Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2013

Malaysia Spring vs Anwar Spring - Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Ia hanya Anwar Spring - Zahid

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 28 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau sehubungan itu menasihatkan semua pihak supaya menerima keputusan pilihan raya lalu dan tidak lagi menyertai sebarang perhimpunan haram yang membantah keputusan PRU-13.

Beliau menegaskan, beberapa pemimpin pakatan pembangkang seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta Pas sendiri sudah menerima keputusan itu dan menolak perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis propembangkang.



"Saya tidak perlu memberikan amaran tetapi cuma menasihatkan mereka supaya jangan lakukan provokasi kepada pihak polis dengan menggunakan kaedah Arab Spring, Bulldozer Revolution atau Colour Revolution yang acuannya dari luar negara untuk diaplikasikan di dalam negara kita.

"Ramai yang katakan ini adalah Malaysia Spring, tetapi sebenarnya adalah Anwar Spring sebab beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu menonjolkan diri.

"Saya fikir ini Anwar Spring. Biarlah dia jadi 'spring' kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pembangkang hanya menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) 133 kerusi pada pilihan raya lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, perhimpunan haram itu sengaja dilakukan sebagai provokasi terhadap pasukan polis serta menarik perhatian media asing.

"Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman tetapi masih cuba menunjukkan kepada dunia, Malaysia tidak aman dan sebagainya. Walaupun perhimpunan itu dibolehkan tetapi perlu dilakukan dengan beradab dan rasional," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hukuman serta denda bagi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman beliau menegaskan, pihaknya cuma melaksanakan apa yang telah diluluskan Parlimen.

"Jika ada yang mencadangkan hukuman itu patut ditambah, kami sebagai pelaksana amat berterima kasih dengan cadangan tersebut," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130529/po_01/Ia-hanya-Anwar-Spring---Zahid#ixzz2UleToDoc
© Utusan Melayu (M) Bhd


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate