Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Jun 2013

Hanya 15 Penyokong PR Sertai Flashmob Black 505 Hari Ini- YouTube

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/0vdff0l-wIE


Panglima : rakyat dah muak dengan drama demi drama yang dimainkan oleh Anwar dan pembangkang.

Mereka sudah menyampah dengan gaya politik yang tidak menguntungkan negara seperti ini.

Kerana itu hanya 15 orang dari puluhan ribu yang datang stadium Kelana Jaya sebelum ini, bukti kegagalan pembangkang mengumpul ahli setia mereka flash mob di Masjid Jamek siang tadi.

Petanda tidak ada sambutan dari rakyat ialah bila Hj Husam Musa mula kaitkan ganjaran syahid kepada yang sertai demonstrasi Blackout 505 hujung minggu ini. Bukan itu sahaja sesiapa tidak hadir juga digelar pengkhianat hingga menyebabkan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Haron Din terpaksa menjawab.

Husam yang salah mengaji muqaddam semasa kempen PRU13 lepas di Putrajaya di Pinggiran Putra, pun masih ada hati mahu keluarkan pandangan yang kebiasaannya dianggap fatwa oleh ekstrem PAS.

Kenyataan Husam dilihat kerana hubungan baiknya dengan Anwar yang kini sanggup terbang ke Jakarta untuk mencari peluang berdamai dengan Najib

Pandangan mantan Exco Kanan Kelantan yang salah ini sudah tentu akan dianggap benar jika rakyat tidak mendapat info yang cukup tentang sesuatu hal dan kejadian.

Walhal beliau sekadar lulusan Ekonomi dan kursus bahasa Arab di Jordan sahaja. Yang teramat jauh dari mencukupi syarat menjadi Mufti di mana jua negeri.

Oleh itu elok jika anak muda 15 orang ini dan yang lain dipulihkan dengan bimbingan agama dan info yang tepat dari Jakim, Kementerian Komunikasi, Kementerian Belia, Biro Tatanegara serta diberi peluang menjalan perniagaan mencari tapak kehidupan.

Kita percaya mereka ini diupah sahaja untuk berdemo, bukannya kerana semangat perjuangan yang membara!

'Masakan ada singa menerkam rusa jika perut kenyang tiap masa'

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate