Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Julai 2013

Mesti Baca - Hisemudin Kasim: Krisis Politik Mesir : Tentera Rampas Kuasa Dan Sejarah Panjangnya

Beberapa hari yang lalu, saya telah menulis mengenai pergolakan di Turki di mana Perdana Menteri Reccep Tayyip Erdogan berhadapan dengan rusuhan rakyat yang secara amnya adalah penyokong parti pembangkang. Anda boleh membaca Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak dalam blog saya.

Manakala tulisan saya kali ini tidak akan lari dari memperkatakan satu lagi krisis di bumi Arab iaitu Mesir yang telahpun memasuki fasa terbaru iaitu rampasan kuasa tentera bagi meredakan apa yang dikatakan sebagai Arab Spring II.

Untuk mengenali bagaimana tentera boleh merampas kuasa dan menumbangkan kerajaan pilihan rakyat, maka kita haruslah menyingkap sejarah negara Mesir itu sendiri. Bahkan ianya boleh diluaskan pengertiannya kepada blok negara-negara Arab dari Semenanjong Anatolia yang merangkumi Turki, Semanjung Arab yang terdiri daripada Jordan, Syria, Lubnan, Yemen dan negara-negara Arab di Utara Afrika iaitu Tunisia, Mesir dan Libya.

Di negara-negara tersebut yang pada asalnya diperintah dengan kuasa tentera sejak beberapa lama. Peranan tentera dalam pemerintahan negara telah menjadi darah daging bagi rakyat mereka. Kemudiannya perubahan kuasa tentera yang disadurkan dengan sistem demokrasi kepimpinan yang didokong oleh tentera. Ataupun ada negara-negara yang diperintah secara kuku besi oleh beberapa jeneral tentera yang merampas kuasa.

Peralihan kuasa kepada rakyat dari regim tentera tidak banyak memberikan erti yang besar dalam penyusunan kepimpinan parti-parti yang memerintah secara demokrasi lantaran bayangan tentera yang masih kukuh dalam sistem pemerintahan negara. Di samping itu sistem demokrasi masih belum mencapai kematangannya. Contoh yang paling nyata ialah Mesir dan Turki.

Walaupun Turki dalam beberapa minggu ini menampakkan pihak tentera tidak mengambil bahagian dalam percaturan politik negara itu, tetapi jika keadaan semakin meruncing, tidak mustahil tentera juga akan kembali berkuasa di mana Turki pernah mengalami empat kali rampasan kuasa tentera dalam tahun 1960, 1971, 1980 dan 1997.

Baca seterusnya

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html?showComment=1373117435778&m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate