Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Ogos 2013

Wanita UMNO PP sokong @ShahrizatJalil Kekal Ketua Wanita #PemilihanUmno2013






GEORGE TOWN 15 Ogos - Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini berikrar memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk menerajui sayap parti itu pada pemilihan parti Oktober ini.

Ketua Wanita UMNO negeri, Zabariah Wahab berkata, Shahrizat mempunyai kewibawaan untuk memimpin Wanita dan beliau harus diberi peluang untuk meneruskan perjuangan agenda wanita dalam parti.

"Di bawah era pentadbiran kepimpinannya beliau telah berjaya menambah penglibatan wanita dalam pentadbiran awam dan pembuat dasar. Kami rasa perpaduan yang telah terjalin di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahrizat perlu diteruskan dan dikekalkan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Wanita UMNO negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh sepenggal menerajui Wanita UMNO, Shahrizat berjaya membawa perubahan besar dalam pergerakan itu termasuk penjenamaan semula Wanita Umno menerusi program seperti Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Ziarah Sayang.

Katanya, program-program itu telah memberi kekuatan kepada Umno untuk memenangi pilihan raya umum dan beberapa pilihan raya kecil.

Zabariah berkata, Wanita UMNO Pulau Pinang juga menggesa agar jawatan Ketua Wanita tidak dipertandingkan bagi memberi laluan kepada Shahrizat menjalankan tugas dan menjaga keharmonian parti.

"Sebaiknya tak usah ada pertandingan...kita bagi peluang kepada Datuk Seri Shahrizat untuk terus menjalankan tugas-tugasnya menjaga parti dan juga Wanita," katanya.

Baru-baru ini, bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azlina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang dipetik sebagai berkata beliau akan mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita UMNO. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130815/po_05/Wanita-UMNO-PP-sokong-Shahrizat#ixzz2c1jyTsMj
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 ulasan:

anakketam berkata...

Nasib UMNO, orang dewasa wanita pemuda sama sahaja , tidak ada tokoh lain yang diwarwarkan utk memebrikan pilihan kepada ahli utk memilih walau pun presiden timbalan naib mkt dll yang berjawatan terpalit dengan perbagai cerita dan berita sensasi .

Sindrom apa yang berlaku , tak apa orang lain pun buat juga ...

Cari Blog Ini

Translate