Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 September 2013

Tahniah : 9 Adun PAS Tolak Undang-Undang #Syiah dan Haji Hadi Hadir Persidangan Syiah di Iran

Suara Blog

APA yang ditakutkan oleh DAP terhadap Tanda Putera sehinggakan mereka mengharamkan tayangan filem itu di pawagam seluruh Pulau Pinang?

Itulah persoalan yang muncul setelah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengarahkan semua pawagam di Pulau Pinang tidak menayangkan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.

Blog MMI (mahamissa.blogspot.com) menggariskan tiga sebab mengapa DAP mengharamkan filem itu di Pulau Pinang iaitu pertamanya ialah sebagai tindakan membalas dendam ekoran larangan filem “The New Village" yang didakwa mengangkat komunis sebagai wira negara.

Selain itu, tindakan itu juga bagi melindungi fakta seorang pemuda Cina yang membuang air kecil di sebatang tiang bendera, yang turut dipaparkan dalam filem tersebut.

“Ketiganya sengaja cari pasal dan isu (kerana) terdesak sebab isu pemilihan CEC (DAP) yang menyebabkan Guan Eng kena kiri kanan atas bawah," katanya.

Medan Info Kita (medan-info-kita.blogspot.com) turut menganggap tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan filem tersebut kerana cuba melindungi fakta berhubung isu buang air di tiang bendera di kawasan kediaman Menteri Besar Selangor yang membabitkan seorang pemuda DAP.

“Siapakah pemuda itu?" tanya blog tersebut.

Menariknya blog MMI berkata, tindakan kerajaan DAP itu bakal merugikan pengusaha pawagam terbabit, yang sebahagian besarnya adalah terdiri daripada kaum sebangsa Guan Eng sedangkan Tanda Putera dijangka menjadi filem pecah panggung, dengan rata-rata penonton terdiri daripada orang Melayu.



Azrinizam Ibrahim (anginperubahan.blogspot.com) turut mempersoalkan tindakan kerajaan DAP itu memandangkan adegan Peristiwa 13 Mei hanyalah 10 minit daripada keseluruhan filem berdurasi 117 minit itu yang lebih memaparkan watak sebenar Tun Abdul Razak.

“Bukankah filem itu baik bagi memupuk keharmonian kaum di negara ini? Bukankah filem itu juga baik untuk menceritakan bagaimana perpaduan itu dibina semula selepas Peristiwa 13 Mei? Oleh itu, mengapa Guan Eng takut?

“Orang termakan cili akan terasa pedasnya. Orang yang sudah kencing akan terasa hancingnya. Kalau tidak buat kenapa hendak takut?" kata blog ini.

Katanya, rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana takutnya DAP bila kebenaran mahu dibawakan kepada rakyat.

“Tanda Putera akan memberikan jawapan kepada rakyat. Siapa sebenarnya yang memulakan peristiwa berdarah 13 Mei. Rakyat perlu cari kebenaran. Wajib tonton Tanda Putera," katanya.

PAS TOLAK AKTA ANTI-SYIAH?

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang membolehkan penguatkuasaan dapat dilakukan bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah.

Bagaimanapun kelulusan undang-undang tersebut mendapat bantahan daripada sembilan ADUN Pas manakala empat lagi berkecuali manakala dua tidak mengundi. 12 ADUN Barisan Nasional (BN) termasuk bukan Islam dikatakan menyokong usul tersebut.

Ekoran itu, MyKMU (www.mykmu.net) hairan dengan sikap sembilan ADUN Pas yang menolak usaha kerajaan Kedah menyekat penyebaran fahaman songsang itu, sedangkan sebelum ini Pas bermati-matian menafikan bahawa parti itu adalah pendukung Syiah.

“Mengapa sayang sangat ADUN-ADUN Pas pada fahaman Syiah? Mereka bertanya di dalam dewan tentang tindakan Kerajaan BN Kedah kepada golongan berfahaman songsang itu. Tapi mereka sendiri enggan menyokong kerajaan untuk bertindak.

“Mungkin mereka sendiri sedar bahawa rang undang-undang itu benar-benar bakal memberi impak terhadap gerakan Syiah yang semakin berani menonjol diri di Kedah," katanya.

Penolakan sembilan ADUN Pas terhadap akta itu juga katanya, membuktikan Pas takut kehilangan sokongan daripada kumpulan berfahaman Syiah atau mungkin ada dalam kalangan mereka sendiri yang berfahaman tersebut.

Blog Kedah Ke KL (kedahkekl.blogspot. com) turut menempelak Pas, katanya: “Bila kita sentuh pasal Syiah, Pas tak mengaku dirinya Syiah. Tapi bila kerajaan negeri Kedah nak buat undang-undang untuk membanteras Syiah, ada dalam kalangan ADUN Pas yang tak setuju. Kenapa ya?

“Bila kita tanya siapa Syiah dalam Pas dan siapa sokong Syiah, haram seorang pun tak mengaku. Tapi bila orang nak ambil tindakan kepada Syiah, ramai pula yang menolak. Pelik sungguh kan?"

Kata blog ini, walaupun hanya Kedah dan Perak yang mempunyai undang-undang syariah bagi membanteras fahaman tersebut tetapi ia bukanlah pokok persoalan.

“Apa yang menjadi persoalan di sini, kenapa sembilan ADUN pakatan pembangkang (Kedah) menolak undang-undang nak banteras Syiah ni? Apakah mereka juga ada kaitan dengan Syiah?" tanyanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130830/re_06/DAP-takut-Tanda-Putera-Pas-tolak-akta-anti-Syiah#ixzz2dsl4WzPO
© Utusan Melayu (M) Bhd



Video Presiden PAS di Persidangan Syiah



Imam Malik (wafat 179 H) pernah berkata ketika ditanya tentang Syi'ah: "Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadits dari mereka kerana mereka selalu berdusta
(Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah, jilid 1, halaman 16)

Dari Yunus bin Abdila'la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi'i, apabila disebut nama Syi'ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: "Kelompok terjelek! (terhodoh)". (al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

"Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu (berdusta) dari Syi'ah Rafidhah." (Adabus Syafi'i, m/s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

"asy-Syafi'i berkata tentang seorang Syi'ah Rafidhah yang ikut berperang: "Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa'i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami". (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa'i)." (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/487)

Imam Malik Ibn Anas (imam mazhab maliki) menghukum kafir golongan Syiah Rafidhah kerana membenci para sahabat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan pendapat ini dipersutujui para ulama. (Ibnu Katsir, Tafsir Al -- Quran Al Adzim, jilid 4,hlm 219)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:
"Janganlah kamu mencela seorang pun dari kalangan sahabatku. Kerana sesungguhnya sekiranya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud sekalipun nescaya ia tidak akan dapat menyamai dengan satu mud yang diinfaqkan oleh para sahabatku, bahkan setengahnya pun tidak akan sama." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3673. Muslim, Bab: Larangan Mencela Para Sahabat, no. 2541)

Kata imam asy-Syafi'e rahimahullah (Wafat: 204H):
"Janganlah engkau mencela para sahabat Rasulullah kerana yang menjadi musuhmu kelak adalah Nabi sendiri." (Siyar A'lam an-Nubala', 10/28)

Imam Abu Ya'qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi'i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi'i:
"Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?"
Imam asy-Syafi'i berkata, "Jangan bersolat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji'ah."
Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?
Jawab imam asy-Syafi'i, "Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji'ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan 'Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi'ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah." (adz-Dzahabi, Siyar A'lam Al-Nubala 10/31)




Patutlah Haji Hadi pernah mengajak Syiah untuk menyertai PAS

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate