Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 September 2013

Musa Aman umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO



Musa Aman umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO
AHAD, 15 SEPTEMBER 2013 19:17 ROSLI ISMAIL Email Cetak PDF
inShare

musa-1Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tamatkan spekulasi mengenai dirinya menjelang pemilihan UMNO apabila petang Ahad umum beliau tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Beliau juga tidak akan bertanding mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pengumuman yang dibuat menerusi satu kenyataan itu mengejutkan ramai pihak mengenangkan kebanyakan bahagian UMNO di Sabah sebelum ini sudah menyuarakan sokongan terbuka untuk beliau tanding jawatan Naib Presiden.

Maka setakat ini hanya Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam sahaja merupakan calon yang umum tawar diri berentap dengan tiga penyandang jawatan itu.

Datuk Seri Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal sudah umum akan pertahan jawatan mereka.

Kata Musa beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ketua Menteri itu beliau hendak tumpu perhatian kepada usaha bangunkan Sabah.-15/9/2013

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/musa-aman-umum-tak-tanding-jawatan-naib-presiden-umno.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate