Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 September 2013

Pemuda Pas Musykil @Anwaribrahim Ingin Jumpa @NajibRazak | Politik

alt
 
KUALA LUMPUR 2 Sept - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan mengenai masalah negara dilihat sebagai sesuatu yang 'musykil'.
 
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, walaupun tindakan Ketua Pembangkang itu sebagai cadangan yang baik namun ia tetap dipandang musykil kerana beliau begitu beriya-iya.
 
"Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan negara dengan memberikan respons atau sebarang kerjasama.
 
"Namun begitu, Pemuda PAS merasa musykil mengapa Datuk Seri Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan," katanya.
 
Sebelum ini, Raja Ahmad, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa kepimpinan tertingi parti yang lain pernah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun mendapat kritikan.
 
Jumaat lalu, Anwar menyatakan kesediaannya untuk mengadakan pertemuan bersama Najib bagi mencari titik penyelesaian berkaitan masalah negara.
 
Menerusi ucapan perutusan bersempena sambutan kemerdekaan ke 56, Anwar turut meminta satu pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.
 
"Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok," katanya.
 
Sehubungan itu, Raja Ahmad mengingatkan Anwar supaya berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan politik musuh.
 
"Kami (dewan) bimbang jika terperangkap dengan politik "golongan berkepentingan"," katanya.


http://www.rakyatnews.my/index.php/2013090282032/politik/pemuda-pas-musykil-anwar-ingin-jumpa-najib


Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukanya PR akan teperangkap...
Anu-War lah yg akan cuba memerangkap BN..
Awas musuh akan menikam dr belakang apabila berupaya mendekati mangsanya...

Cari Blog Ini

Translate