Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 September 2013

@ShahrizatJalil nafi halang @Azalina cabar Ketua Wanita

Bekas Setpol Shahrizat Datuk Suhaimi Ibrahim sudah bagi kenyataan bahawa beliau bukan pemilik 10 buah kereta yang ditahan SPRM.

Beliau juga menafikan mengambil rasuah dari program 1Azam.

Beliau juga kesal media melaporkan bahawa hanya beliau seorang sahaja yang disiasat sedangkan ramai yang telah dipanggil.

Beliau juga memberitahu telah lama mempunyai perniagaan sendiri sejak 1995 lagi.

Baca penafian DS Shahrizat Jalil tentang isu tersebut dan juga dakwaan Azalina dihalang untuk bertanding.

Harap Shahrizat akan kekal sebagai Ketua Wanita atas kecemerlangan beliau selama ini.

SHAHRIZAT Abdul Jalil bercakap sambil ditemani Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya wujud usaha daripada pihaknya yang menggesa Datuk Seri Azalina Othman Said memberi laluan kepada beliau mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO.

Menurutnya, tidak ada usaha seumpama itu dijalankan kerana beliau bukanlah seorang yang begitu terdesak dan percaya Azalina juga berpendirian sama.

"Tidak. Tolonglah. Dakwaan itu tidak benar, saya tidak begitu terdesak dan berpendapat Azalina juga tidak terdesak. Kami berdua mempunyai visi masing-masing.

"Kami mempunyai ramai sokongan akar umbi yang serupa, kami berjuang untuk wanita dan juga rakyat. Tiada yang misteri mengenai perkara itu, tiada apa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh beberapa orang Exco Wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, di sini hari ini.

Shahrizat mengulas tuduhan pihak tertentu bahawa beliau telah menghantar 'delegasi' bertemu dengan Azalina dalam usaha menghalang Ahli Parlimen Pengerang itu daripada merebut jawatan Ketua Wanita UMNO yang akan dipertahankan beliau.

Azalina sebelum ini mengumumkan mahu bertanding jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti kali ini sebelum mengubah keputusannya dan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan itu dengan alasan mahu mengelakkan perpecahan dalam parti.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, Pergerakan Wanita UMNO akan mengetengahkan beberapa calon untuk bertanding jawatan ahli MT tetapi enggan mengesahkan jumlahnya.

"Wanita ada calon tetapi kami realistik mengenai jumlah calon yang diketengahkan. Saya difahamkan Azalina juga akan mempertahankan jawatan MT, kami akan sokong sesiapa sahaja calon daripada wanita yang bertanding jawatan MT," jelas beliau.

Mengenai kontroversi membabitkan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Suhaimi Ibrahim yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) ketika pemilihan parti semakin hampir, Shahrizat berkata, perkara itu merupakan lumrah politik dan beliau arif mengenainya setelah 34 tahun bersama UMNO.

"Situasi yang berlaku kalau boleh saya samakan dengan buku tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin bertajuk Di Depan Api Di Belakang Duri. Saya faham, semakin dekat pemilihan, cubaan akan menjadi bertubi-tubi.

"Tetapi saya tetap dengan prinsip saya, mesti ada kekuatan dan keyakinan. Bagaimanapun gelombang yang datang dari luar, saya sebagai Ketua Wanita UMNO mesti menghadapinya," ujar beliau.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate