Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 September 2013

Ketua Pemuda UMNO : Mana Pilihan Anda Antara @Khairykj vs @RazmanHakimi

Mana satu pilihan anda? Nyatakan dalam ruang komen di bawah.

Semalam borang sudah mula diedar dan ratus ribu borang untuk bertanding jawatan menanti sesiapa yang berminat dan telah mengukur diri sendiri.

Saya mengenali Razman Hakimi Abdullah secara dekat sebelum ini dan sokong usaha beliau untuk mencuba nasib bertanding. Penglibatan dalam UMB membuatkan saya mengenali karakter beliau yang mungkin sesuai diletak di hadapan untuk menerajui kepimpinan pemuda UMNO.

Beliau orang memang sangat berpengaruh kalangan facebooker dan tulang belakang yang melatih jentera seluruh negara.

KJ bukan sahaja beliau tidak mengenali saya bahkan saya juga tidak ada ruang untuk bersua dengan beliau untuk tempoh yang lama antara Ketua dan pimpinan di bawahnya iaitu Cybertrooper UMB.

Dalam hal ini saya melihat Razman mempunyai perbezaan sebagai pemimpin di mana beliau suka membina hubungan dan memelihara hubungan.

Beliau juga sudah berjaya dengan kekayaan yang jutaan nilainya namun tetap low profile dengan semua, termasuk dengan saya sendiri.

Selain itu beliau juga berani menyanggah perkara yang salah dan selama saya mengenali beliau juga bijak di dalam mengatur strategi untuk memenangi pertempuran persepsi.

Banyak perkara saya boleh tulis seperti kisah beliau sebelum ini dalam bab perang persepsi namun ada perkara perlu dibicarakan dalam perbualan bukan tulisan.

Sudah pasti KJ sebagai anak diplomat lukusan Universiti Oxford akan mengalu-alukan kehadiran beliau kerana prinsip demokrasi.

Sudah tentu KJ sukar digugat kecuali ada gelombang bawah arus yang mungkin menolak kepimpinan KJ dan line up beliau secara senyap.

Alasannya mungkin berdasarkan persepsi yang dilihat bahawa beliau sedikit tersasar dari tatacara orang Melayu yang beradab sopan dan berbudi bahasa.

Itu persepsi dan persepsi boleh berubah jika Menteri bijak mengkaji dan membanterasnya.

Selamat berjaya Mr Razman !!!

Anda bakal menjadi Giant Killer bila muncul dan terus meraih perhatian perwakilan seluruh negara.

Baca pandangan jujur blogger terhadap beliau

http://penaleklook.blogspot.com/2011/08/blogger-mula-dijadikan-kawan.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate