Selepas tuan/puan membaca pujian Amin Iskandar, silakan pergi ke blog Angin Perubahan untuk mengetahui dengan terperinci kekejaman komunis di Malaysia dan adakah Umno/ BN sekejam komunis sehingga digambar PKM lebih baik dari BN/ Umno !!!
Berikan komen anda di bawah.
Berikan komen anda di bawah.
22 ulasan:
Salam Pang5...
Amin Iskandar ini telah "buta mata dan hatinya". Mungkin beliau bukan berasal dari Tanah Melayu dan sebab itu beliau buta dengan sejarah Tanahair...ataupun Si Amin ini telah disogokkan ( sogokkan- istilah yang terkenal bagi PKR )untuk mengeluarkan kenyataan " biadap " yang sedemikian? Untuk mencari publisiti murahan ataupun atas arahan " Menteri Parlimen " Malaysia untuk mengalih pandangan rakyat dari mengingati " kes liwat " Menteri itu yang bakal kedengaran tidak berapa lama lagi. Diharapkan bekas-bekas askar dan polis yang membaca kenyataan Amin ini dapat menghadiahkan " tangan penampar " agar tidak Amin tidak menyakitkan hati bekas-bekas askar dan polis? Wallahuallam..
Sedikit kisah PAS dan Parti Komunis Malaya???
Dalam menuju alaf baru ini, banyak perkara yang patut diambil kira oleh masyarakat Malaysia. Di samping berusaha berusaha menjadi sebuah negara yang serba membangun dalam bidang ekonomi, teknologi maklumat, sains dan teknologi, soal-soal dasar survival negara patut menjadi suatu hal penting dalam agenda kita.
Dalam hal ini, orang Melayu perlu berbuat sesuatu untuk menguatkan perpaduan mereka, walaupun dalam masa yang sama perbezaan pendapat politik di antara mereka tetap ada. Perpecahan mutlak di antara mereka akan membawa kehancuran kepada kedudukan dan kuasa politik yang dimiliki. Perpecahan di antara golongan kanan dan kiri Melayu antara 1946-1948 dan perpecahan ulama UMNO daripada badan induknya untuk membentuk Parti Islam Se-Malaya pada 1951, patut menjadi teladan.
Soal mementingkan pendapat sendiri ataupun menegakkan kepentingan sekumpulan kecil pemimpin Melayu sehingga perpecahan politik Melayu menjadi begitu ketara, patut dielakkan.Tanpa parti yang mengutamakan kepentingan Melayu sebagai modus operandinya, seperti di Singapura, nasib orang Melayu pada masa depan akan terancam. Tanpa ada parti yang kuat untuk menjadi wakil orang Melayu dalam setiap pilihanraya kebangsaan,kuasa politik yang tinggal sedikit ini akan musnah. Atas kesedaran ini UMNO dapat terus bertapak selama 63 tahun dalam politik negara ini.
Pergelutan politik Melayu secara tegas bermula dengan perebutan kuasa sebagai wakil politik Melayu kepada British, apabila Malayan Union diperkenalkan pada Januari 1946. Golongan kiri dan kanan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan British supaya penjajah itu menerima mereka sebagai wakil orang Melayu. Malah, ada pihak telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya demi untuk mengalahkan lawannya walaupun kepentingan bangsa Melayu menjadi taruhannya.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945 di Ipoh , Perak atas anjuran Parti Komunis Malaya, cuba menyatukan orang Melayu dalam politik. Dalam dasar Malayan United Front, Parti Komunis Malaya cuba menyatukan semua bangsa di Tanah Melayu untuk menyokong ideologi komunisme sebagai satu alternatif kepada sistem politik beraja yang dimiliki oleh masyarakat dan kerajaan negeri-negeri Melayu.
British pula cuba memperkenalkan sistem kerajaan republik dan unitary state kepada Tanah Melayu melalui Malayan Union. Segala sistem politik Melayu yang diterima oleh British sebelum Perang Dunia Kedua dihapuskan dengan meletakkan seorang Gabenor yang bertanggungjawab terus kepada Raja England.Tekanan dua kuasa besar ini menyedarkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terhadap perlunya mereka bersatu tenaga dalam sebuah gerakan politik yang bersifat kebangsaan.
Soal parokialisme atau kenegerian yang menguasai politik orang Melayu selama ini cuba dilupakan. Seruan untuk bersatu itu mengatasi sempadan politik yang menguasai orang Melayu Semenanjung sejak awal kurun ke 20. Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1-4 Mac 1946 di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar, menjadi benteng perpaduan Melayu yang memeranjatkan British dan pemerhati politik masa itu.
Siri 1...bersambung
Siri 2..sambungan
Perhimpunan bangsa Melayu yang paling bersejarah itu bersetuju menubuhkan UMNO, yang dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. UMNO dengan itu menjadi suara padu orang Melayu menentang Malayan Union. Parti radikal Melayu iaitu PKMM turut sama hadir untuk menubuhkan UMNO di Johor Bahru. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PKMM sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946, Perlembagaan UMNO yang pertama. Inilah perpaduan yang pertama dan terakhir bangsa Melayu yang pernah dicatat oleh sejarah.
Namun , perpaduan ini tidak disenanagi oleh Parti Komunis Malaya. Berbagai-bagai helah dilakukan untuk memecahkan perikatan UMNO-PKMM ini. Melalui beberapa pemimpin kedua PKMM, Parti Komunis Malaya menjalankan jarumnya untuk menjadikan PKMM sebuah parti yang sentiasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan UMNO.
Hal pertama yang dibangkitkan ialah soal pendekatan politik UMNO. Pendekatan politik UMNO yang sederhana dan suka berunding itu dianggapnya kolot. Keduanya, UMNO dibidas kerana tidak menuntut kemerdekaan penuh daripada British; matlamat UMNO yang hanya mahu status quo tradisional Melayu ( kedudukan peribumi dan pengembalian takhta Raja-Raja Melayu ) dihidupkan semula sebelum menuntut kemerdekaan, dianggap terlalu remeh.
PKMM lebih suka sebuah republik dan kerakyatan sama rata kepada semua penduduk Tanah Melayu. UMNO dituduh tidak progresif. PKMM juga membangkitkan soal ketidakadilan UMNO dalam memberi undi/suara kepada parti besar dalam pengundian UMNO, ini tercetus dalam dalam soal pemilihan bendera UMNO. PKMM juga mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh golongan feudalis dan bukan rakyat biasa. Kesemua sungutan PKMM disebarkan dalam akhbar rasminya Pelita Malaya, yang berpusat di Kuala Lumpur. Musuh utamanya ialah Majlis yang menjadi jurucakap UMNO.
Parti Komunis Malaya secara terbuka menyokong PKMM dengan menuduh UMNO memanjangkan penjajahan British, tidak progresif dan feudalistic. Melalui desakannya, PKMM menarik diri dari UMNO pada Jun 1946, setelah hanya tiga bulan bekerjasama. Selepas penarikan itu, kerjasama di antara keduanya dipertingkatkan. UMNO dibidas bukan sahaja oleh Pelita Malaya, tetapi juga oleh Malaya Tribune yang memang bersimpati dengan gerakan radikal dan komunisme.
Pengaruh Parti Komunis Malaya terus mencengkam PKMM apabila kepimpinan Dr. Burhanuddin yang sederhana tidak disenanginya. Melalui dua kumpulan berbeza, iaitu kumpulan komunis PKMM dan golongan radikal Melayu PKMM, Parti Komunis Malaya berjaya meletakkan Ishak Mohamad sebagai Presiden PKMM manakala Dr. Burhanuddin hanya menjadi penasihat. Dengan kepimpinan lebih radikal, PKMM lebih cergas menentang UMNO.
Keupayaan UMNO bersama Raja-Raja Melayu meminta British membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu merancakkan permusuhan PKMM dengan UMNO. Dengan sokongan AMCJA ( All Council of Joint Action ) yang berpusat di Singapura yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya, PKMM mengubah nama kepada PUTERA. Dengan nama dan kerjasama itu, golongan anti UMNO menegakkan prinsip demokrasi dan kerajaan republik serta membidas Perjanjian Persekutuan tidak demokratik dan progresif.
Kerakyatan jus soli kepada orang Melayu dianggap satu diskriminasi kepada bangsa lain. Kedudukan istimewa Melayu dipersoalkan. Pemulangan takhta dan negeri kepada Raja-Raja Melayu juga dibantah. Perjanjian Persekutuan 1948 dianggap pro-Melayu. Ia juga dianggap tidak progresif kerana kerana suara rakyat dan pilihanraya tidak diperkenalkan.
bersambung....
Siri 3...sambungan
Konsep Malayan Malaya menjadi pegangan PUTERA dan sekutunya. Mereka mengemukakan perlembagaan 10 perkara untuk menentang UMNO, Raja-Raja Melayu dan British yang dinamakan Perlembagaan Rakyat. Ternyata prinsip utama sistem politik Melayu sebagai dasar politik Tanah Melayu ditolak oleh PUTERA-AMCJA-Parti Komunis Malaya, dan mendesak sistem politik sama rata diwujudkan. Kegagalan mendapatkan kedudukan politik sama rata itu telah menyebabkan pemulauan perniagaan diadakan diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Bagaimanapun, ini gagal mengubah pendirian British, Raja-Raja Melayu dan UMNO.
Perjanjian Persekutuan 1948 yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 21 Januari 1948 itu mengesahkan kejayaan UMNO dan mengetepikan PKMM/PUTERA sebagai wakil politik orang Melayu dalam kerajaan British. Parti Komunis Malaya yang gagal mendapatkan kuasa melalui cara perlembagaan, mengadakan pemberontakan bersenjata. British dan orang Melayu menentangnya sehingga 1960. Kekuatan perpaduan orang Melayu sederhana secara langsung mengalahkan golongan radikal kiri.
Parti Komunis Malaya juga menggunakan ulama yang bekerjasama dengan PKMM untuk menentang kekuatan perpaduan orang Melayu dalam UMNO. Berpusat di Gunung Semanggol, Padang Rengas, Perak, kumpulan radikal agama dan PKMM menubuhkan beberapa organisasi ekonomi, pelajaran dan agama untuk memberi alternatif kepada UMNO. Kepada golongan ulama radikal ini, UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pembesar dan Raja-Raja Melayu tanpa membela nasib rakyat bawahan yang masih miskin, kurang pendidikan dan terbiar.
Walaupun ini tidaklah begitu tepat kerana UMNO juga mempunyai program-program untuk membaiki pendidikan, ekonomi, perniagaan dan soal kebajikan yang lain, tetapi bagi golongan radikal ini adalah pentas politik alternatif untuk menentang UMNO. Penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti politik Islam pada Mac 1948, memang merupakan tandingan terbuka kepada UMNO. Perpecahan Melayu kepada fahaman kanan, kiri/ radikal serta ulama menguntungkan Parti Komunis Malaya. Dengan begitu yakin ia melancarkan pemberontakan kerana kelemahan perpaduan orang Melayu.
Pengharaman parti-parti radikal Melayu dan Parti Komunis Malaya pada Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat, telah meninggalkan parti UMNO sebagai parti tunggal dan penting untuk orang Melayu. UMNO cuba menyatukan semula orang Melayu dengan membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli API, PKMM, AWAS, BATAS, sebagai ahli UMNO. Kemasukan mereka menyebabkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka pada awal 1951 sebagai tanda perubahan matlamat perjuangan UMNO.
Keduanya, UMNO menubuhkan Perikatan Pemuda UMNO pada 1949 dengan tujuan menyatukan semua tenaga pemuda Melayu ke dalam UMNO. Ini juga melahirkan satu arena politik baru bagi bekas-bekas penyokong golongan radikal/kiri.Ketiganya, menyerap semua tenaga ulama, terutama yang beraliran radikal ke dalam UMNO. Persidangan ulama pertama dan kedua diadakan di kuala Lumpur dan Muar pada tahun 1950 dan 1951. Dalam persidangan di Kuala Lumpur, Persatuan Ulama Malaya ditubuhkan bagi memberi cadangan untuk kemajuan masyarakat Melayu.
Ini termasuklah soal penyelarasan pentadbiran Islam, penubuhan Universiti Islam dan lain-lain lagi.UMNO dengan itu telah menjadi parti yang sempurna sebagai tonggak politik Melayu. Namun, perbezaan idea dan permainan politik British, bukan Melayu dan rebutan kuasa pemimpin memecahkan UMNO kepada tiga parti besar. Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP. Persatuan Ulama Malaya pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah organisasi politik ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai, persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya (Pas).
sambungan...
siri 4...sambungan
IMP kemudian menjadi Parti Negara, yang menjadi lemah dengan kematian Dato Onn pada 1962. Namun, Pas kekal sebagai parti saingan UMNO hingga kini.Perpecahan memang tidak akan menguntungkan survival bangsa Melayu terutama dalam masyarakat majmuk yang menggunakan sistem demokrasi dan Parlimen sebagai alat pentadbiran dan politiknya.
Keterbukaan yang tidak bertempat, perebutan kuasa dan kelalaian kepada perjuangan utama, tanpa mengambil kira kehidupan generasi Melayu akan datang dan perpecahan yang berlarutan akan menjadi senjata makan tuan kepada orang Melayu. Semangat bulan Mac 1946 patut menjadi indeks politik masyarakat Melayu Malaysia. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”
Nasihat kepada Amin Iskandar..sebelum mengeluarkan kenyataan, banyak-banyaklah membaca buku-buku sejarah..malu kalau seorang pemimpin parti politik yang " buta sejarah "...fikir-fikirkanlah
Salam perjuangan
Fuh, panjang lebar jawapan balas sahabat Tamin Sari..
Terima kasih dan pasti usaha saudara telah diberkati Allah dan sudah tentu sehingga jam 4.17 petang ini sudah 596 pembaca blog ini mendapat gambaran sebenar tentang isu di atas hasil komen panjang lebar dari Tamin Sari.
Perjuangan membanteras komunis dan agennya akan terus berjalan sehingga akhir hayat hidup kita dan hidup dunia..
insyaallah...
berkatilah roh2 pejuang bangsa dan agama ketika berusaha melawan anasir komunis untuk merampas kuasa dengan keganasan..
sekarang mereka sekali lagi berusaha untuk merampas kuasa dengan cara psikologi..kerana apa??
kerana perpaduan orang melayu yg beragama islam semakin rapuh dan berpecah belah..ade juga segelintir orang melayu yg menyokong perjuangan mereka kerana emosi dan pendirian mengikut fahaman sendiri tanpa merujuk dengan fakta dan sejarah yg betul..
mujur ramai lagi yg masih sedar dan tidak mudah terikut2 dengan sandiwara dan pembohongan perjuangan komunis ni..
salam ziarah BPN,
ikhlasnya, agak malang bear bila ada melayu sendiri yang cuba mengangkat perjuangan komunis-komunis yang pernah meletakkan negara dalam keadaan yang sangat tertekn dan terhimpit penuh kesengsaraan.
Arwah datuk saya merupakan antara yang pernah lantang berjuang menentang perjuangan songsang komunis di tanah melayu.memang daripada cerita-cerita yang disampaikan, tidak ada satu melayu pun ketika itu yang memuji komunis apatah lagi mengangkat perjuangan mereka sebagai murni dan berani.
situasi hari ini, apa yang berlaku sebenarnya adalah sesuatu yang menggambarkan betapa sentimen kepolitikan semakin menghakis nilai-nilai patriotisme dalam diri sesetengah daripada kita.
Saya tidak dapat menahan ketawa apabila membaca kenyataan Dr. Rais Yatim kelmarin yang menyatakan "tiada tempat untuk komunis di Malaysia".
Tiada tempat untuk komunis di Malaysia? Tiba-tiba saja Rais bercakap macam orang nyanyuk, orang yang tidak mengenali sejarah negara sendiri.
Komunis bukan saja ada tempat di Malaysia, tapi sudah lama bertempat dan diberi tempat di negara ini, lama sebelum Dato Onn pengasas Umno itu mendapat ilham untuk menubuhkan Umno lagi. Partai Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 iaitu 16 tahun sebelum Umno ditubuhkan pada 1946. Jika Umno menganggap ia parti tertua di negara ini tapi PKM adalah 16 tahun lebih tua berbanding Umno. Jika Umno menganggap ia berjuang menentang penjajah, PKM juga berjuang menentang penjajah 16 tahun sebelum Umno lagi. Malah PKM bukan saja berjuang menentang British, tetapi juga menentang Jepun dengan melahirkan sayap yang bersekutu dengannya bernama Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Yang membezakan perjuangan mereka menentang penjajah barangkali cuma satu - PKM berjuang dengan darah dan keringat, manakala Umno lebih kepada perjuangan menerusi persefahaman dan persahabatan dengan British. Jadi kenyataan Rais bahawa komunis tiada tempat di negara ini sangat lucu, kerana mereka telah wujud di sini sejak hampir 80 tahun dahulu lagi!
Walupun Umno ingin mahu kelihatan berbeza dengan komunis, tetapi antara dua parti itu banyak persamaannya. Persamaan itulah yang menyebabkan kerajaan membenarkan kedutaan negara-negara komunis dibina di negara ini bermula dengan Soviet Union pada 1967 dan akhirnya Republik Rakyat Cina pada tahun 1974. Jadi jika sudah begitu lama kita mengiktiraf negara komunis dan membenarkan kedutaan mereka bertapak dan bertempat di sini, mengapa Dr Rais kata tiada tempat untuk komunisme?
Dan yang lebih aneh tentang komunisme di negara ini ialah hubungan erat pemimpin-pemimpin Umno dengan gerakan komunis itu sendiri. Pada tahun 1976, dua tokoh Umno, Datuk Abdullah Ahmad (Setiausaha Politik Tun Razak dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Abdullah Majid (Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri) ditahan di bawah ISA kerana dituduh bersubahat dengan anasir komunis untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Tidak lama lepas itu, seorang lagi orang kuat Umno - Sidek Ghouse yang juga Setiausaha Politik Dr Mahathir juga ditahan polis atas tuduhan menjadi agen KGB iaitu polis rahsia Soviet yang sangat digeruni itu.
Jadi jika sejarah telah membuktikan komunisme itu begitu rapat dengan kepimpinan Umno, bagaimana Dr Rais boleh menyatakan fahaman yang telah lama bertempat di negara ini, malah bersarang dalam minda pemimpin-pemimpin Umno itu, sebagai tiada tempat? Apa yang tiada tempatnya jika komunisme sudah lama bertempat?
Satu lagi jika komunisme tiada tempat di negara ini mengapa ciri-ciri negara komunis masih diamalkan di Malaysia? Tahan tanpa bicara, tiada kebebasan akhbar dan pilihanraya tidak telus adalah antara ciri-ciri biasa di negara komunis dan perkara yang sama masih berlaku di Malaysia. Walaupun komunisme telah runtuh di Eropah Timur sejak awal tahun 1990an, namun sistem kediktatoran komunis masih dijadikan asas pemerintahan negara ini yang diterajui Umno dari dahulu sehingga sekarang. Dengan kata-kata lain roh komunis masih sangat kuat dalam jiwa Umno.
Justru Dr Rais, bacalah kembali sejarah negara, sejarah perjuangan komunis dan hubungan komunisme dengan Umno itu sendiri. Anda tidak perlu takut dan terkejut dengan blog pro-komunis yang baru muncul tersebut kerana ciri-ciri komunisme sememangnya masih kuat dalam roh Umno itu sendiri.
lebih banyak komunisme di dalam pakatan rakyat1
Pendikar - sepatutnya ramai pemimpin PR ditangkap dan di ISA kerana menyokong komunis.
Siapa boleh nafikan konsep kesamarataan tajaan pembangkang adalah konsep komunis ?
saya taklah pandai cuma nak tahu apa komen pendikar gunung kriang tentang pujian kepada komunis tersebut..
terima kasih komen sahabat semua...
Salam semua,
Sumandak rasakan c Amin ni enta wujud enta tidak tapi kalo betul dia wujud kena lah aku ajar di SEJARAH MALAYSIA...
Bukan ape sedih bila mana bangsa dan seagama aku bercakap tak guna otak.. rasanya otak dia dah jatuh kat lutut kot....
Ideologi komunis tak pernah membawa pemimpin dan pengikutnya senang kerana riak serta punya perinsip mentidakkan tuhan sedia ada... bagi dorang pemimpin mereka adalah tuhan dan yakin bahawa hanya pemimpin dorang yang mampu menjamin mereka ke syurga...
Penyokong kepada gerakan komunis adalah mereka yang buta sejarah !!
mungkin mereka sudah lupa perjuangan tok-tok mereka yang ketika itu pernah berasa perit dan takutnya ancaman komunis.. jangan samakan mereka ini seperti pejuang kemerdekaan ...
KOMUNIS ADALAH PENGKHIANAT NEGARA!! TIDAK KIRA KOMUNIS ITU MELAYU PUN ...
KEKEJAMAN MEREKA MEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN DIMAAFKAN ..
Salam... Pendikar (macam ni ke eja nyer??), mungkin anda rasa komunis menjadi hero selama 16 tahun sebelum trtubuhnya UMNO, tetapi bertapaknya bintang tiga di Malaysia suatu ancaman bukan kepada British, kerana British sanggup memberikan senjata kepada Komunis dan MPAJA... Tetapi, ancaman kepada Orang di Tanah Melayu, yang bertindak dengan kekerasan, menghalalkan cara demi niat untuk memerdekakan Tanah Melayu dari raja-raja melayu sendiri...
Namun, kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali membolehkan kita membuat diplomatik dan perdagangan dengan apa jua negara. Justeru tidak hairanlah jika kedutaan dari negara-negara Komunis boleh bertapak di negara kita, kerana perdagangan dan diplomatik yang sangat menguntungkan... Namun, ia tiada kaitan dengan KOMUNIS MALAYA!!!!
Saudara perlu ingat, talibarut2 komunis masih wujud sampai sekarang, terutamanya bangsa yang inginkan sangat kuasa di sini... Namun, talibarut yang wujud dalam UMNO dikesan dan dibuang acam mencabut duri dari daging... Kalau tidak, masakan mereka ditahan dalam ISA??? (Peliknya kalau kita sokong dorang kan??)
PKM berjuang dengan darah dan keringat?? Perjuangan kemerdekaan negara atau perjuangan mengkomuniskan negara?? Kalau tidak, mengapa komunis menolak hak2 keistimewaan orang melayu?? Bukankah perlunya hak2 tersebut bagi survival orang melayu. Ingat, kaum yang asal di tempat tersebut lemah kerana kurang ciri-ciri survival mereka... Lihatlah keliling kita... Asalnya, ROhingya itu suatu bangsa yang ada kerajaan (Dipanggil orang bukit), tetapi sekarang, Rohingya terancam dengan penghapusan etnik... Uishgur semakin pupus di Gurun Gobi, Highlander semakin hilang di Scotland... Red Indian jua semakin pupus di Amerika... Adakah tuan mahu Orang Melayu pula pupus dari Tanah Melayu??? (Selepas Acheh dinafikan hak dan disembelih macam binatang di Acheh??)
saya rasa, kalau la atok nenek mereka masih hidup dan tahu cucu-cucunya meyanjung perjuangan komunis, mungkin mereka sanggup nyahkan teros cucu-cucunya dari muka bumi ni sebab sanggup jadi tali barut..
istighfar banyak2.. kenapa Malaysia jadi semakin teruk begini? JAHANAMLAH PENGHASUT BANGSA!!!(NUAR BERAHI-M)
NUAR BERAHI-M INFLUENZA
AWAS!
Adalagi tak yang sehaluan bunyi kata-katanya seperti Pendikar Bukit Riang? Melayu yang tidak sedar dik untung. Agaknya tersilap kelahiran kot? Sepatutnya beliau ini lahir di Hong Kong. Bukit di atas tanah melayu.
Walaupun kamu merupakan penyokong kuat DSAI atau Pak Hadi atau PKR maupun PAS, jangan sampai kerana sokongan tersebut, kamu terbawa-bawa kearah sokongan pula kepada komunisme. Kamu bungkus dalam satu karung semuanya. Nantinya kerana marahkan UMNO, dan kerana UMNO itu memperjuangkan bangsa dan ugama islam, kerana kebencian dan kemarahan kamu kepada UMNO, maka kamu sanggup masuk KAFIR DAN TUKAR status bangsa kamu. Bodoh....
Pendikar Bukit Riang........
kenapa lah wujud manusia macam awak ni kat Malaysia...ana tau awk ni penyokong kuat PR..penyokong yang telah dibutakan mata dan hatinya sehingga tidak mampu melihat mana yang baik dan mana yang buruk..kalau awak nak sangat...puji sangat komunis...awak sangat dialu-alukan untuk keluar dari tanah Malaysia...pegi lah berambus ke tanah jajahan komunis....tengoklah sama ada awak mampu tersenyum macam kat Malaysia...ana tak suka nak marah2 dalam blog..tapi awak memag menguji tahap kesabaran ana...buta sejarah...buta hati punye manusia....mati cepat lagi bagus..menyusahkan negara je.....
Salam semua blogger,
Biasanya selepas menulis komen di mana-mana blog, saya malas untuk menulis untuk kali kedua. Tapi apabila tiba-tiba saya melihat bagaimana begitu ramai yang terkeliru dengan maksud komen saya, maka terpaksalah dengan berat hati saya menulis untuk kali kedua dalam blog ini.
Saya sebenarnya agak terkejut mengapa tiba-tiba ramai yg marah dengan komen saya. Malah ada yang melabel saya sebagai pro-komunis! Saya cuba membaca semula apa yang saya tuis, cuba menyusuri ayat demi ayat, malangnya saya gagal menemui satu ayat pun yang menampakkan seolah-olah saya menyanjung komunis. Dalam hati saya berkata jika saya terpesona dengan komunis pasti saya sudah lama menjadi ahli Umno, kerana Umnolah satu-satunya parti di Malaysia yang saya nampak begitu rapat dengan idealogi komunis!
Tapi akhirnya saya membuat kesimpulan mungkin mereka yang menuduh saya bersimpati dengan komunis tidak membaca sepenuhnya apa yang saya tulis. Mereka mungkin membaca separuh saja. Mereka gagal menemui kesimpulan yang ingin saya sampaikan - Umno tidak perlu pura-pura marah komunis kerana parti itu begitu banyak punya unsur-unsur komunisme.
Atau mungkin juga mereka yang menuduh saya pro-komunis itu tidak faham makna yang tersurat di sebalik tulisan saya kerana mereka adalah generasi PPSMI yang tidak begitu mahir dengan bahasa ibunda yang saya gunakan dan lebih suka menatang bahasa penjajah?
Saya sehingga kini tidak dapat keluar dari kesimpulan Umno dan komunisme punya kaitan rapat. Bukan saja kerana parti itu membenarkan kedutaan komunis bertapak di negara ini, bukan saja kerana pemimpin-pemimpinnya pernah disahkan berjuang dan menjadi agen komunis tetapi juga kerana polisi pemerintahan negara yang begitu mirip dengan dasar negara komunis: menyekat kebebasan bersuara, menyekat kebebasan media, menyumbat penentang kerajaan dalam tahanan tanpa bicara, mengadakan pilihanraya menerusi sistem yang tidak telus; yang kesemuanya mirip pemerintahan diktator di negara-negara komunis!
Tentu jika hendak ditulis mngenai persamaan Umno-BN dengan idealogi komunisme banyak sekali. Ia termasuk cara kerajaan melayan Mujahidin Malaysia yang pergi ke Afghanistan dahulu yang berjuang untuk mempertahankan Islam menentang kerajaan Afghanistan yang dinaungi oleh komunis Rusia. Tapi apa yang terjadi dengan pejuang Islam anti-komunis ini, apabila pulang ke negara ini mereka ditahan dan disumbat ke pusat tahanan Kamunting atas kesalahan berjuang menentang komunis! Mengapa berjuang mempertahankan Islam dan menentang komunis di Afghanistan itu tidak disenangi oleh kerajaan Malaysia?
Dan satu lagi jangan lupa parti mana di Malaysia ini yang setiap kali mengadakan persidangan menjemput parti komunis negara asing menjadi pemnerhati persidangannya? Parti di Malaysia ini yang menjemput parti komunis negara asing menjadi pemerhati persidangannya bukanlah parti Gerakan, bukanlah MCA, bukanlah DAP, bukan juga PAS bukan juga PKR. Mungkin parti-parti itu tidak kagum dengan komunisme. Parti yang sangat kagum dengan komunisme ialah Umno yang setiap kali persidangannya tidak lupa untuk menjemput parti-parti komunis sahabatnya termasuk Parti Komunis Cina dan Parti Komunis Vietnam untuk hadir sebagai pemerhati!
Kepada blogger yang membaca tidak habis tulisan saya, bacalah dengan teliti hingga ke noktah terakhir. Jika anda membaca ke ayat terakhur anda pasti seperti saya akan hairan mengapa pemimpin Umno yang begitu kagum dengan komunisme itu tiba-tiba seperti marah dengan PKM yang juga komunis?
Kepada sesiapa yang menyokong perjuangan komunis, anda fikirlah sendiri. Mungkin tidak ada saudara mara anda yang terbunuh, cedera atau hilang sebahagian anggota ketika menentang ancaman PKM. Anda jangan mengagungkan 10 Rej PKM, tetapi melihat dengan secara menyeluruh PKM, matlamat mereka, perjuangan mereka dan objentif mereka. Kalau anda menganggap pejuang komunis sebagai wira atau pejuang kemerdekaan, anda sememmangnya perlu membaca balik sejarah dan fakta siapa PKM.
Buat rujukan apa yang mereka telah lakukan apabila Jepun menyerah kepada Tentera Bersekutu. Berapa ramai yang dibunuh hanya kerana disyaki bersekongkol dengan British atau tali barut British. Apabila British masuk semula ke Tanah Melayu, mereka terus menentang dengan senjata dan kekerasan. Mereka mengugut orang-orang kampung menyokong mereka dan sesiapa yang tidak menyokong dibunuh. Orang-orang kampong itu adalah orang-orang Melayu.
Apabila Tanah Melayu atau Malaya merdeka dan menjadi Malaysia, mereka terus menentang. Mereka bergerak dan beroperasi di hutan-hutan Malaysia, di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Kelantan. Ramai anggota keselamatan dari Tentera dan Polis yang terkorban, cedera dan hilang anggota badan akibat diserang hendap, terkena jerangkap samar dan ditembak oleh PKM.
Sekitar hujung 60-an dan awal 70-an, negara dikejutkan dengan bom bendera yang dipasang oleh PKM. Ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa dan ada antaranya kanak-kanak kerana mencabut atau mengusik bendera yang dipasang dengan bahan letupan.
Jika masih ada rakyat Malaysia yang berbangga dengan perjuangan PKM, dan mencampur adukkan kemelut politik semasa, maka anda sememangnya bukan warganegara yang setia yang tidak mengikut prinsip-prinsip rukunegara. Saya tidak akan memaafkan mereka kerana beberapa saudara saya terkorban dan cedera angkara tindakan kumpulan-kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM). Saya tidak akan memaafkan mereka. Komen saya ini bukan dipengaruhi oleh emosi tetapi berdasarkan kepada tindakan PKM menentang Kerajaan Malaysia. Saya juga INGATKAN walaupun PKM telah meletakkan senjata, tetapi mereka tidak mengugurkan ideologi komunis.
Saya bukan penyokong komunis. Tapi saya rasa persepsi kita terhadap PKM perlu diperbetulkan. Kita tidak boleh selamanya menipu sejarah. Menipu sejarah adalah seperti memecah cermin kaca untuk menipu bayangan sebenar di dalam cermin.
Jika dalam sejarah sudah tercatat PKM turut berjuang menentang British, mengapa kita perlu lupakan sumbangan mereka? Jika kita soroti sejarah negara ada 3 puak yang menentang penjajah: pertama puak komunis di bawah PKM yang ditubuhkan pada 1930, kedua puak Hizbul Muslimin yang berasaskan Islam yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada 1948 dan ketiga puak Umno yang ditubuhkan pada 1946. Yang membezakan mereka mungkin kaedah perjuangan menentang British: PKM berjuang dengan menggunakan senjata dari dalam hutan, Hizbul Muslimin berjuang dari sekolah-sekolah pondok hinga kawasan majoriti Melayu dan Umno yang berjuang dengan pena sambil minum-minum dengan tuan-tuan penjajah mereka.
Tapi kini buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah tidak ditulis mengikut ctatan sejarah sebenar. Sumbangan PKM dan puak yang berorientasikan Islam tidak dicatat, sumbangan mereka seperti tidak dihargai. UMno yang pro-penjajah itulah juga yang ditatang sebagai pejuang tunggal kemerdekaan, sedangkan faktanya tidak begitu.
Mengapa kita sukar bercakap benar? Jika PKM dan puak yang berorientasikan Islam ada sumbangan masing-masing, mengapa tidak diceritakan? Memang komunis kejam, ia memang patut dicatat dalam tinta hitam sejarah negara. Memang hitamnya PKM lebih banyak dari putihnya, memang jahatnya PKM lebih banyak dari baiknya, itu tak boleh dinafikan, tetapi mengapa wajah putihnya itu (sumbangan mereka terhadap kemerdekaan negara) dikaburkan terus oleh sejarah? Adakah Umno yang juga punya catatan hitam itu hendak menipu generasi muda kita bahawa merekalah pejuang tunggal kemerdekaan tanah air dan melupakan sumbangan puak-puak lain yang tidak kurang pentingnya
Saya fikir sejarah negara perlu ditulis semula. Tidak kiralah siapa pejuang kemerdekaan - puak Islamkah, puak komuniskah, puak Umno yang rasis itukah, semuanya perlu dicatatkan sumbangan mereka. Kita boleh menipu rakyat dalam satu hari tapi kita tidak boleh menipu mereka selamanya.
Saya memang sangat membenci komunis yang ideologinya telah ketinggalan zaman itu, tapi saya juga membenci penipuan fakta yang dilakukan kerajaan sepanjang zaman!
Salam... Kepada Pendikar, saya kira kamu hanya gembira ketawa terguling2 dengan membaca komen2 yang menghentam kamu, tanpa mengambil kira komen yang ditulis oleh saya... Mungkin jua saudara tidak nampak komen saya terdahulu...
Kalau diikutkan sejarah, ada juga sejarah komunis dan MPAJA diceritakan dan diberitakan supaya rakyat kita tahu betapa kejamnya komunis bertindak... Jika hanya ada komunis sahaja, bolehkah kita merdeka??? Sinis si Inggeris penjajah mengatakan kita takkan boleh merdeka kerana tidak tahu berunding... Akhirnya wujud entiti yang boleh berunding.... Mempraktikkan ketajaman mata pena dan kebejatan senjata lisan untuk memerdekakan tanah melayu....
Bagi saya, kewujuan Bintang Tiga bukan untuk memerdekakan tanah melayu, tetapi mengkouniskan tanah melayu... Memang benar, jika tiada UMNO, berleluasa gerakan Komunis menyembelih orang melayu.... Atas inisiatif bersatu padu dan merdeka sahaja yang dapat mengekang keganasan komunis (saya kira tak payahlah sebut detail)...
Apa yang saya kesalkan, hubungan diplomatik kita dengan negara lain yang maju atau berdaya saing (selain barat) disalahertikan sebagai menyokong ideologi politik mereka...
Lsgipun, tindakan UMNO yang kamu kira sebagai kejam itu adalah betul.. dipraktikkan dari zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz (Zaman Umaiyah) dan giat di zaman Harun dan Makmun Arrasyid (Zaman Abbassiyah)... bukan untuk mendiktatorkan diri, tetapi mengekang pengliberalan mutlak... Banyak negara hancur kerana banyak dalang2 yang bebas merosakkan minda dan perlakuan rakyat negara terbabit, menerusi pelbagai ideologi-ideologi songsang....
Ingat, perang ideologi ini termasuk dalam Protokol ke-10, Protokol Zionis Lama (Zionis elder protocol), yang berhasil merosakkan banyak negara terutamanya negara-negara islam di Utara Afrika dan Timur Tengah... Protokol ini dikantoikan oleh Henry Ford (Pengasas kereta Ford) yang menyeru orang2 Eropah membenci Zionis....
Pendapat saya mengenai isu komunisme di blog saya...
http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/05/komunis-kekal-musuh-no-1-negara-sampai.html
a,kum... sape pemerhati politik mase tu???sengal otak betul! pilihan raya pun thn 1951 baru diadakan..! dato Onn tu pun bukan nye nak merdeka..slogan merdeka wujud dari PKMM bukan UMNO..UMNO rasakan kalau melayu yg memerintah sendiri xkan boleh maju dan xboleh hidup! tolong la keluar dari sejarah yg dicipta penjajah...!
Catat Ulasan