Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Jun 2013

Kekejaman Sungguh Dahsyat Kerajaan Syiah Proksi Amerika di Iraq Wajib Ditonton Rakyat Malaysia !!!


Bila melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat islam Sunni di Iraq maka kita akan sedar bagaimana bahayanya puak Syiah ini jika mereka mendapat kuasa. Hari ini Syiah di Malaysia menjadi puak minoriti namun jika usaha tidak dilakukan dan pemimpin pro Syiah diberi kuasa dipilih hingga menduduki tangga atas kepimpinan maka Malaysia juga akan melalui nasib yang serupa seperti mereka. Adakah kita bersedia untuk itu ? 


Adakah kedamaian hari ini mahu digadaikan untuk melihat kemusnahan atas alasan kebencian terhadapa Kerajaan bawah pimpinan UMNO dan Barisan ?

FIkirkan kembali dan jangan menjadi orang dayus yang takut menyuarakan kebenaran apabila menemuinya di hadapan mata. Kerana kebenaran kita akan dihormati kawan digeruni lawan. Ia juga akan menjadikan kita seorang yang teguh bukan berpura-pura atau retorik semata di dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Sekali lagi panglima harapkan agar kita teguhkan ilmu dan amalan agar serangan halus puak Syiah di dalam menaruh kebencian terhadap Kerajaan demi meruntuhkan kerajaan Sunni akan digagalkan oleh Allah Taala. 

Sebarkan video ini dan beberapa video lain yang telah disusun dengan begitu baik mengikut tajuk. Ia satu cara kita mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari dirosakkan pengaruh ajarann ini yang pasti akan berkembang jika kita diamkan dan tidak mengambil berat terhadap pengaruhnya yang semakin menjalar di kalangan rakyat negara kita.

Semoga Allah selamatkan Malaysia dan memberi hidayah kepada mereka yang telah terpengaruh dengan ajaran ini.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate