Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Jun 2013

Rupanya CIMB Adik PM @NajibRazak Lebih Awal Boikot Iklan Akhbar Utusan Malaysia dari Air Asia - Blog Zainuddin Maidin


Panglima baru sahaja membaca blog Zainuddin Maidin mantan Menteri Penerangan Kabinet 2006 era Pak Lah sebentar tadi. Tulisan beliau memang digemari panglima sejak dulu dan beberapa buah buku beliau sudah dibeli. Kebanyakkannya berkaitan dengan mantan PM Tun Mahathir Mohamed.

Penceritaan yang lancar dan padat dengan fakta antara keistimewaan penulis mantan Ketua Pengarang Utusan Malaysia ini. Beliau juga berani menyuarakan pandangannya dan itulah yang paling istimewa yang jarang ada pada diri seorang penulis.

Sepatutnya keberanian menulis dan mempertahankan tulisan itu patut dan wajib ada pada seorang penulis. Kerana itulah integriti yang sangat mahal dan barangkali terpaksa dijual dengan tindakan saman, penjara berbulan-bulan atau dibalas dengan serangan yang memalukan.

Dalam hal ini blogger juga seorang penulis dan tugas mereka juga sama cuma berbeza medium penerbitan tulisan yang lebih cepat dan mudah diakses dengan percuma berbeza dengan media massa bercetak. 


Blogger sepatutnya bukan sekadar menganalisa isu politik bahkan sebarang isu melibatkan manusia dan masa depan bangsa dan agama juga perlu disentuh dan dihuraikan dengan baik berdasarkan info yang cukup selepas mengkaji baik buruk di sebaliknya..

Blogger seperti ini yang sukar dicari.

Yang ada sekarang pada hemat saya, hanya pandai melontar idea dipenuhi semangat mahu menunjukkan kehebatan menyerang lawan dan melanggar etika yang mendedahkan banyak perkara yang dikira sebagai rahsia.

Matlamat blogger juga nampaknya bukan kerana perjuangan tetapi mula menyimpang ke arah mengejar wang dan juga pengaruh untuk dipandang. Kehebatan diukur sekarang ini berdasarkan hits dan juga wang diperolehi, serta 'connection' yang dibina bukan kepada idea yang digarap hasil pembacaan dan diskusi yang panjang dengan ahli-ahlinya serta mampu 'menggegarkan' negara.

Jangan kita terlampau marah sehingga membuka perkara atau rahsia sulit yang semakin menjahanamkan parti yang kita kata kitalah pembelanya. Jangan sampai habis perang saudara di alam maya sehingga mengorbankan rakan seperjuangan yang bakal melemahkan lagi parti tulang belakang umat Melayu kita.

Ini yang perlu dijaga dan diamalkan sebagai penggiat media sosial atau kita akan dipandang penuh menyampah lantaran sikap kita sendiri yang menghakis rasa hormat manusia terutama pemimpin tertinggi negara dan parti kita.

Baca kisah CEO CIMB adik PM yang menyanjung Azran Rani Osman http://www.utusan.com.my/utusan/  dan lebih awal memboikot iklan kepada akhbar setia perjuangan Melayu iaitu Utusan Malaysia.

Meskipun PM kita Datuk Seri Najib sendiri tidak sedemikian pendiriannya. Sehingga diakui pemimpin PERKASA tentang ketulenan jiwa Melayu DS Najib Razak dan pandangan jauh beliau. Klik sini http://www.utusan.com.my/ untuk membacanya.

Jangan kerana adik maka abang dipersalahkan.


Berikut petikan tulisan Zainuddin Maidin  :

The Star sangat bijak dan cekap  memainkan isu-isu sensitif  sehingga orang seperti adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Nazir dan CEO Air Asia, Azran tidak sedar akan rasismenya dan  sanggup mencurahkan iklan berjuta ringgit kepadanya  dan tidak memberikan iklan kepada Utusan kerana rasis. Bantuan ini tidak secara langsung memberi kekuatan kepada The Star untuk meneruskan ajendanya yang tersembunyi.

CIMB memang memboikot iklannya kepada Utusan Malaysia  mendahului AirAsia kerana memikirkan pelanggan Melayunya hanya kecil sahaja.

Orang orang seperti Nazir dan Azran yang berpelaran tinggi tetapi tidak terpelajar (meminjam kata kata Pak Ungku Aziz) tidak akan dapat memahami apa yang tersirat dan tidak tersurat dalam permainan politik 

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia malah penduduk di sekitar Ampang dan Selayang tidak sedar bahawa beberapa kejadian  pembunuhan rakyat Myanmar yang berlaku di sekitar mereka adalah berkaitan dengan sentimen agama yang ada kaitan dengan rusuhan agama di Myanmar sebaliknya disangka mereka sebagai pergaduhan kumpulan semseng. Terima kasih kepada akhbar akhbar yang tidak membesar besarkan kejadian ini.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate