Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 April 2013

Gambar Kereta Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak 3 Das Pagi Tadi Di Putrajaya

Jawatan Arwah

Mengikut laporan Dato' Shahruddin bin Ibrahim memegang bahagian yang paling besar menyumbang kepada percukaian iaitu bahagian cukai kilang. Menurut info yang diperolehi dari rakan di KASTAM.

Sukar meneka motif kejadian tetapi biarlah pihak PDRM membuat siasatan.

Berikut gambar sekitar kejadian pagi tadi :




Kepada penjawat awam yang lain, usah gentar jodoh dan maut di tangan Tuhan. Mati di hari Jumaat bukti beliau seorang yang dirahmati Allah. Begitu juga mati dibunuh satu tanda syahid dunia jika tidak silap panglima.


Berita penuh dari Berita Harian :


  • Foto
    Datuk Shaharuddin Ibrahim (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah
  • Foto
    Datuk Shaharuddin Ibrahim
  • Foto
    Datuk Shaharuddin Ibrahim (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Januari lalu. - Foto Kastam Kedah
  • Foto
    KETUA Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah (dua dari kiri) semasa meninjau tempat kejadian kes tembak di Persimpangan Lebuh Wawasan, Putrajaya. - Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini. 

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa. 


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TimbalanKetuaPengarahKastammautditembak/Article/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate