Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Jun 2013

DAP Tuntut Teresa Kok Jadi Pegawai Setara Saifuddin Nasution | AIDC

AIDCNews – 07/06/13 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik Kerajaan Negeri Selangor setara dengan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar (MB).

Guan Eng berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat CEC DAP kelmarin.

Menurutnya, Teresa yang juga Pengerusi DAP Selangor adalah calon yang sesuai untuk memastikan keseimbangan dalam pentadbiran dan politik Pakatan Rakyat Selangor selain menjadikan DAP 'rakan kongsi sekata'.

"Dalam hal ini, Pas juga patut mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Exco Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ketika dihubungi Antarapos berkata tiada keperluan bagi wakil dari setiap parti Pakatan Rakyat mengisi jawatan Pegawai Perhubungan Politik kerajaan negeri Selangor.

Menurut beliau konsep kesamarataan yang cuba diketengahkan segelintir pihak bersabit jawatan itu tidak bertepatan dengan keperluan pentadbiran Selangor.

"Dia bukanlah satu kapasti untuk mengisi ataupun mencari kerja untuk siapa-siapa yang tiada kerja atau mencari jawatan untuk sesiapa yang tidak berjawatan, tetapi jawatan itu mesti diwujudkan atas keperluan.

"Kalau keperluan memerlukan seseorang seperti Teresa Kok untuk duduk ditempat itu, maka kita persilakanlah Menteri Besar sediakan jawatan itu. Tapi kalau sekadar untuk mengisi jawatan, supaya nak rasa adil, saya rasa itu tidak perlu melainkan atas keperluan pentadbiran," katanya.

Mengulas lanjut Sallehen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak itu berkata Pas tidak mempunyai sebarang masalah jika Saifuddin dilantik ke jawatan itu.

Namun seperti pemimpin sekutunya yang lain juga, beliau berpendapat perkara itu wajar dibincangkan atau dimaklumkan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat, iaitu Pas dan DAP.

"Pas tidak kisah jika itu memberi kebaikan kepada Menteri Besar, dan boleh melicinkan lagi urus tadbir pentadbiran negeri, ia terserah kepada Menteri Besar. Tetapi sebaiknya bagi saya ia diputus melalui persetujuan dalam majlis presiden yang membabitkan semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat.

"Apapun, kalau tidak dalam majlis presiden, tetapi perlu memaklumkan hal-hal yang demikian kepada rakan-rakan dalam parti-parti lain supaya difahami tentang kewujudan jawatan itu kepada rakan-rakan yang lain," ujarnya lagi

http://www.anwaraidc.com/?p=36033


Sent from my iPad

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Islam mengajar umatnya bersatu padu namun kita muslim berpecah belah sedangkan bukan islam bersatu

Kalau nak lihat produk muslim atau beli atau jual barang terpakai dan baharu sila ke produkmuslim.info

Kalau tak beli atau jual pun sila daftar sebab ada cabutan bertuah bulan ini

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Contoh klasik "tidor sebantal tapi mimpi lain-lain". Nampak sangat parti-parti dalam PR Selangor tamak kuasa dan yang paling ketara, masing-masing tidak percaya di antara mereka. Mampus lah negeri Selangor. Kepada pengundi melayu yang undi PKR dan PAS, nah terima lah habuan, dan korang telah berdosa kepada rakyat Selangor yang dizalimi dengan tindakan PR.

Tanpa Nama berkata...

Sallehen ada teloq... Tapi ini kehendak DAP kan? Memang akan jadi lar tu... PAS dan PKR hanya macai DAP ajer... Nanti Tokong marah pula...

Cari Blog Ini

Translate