Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Jun 2013

Himpunan Blackout 505 tetap haram diteruskan kerana langgar Perlembagaan Wahai @Anwaribrahim !

Kenyataan Anwar mahu teruskan perhimpunan ada di sini

http://youtu.be/S0bgzhUZQFw

Analisa Panglima : strategi sidang akhbar di pejabat PaS oleh Anwar dalam video di atas adalah satu cara untuk pesongkan perhatian khalayak yang semakin meragui adakah PAS bersama beliau atau tidak untuk himpunan kali ini.

Dengan logo Pas di belakangnya saya yakin bahawa ia belum tentu akan berjaya meyakinkan ahli PaS yang berbalah bahagi untuk menyokong atau berdiam diri. Kerana kelibat pemimpin tertinggi Pas juga tidak kelihatan bersamanya.

Semalam di dalam Suara Keadilan dilaporkan Anwar bertemu Presiden Bambang Yudoyono namun sekeping gambar pun tidak disertakan dalam laporan halaman dua akhbar yang pernah kalah kes fitnah tersebut.

Kemunculan Anwar di situ jelas petanda seakan Anwar semakin terdesak mencari tenaga untuk meramaikan program Blackout beliau.

Hingga 'budak'
beliau terpaksa diguna untuk mengeluarkan kenyataan mengatakan mati syahid sesiapa yang mati sertai Blackout 505.

Kesian kepada Anwar Ibrahim, nampaknya hanya 'budak' itu sahaja yang sanggup diperguna oleh beliau dan dalam masa yang sama beliau juga gagal membaca Quran dengan sempurna sehingga salah baris walau cuma sebuah surah Muqaddam.

Mungkin Anwar tidak tahu bahawa Husam tidak pandai baca Quran dan tersilap pula apabila meminta memberi fatwa syahid kepada ahli Pas. Sila rujuk YouTube Panglima untuk video tersebut.

Kita doakan niat jahat mereka yang mahu guling kerajaan akan dihalang Allah dengan kita membantu sedikit sebanyak menyekatnya di alam siber.

Mari kita sama-sama berjuang demi negara bangsa dan agama.


Sent from my iPhone

1 ulasan:

Ari berkata...

prhimpunan aman katanya...kita tngu dan lihat.pasukan keselamatan sudah bersedia.biar mereka menjalankn tugas.kita hanya mampu berdoa serta sokongan moral tanpa henti.

Cari Blog Ini

Translate