Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Jun 2013

@ShahrizatJalil Masih Layak Terajui Ketua Wanita UMNO Kerana Setia Kepada Parti dan Tidak Patut Disalahkan Kerana NFC


Pertama sekali panglima sejak dahulu menyokong Shahrizat Jalil atas daya kepimpinan beliau termasuk ketika skandal NFC dan sehingga kini Wanita UMNO tetap teguh walau diuji dengan perletakan jawatan orang kedua Wanita UMNO Datuk Kamilia yang telah bertanding tiket bebas pada PRU 13.

Wanita juga telah berjaya menunjukkan kesetiaan kepada parti dan beliau tetap teguh menggerakkan jentera wanita untuk terus menjamin kemenangan Barisan Nasional khususnya UMNO. Meskipun diasak kanan kiri berhubung isu politik yang ditimbulkan oleh Rafizi berhubung NFC suaminya.


Berita terbaru memberitahu bahawa mantan Ketua Puteri Datuk Seri Azalina Othman berhasrat menentang beliau seperti berita di sini http://kerisputera.blogspot.com/2013/06/azalina-suburkan-demokrasi-dalam-wanita.html  namun kita yakini belum tiba masanya untuk AO mengambil alih teraju wanita. 

Elok jika perjalanan beliau dimulakan selangkah demi selangkah bukan terus melompat terus ke puncak tertinggi wanita.

Dari aspek lain Azalina Othman seorang yang berkarisma dan ada ketokohan tersendiri namun saya tidak fikir beliau lebih baik berbanding Shahrizat walau dia seorang yang boleh menjadi pemimpin yang baik.

gambar YB Penggerang AO bersama rakyat diambil dari http://www.utusan.com.my/utusan/ 

Kematangan di dalam berpolitik serta aspek-aspek lain juga perlu ditimbang seperti mengenali akar umbi Wanita serta berpengalaman luas sebagai pembantu kepada Ketua Wanita, sebelum mampu menggalas tugas no 1 tersebut.

Sekali lagi bukan Azalina Othman tidak layak namun beliau belum tiba masa yang sesuai untuk terus mendaki puncak tertinggi. Diharap beliau juga mampu dan akan dapat menerajui Wanita satu hari nanti, tetapi bukan kali ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Kesetiaan dan ketabahan Shahrizat sukar ditandingi pemimpin sezaman dengannya

Ini pandangan peribadi panglima tanpa sebarang prejudis, hanya sekadar berkongsi idea demi masa depan alif ba ta. Demi Allah tidak ada satu sen pun diterima dari Shahrizat dulu atau kini kerana penulisan kita bukan ditentukan oleh wang tetapi atas analisa dan pengalaman.


Salam Hari Jumaat dan terima kasih kerana sudi membaca...


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mmg la kak ijat tak bg lu duit..tp kak ijat bg lembu dia suruh ko bela..hahah

Cari Blog Ini

Translate