Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2013

SPR Kata Bilangan kerusi Parlimen, Dun dijangka berubah Selepas Sempadan Semula 2013 - Sinar Harian

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan persempadan semula yang akan dilaksanakan bermula tahun ini bakal merubah bilangan kawasan Parlimen dan Dun di negara ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ekoran daripada proses pembangunan dan migrasi yang banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar khususnya, pembukaan Parlimen baru perlu dipertimbangkan.

"Ya, Parlimen Batu, Parlimen Bandar Tun Razak dan banyak lagi yang kita akan pecahkan kepada beberapa kawasan lain untuk elakkan daripada menjadi 'hang'.

"... akan lebih kawasan Parlimen daripada 222... kita juga akan jadikannya ganjil bukan genap.

"Kita akan bincang apakah pendekatan sebaiknya supaya seimbang, tapi Sabah dan Sarawak kita tak boleh nak sama dengan kawasan Semenanjung," katanya kepada Sinar Harian semasa wawancara bersamanya di sini, pagi tadi.

Abdul Aziz turut menjelaskan perubahan kerusi Parlimen dan Dun juga hanya akan berlaku apabila mendapat persetujuan di peringkat Dewan Rakyat dan negeri.

"Jika tidak ada persetujuan, Parlimen akan kekal dengan 222 dan Dun juga akan kekal," katanya.

Mengikut laporan media, Sabtu lalu, SPR menyatakan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan PRU13, maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata kawasan-kawasan yang berpenduduk padat akan dipecahkan bagi memastikan keadaan lebih terurus.
"Jadi kita akan mendengar cadangan yang dikemukakan, pecahkan lagi banyak kawasan bandar ini kalau Kuala Lumpur ada 11 kita akan jadikannya 20.

"Seboleh mungkin kita mahu ia jadikan kawasan tersebut satu pemimpin, satu undi dan satu nilai," ujar beliau.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menafikan persempadan semula tersebut akan menguntungkan BN.

"Itu kita tak ambil tahu, kita nak buat persempadanan semula supaya ia lebih seimbang dan memudahkan kita," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/bilangan-kerusi-parlimen-dun-dijangka-berubah-1.169568


Sent from my iPad

1 ulasan:

MMI berkata...

Slm mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com utk makluman blog PPS sudah pun di pautkan di blog MMI.Tq.

Cari Blog Ini

Translate