Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Ogos 2013

Sejarah Ikhawanul Muslimin dan Persamaan PAS Yang Wajib Anda Ketahui



Ikhwanul Muslimin pada permulaannya adalah sebuah organisasi yang tidak mencampuri bab politik diasaskan oleh Imam Hassan Al Banna. Selepas kematian Imam Hassan Al Banna kepimpinannya telah mengambil keputusan menyertai politik dengan menjadikan fahaman salafiyah pro wahabiyah sebagai fahaman mereka.

Semasa Imam Hassan Al Banna ada beliau dilihat mirip kepada tariqah sufiyyah. Namun ia mula berubah apabila kepimpinan IM berubah selepas kematiannya. Lantaran itu tidak pelik kenapa Wahabi kuat menghentam IM.

Selepas itu fahaman Qutubiyyah (dari Sayid Qutb) yang banyak memiliki persamaan dengan fahaman wahabi seperti mengkafirkan orang lain,  telah dijadikan pegangan mereka dengan dijadikan kitab tulisan pemimpin yang menyertai IM tahun 1950 tersebut sebagai sandaran hujah mereka termasuk di dalam usrah.

Walaupun Sayid QUtb hanya berlatar belakang Sastera sahaja bukan seorang tokoh Ulama Al Azhar As Syarif. Kupasan perkara ini boleh baca di sini http://www.penembak-tepat.com/2013/01/blog-anakbukitgantang-dedah-14.html

Lapis ketiga kepimpinan IM telah mengubah menjadikan IM organisasi yang terlibat dengan politik mengikut info dari rakan yang juga seorang penyelidik IM selama ini.

Fakta jelas menunjukan beliau bukan seorang tokoh agama atau faqih di dalam bab agama. Situasi sama di Malaysia di mana Nik Aziz Nik Mat juga sekadar lulusan Bahasa Arab dan Perundangan Islam bukan alim bab Tauhid Fiqah Usuluddin seperti yang sepatutnya. Seperti wikipedia di sini sebutkan http://ms.wikipedia.org/wiki/Nik_Abdul_Aziz_bin_Nik_Mat

Pengajian pondok juga seperti tidak memberi kesan kepada beliau apabila banyak pandangannya sudah dipengaruhi ulama aliran salafi wahabi luar negara sehingga mengundang kecelaruan dalam masyarakat.

Kerana itu banyak kekeliruan telah timbul hasil kenyataan Nik Aziz. Baca koleksi kata-kata beliau di sini http://azlishukri.blogspot.com/2009/08/100-kata-kata-nik-aziz-paling-merbahaya.html

Maka tidak pelik di akhir zaman Nabi saw telah menyebut ramai orang jahil akan diangkat menjadi pemimpin. Mereka sesat dan menyesatkan.

Dasar IM ialah menyatukan Sunni Syiah. Sedangkan semua sudah tahu bagaimana pegangan Syiah dan sejarah mereka terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menyatukan fahaman yang mengkafirkan sahabat dengan Sunni - tidak akan berhasil bahkan akan membawa kemudaratan pada akhirnya.

Kerana itu PAS juga mahu menerima pelbagai aliran yang dianggap sesat termasuk Syiah



Lebih bahaya Syiah juga dianggap Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Presiden PAS Hj Hadi yang berkelulusan dari Madinah yang juga merupakan tempat lahirnya kader-kader Wahabi di seluruh dunia.



Tidak ketinggalan Nik Aziz yang turut berpandangan sama pandangan golongan Wahabi ini yang menyamakan sambutan Maulid Nabi sebagai meniru Kristian



Kesimpulannya : PAS sudah dikuasai pihak pro wahabi lantaran kiblat ilmu siyasi dan agama mereka kepada IM di Mesir dan dibarisi pemimpin yang menerima fahaman tersebut.

Maka tugas kitalah menjernihkan kembali fahaman sebenar ASWJ agar selari dengan pandangan majoriti Ulama terkemuka dunia

Ini termasuklah dengan menolak PAS sehingga mereka akan kembali kepada dasar asal agama (jika Allah masih mahu memberi petunjuk kepada mereka)

Kita yakin dasar sesuatu yang boleh berubah dan kita doakan PAS juga akan berubah kepada ASWJ.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate