloger's yang sayang kan melayu jangan putus asa KITA TERUS MENERUS TANPA HENTI MENYERU GOLONGAN MUDA DAN REMAJA agar memberi sokongan dan kepercayaan pada UMNO dan Kerajaan.

Buktinya, renung dan tenung asal usul dan keturunan kita sejak dulu kala hingga kini. tiada dulu tiada sekarang.

hilbert berkata...

Salam semua,
Saya walaupun tidak membaca sampai habis cuma secara ringkas begitu, tapi saya sudah faham sangat apa yang ditulis Taminsari seperti yang diatas. Saya memahami itulah perasaan sebenarnya jiwa rakyat yang inginkan negara ini terus aman sejahtera tanpa adanya cubaan untuk menggugatkannya.Apa Taminsari ketengahkan itu memang sesuai dengan pandangan yang ingin saya sampaikan.
Terima Kasih.

hilbert berkata...

Salam,
Kita semua perlu ingat bahawa kita hanya ada Malaysia. Kita kaum Bumiputera tidak ada negara lain selain negara Malaysia. Kita tidak ada Singapura, tidak ada China, tidak ada India, kita hanya ada Malaysia, orang Melayu harus ada kuasa memerintah negara Malaysia ini.

Orang Cina ada Taiwan, Hong Kong, Singapura, Pulau Pinang, MyanMar, Kemboja, Vietnam, Korea, juga ada china town di Amerika. Orang India pula ada Banghladesh, ada Sri Langka, ada Nepal dan yang sama macam mereka..tetapi orang Melayu dan Bumiputera hanya ada Malaysia..jika nanti terlepas ketangan kaum bukan Bumiputera..apa yang kita akan ada????? pikir-pikirkan lah...

Unknown berkata...

Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

SAYA SOKONG 100000000%

The Infinity

Cari Blog Ini

Translate