Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Jun 2013

Sheikh Nuruddin Al Banjari Dihalang Di TV Al Hijrah Kerana Wahabi ? Mohon PM @NajibRazak Campur Tangan


Sheikh Nuruddin adalah salah seorang alim ulamak yang gigih dalam menyebarkan ilmu bukan sahaja kepada para pelajar di Universiti Al Azhar dari pelusuk nusantara seperti Malaysia, Indonesia bahkan juga kepada umat Islam di Malaysia khususnya. (Biografi al Fadhil Sheikh Nuruddin al Banjari sila klik - DISINI)

Kecintaan beliau kepada ilmu serta para pencinta ilmu membawa Sheikh Nuruddin al Banjari ke Malaysia dengan bercambahnya kuliah-kuliah ilmu agama samada di surau, masjid, seminar, majlis khatam kitab hadith  dan sebagainya. Sehinggalah bersiaran di slot CINTA ILMU di TV AL HIJRAH pada setiap Hari Khamis Dan Jumaat jam 0615petang.



Rata-rata umat Islam yang dahagakan ilmu agama amat menyukai cara penyampaian Sheikh Nuruddin, dalam ketegasan beliau ada kasih sayang dan juga didikan seorang murabbi.

Sayangnya slot yang dapat kita ditontoni setiap hari Khamis dan Jumaat telah tidak lagi bersiaran kerana ada 'tangan-tangan ghaib' yang hasad kepada beliau kerana ketegasannya yang tidak berkompromi dengan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah menyebabkan kontrak beliau tidak disambung lagi untuk slot berkenaan. Para pencinta ilmu pun mulalah tertanya-tanya ke mana menghilangnya pemberi mutiara ilmu sekian lama ?

Stesyen TV AL HIJRAH adalah antara stesyen televisyen yang diharapkan dapat membawa umat Islam kepada kefahaman Islam yang sahih dan benar berteraskan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah serta program yang islamik dan seharusnya terus mempromosikan alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah agar terus menjadi ikon di negara ini.

Menutup pintu-pintu ilmu hanya membawa kepada kejahilan yang berterusan kepada umat Islam. Membawa masuk secara senyap-senyap wahhabi takfiri seperti Rasul Dahri dan Fathul Bari dan 'memberi suara' kepada mereka menyemarakkan pula fahaman ekstrimis di Malaysia.

Di akhir zaman ini ketika ramainya ulamak muktabar meninggalkan kita, ada pula yang ingin menyekat ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dari menyampaikan ilmu.

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu 'anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta'ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai tanda sokongan kepada Tuan Guru Sheikh Nuruddin agar pencinta ilmu terus mendapat pengetahuan dari beliau, dan juga meminta agar TV AL HIJRAH meneruskan slot bersama Sheikh Nuruddin, mari kita bersama-sama 'like' / SUKA page ini di facebook :

Kami Mohon TG Syeikh Nuruddin Kembali Bersama Cinta Ilmu



Sent from my iPhone

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agama ni adalah sebagai panduan dan batasan. tp ada pihak2 tertentu x seronok ditegur, nak ikut nafsu sendiri. Bila ilmu dan dakwah disekat, maka ramailah org jahil agama zaman ni.

Photomaniac Enterprise berkata...

klau x fham agama...xpyh tulis la panglima...buat nmpak bodih je..haha

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..diharap stesyen tV al-hijrah dapat meneruskan siaran tuan guru sheikah nuruddin.kepada ulama muda umno rasul dahri dan fathul bari,janganlah kamu ingin menyesatkan pemahaman islam dinegara ini berdasarkan akal fikiran.

Tanpa Nama berkata...

Saya mula mengikuti siaran TV al hijrah apabila adanya program cinta ilmu yang mengemukanan tokoh-tokoh agama terutamanya Sheikh Nuruddin Al Banjari & Dr. Zulkifli (bicara tasauf) di harap pihak pengurusan Al-Hijrah menyambung semula kontrak beliau. saya percaya ramai lagi rakyat m'sia yang seangkatan dengan saya yang dahagakan ilmu agama. ketokohan Sheikh yang tidak kering idea dan ilmu sangat diperlukan oleh umat Muhammad SAW. sya tidak tahu mengapa slot ini dihentikan tetapi berharap dapat disambung semula siarannya. Moga dengan ini nanti TV Al-HIjrah dan seluruh warganya mendapat keberkatan.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga pecinta program cinta ilmu amat terasa kehilangan TG syeh Nuruddin banyak ilmunya disampaikan dengan penuh kelembutan membuat hati dekat dngn Allah .sungguh rugi kt rakyat malaysia

Abu Ibrahim berkata...

Sila buktikan bahawa Rasul Dahri dan Fathul Bari mengkafirkan sesiapa pun. Bawalah bukti anda kerana sesungguhnya tuduhan anda adalah amat berat...ditakuti kamu yang terkena label kafir sekiranya Rasul Dahri dan Fathul Bari bukanlah golongan takfir seperti tuduhan kamu.

Cari Blog Ini

Translate