Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2013

MB Perak @ZambryAbdKadir tegur Palanivel


G. Palanivel



IPOH 10 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meminta Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak membuat kenyataan serkap jarang berhubung pelantikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zambry berkata, walaupun sesetengah pihak menganggap kenyataan Palanivel bertujuan mengalih pandangan umum terhadap masalah dalaman MIC, kerajaan negeri tidak seharusnya diheret dalam isu tersebut.

“Saya tidak terkejut dengan kenyataan Palanivel. Kenyataan beliau hari ini akan berubah pada esoknya. Bukan hendak kata saya marah, tetapi saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan berkaitan kedudukan Speaker DUN kerana masanya belum tiba.

“Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab, malah tidak baik seorang Presiden parti membuat kenyataan melulu kerana saluran perbincangan sentiasa terbuka. Sebagai ketua, kita sepatutnya menyaring maklumat yang diterima dan bukannya melompat tak tentu pasal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak, Datuk Khushairi Abd. Talib kesal dengan kenyataan Palanivel yang seolah-olah mengugut Zambry berhubung pelantikan jawatan Speaker DUN.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130611/po_03/MB-Perak-tegur-Palanivel#ixzz2Vrz13CdC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate