Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Ogos 2013

Dua Petisyen Ditolak, Bagan Datoh Kekal Milik BN - Tahniah DS @Zahid_Hamidi !

alt
 
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Mahkamah Pilihan Raya Ipoh hari ini menolak dua petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) PKR, 11 Jun lalu.
 
Keputusan itu sekaligus mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
 
Hakim Datuk Umi Kalthum membuat keputusan itu atas alasan petisyen yang difailkan calon PKR, Madhi Hasan dan seorang pengundi, Azmi Sulaiman tidak mematuhi undang-undang yang termaktub dalam Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
 
Umi Kalthum turut mengarahkan Madhi dan Azmi membayar kos masing-masing sebanyak RM25,000 kepada Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri serta dinamakan sebagai responden dalam kedua-dua petisyen berkenaan.


http://www.rakyatnews.my/index.php/2013081577802/politik/dua-petisyen-ditolak-bagan-datoh-kekal-milik-bn


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate