Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Jun 2013

Pemimpin Hindraf pro Anwar dihukum penjara akibat hasutan surat kepada Britain

Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah membuat kenyataan hasutan pada 2007.

Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara 15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin di Malaysia.Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi.

Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya. Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini semalam.

Kes itu didengar oleh Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.Uthayakumar kelihatan begitu tenang ketika hukuman dijatuhkan dan malah tersenyum kepada penyokong selepas sidang mahkamah ditangguhkan

Sumber :

Kaedah politik gaya pemimpin pembangkang ialah : 

penjara satu peluang raih undi melalui simpati walau mereka jelas langgar undang-undang !

Kerana itu sengaja dibiar tanpa pembelaan kerana mahu kalah dalam perbicaraan.

Mujurlah hanya sedikit yang tidak cerdik menyokong Hindraf berbanding yang menolak. 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate