SEJAK bersiaran pada tahun 2000, rancangan yang membicarakan tentang isu-isu mengenai golongan wanita iaitu 3R mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton.
Pernah disiarkan di kaca televisyen sebanyak 182 episod sepanjang 14 musim menerusi stesen TV3 dan Astro Ria, akhirnya rancangan tersebut ditamatkan pada tahun 2010.
Kini, selepas tiga tahun rancangan yang diilhamkan oleh Datin Paduka Marina Mahathir itu akan kembali menemui penonton apabila bakal disiarkan kembali di TV3.
Kali ini mereka tampil dengan konsep baru.
Antara kelainan yang akan ditampilkan oleh pihaknya ialah memperkenalkan muka-muka baharu untuk mengacarakan rancangan ini.
Namun yang menjadi persoalan, apakah motif mereka mengundang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk menjadi salah seorang tamu dalam program mereka.
Walaupun cuma di dalam versi Youtube, namun tindakan Lina Tan, iaitu Penerbit Eksekutif Red Comm (yang menerbitkan program ini) memanggil Nurul Izzah semacam tidak kena dan boleh menimbulkan persepsi yang tidak enak kepada program itu.
Walaupun seorang yang bergelar Ahli Parlimen, tindak tanduk Nurul Izzah yang sentiasa mempunyai persepsi negatif terhadap kepimpinan negara termasuk media di negara ini menjadikan dia bukanlah personaliti terbaik yang perlu diketengahkan.
Apatah lagi dalam temubual tersebut, pengacaranya membuat pujian melangit terhadap Nurul Izzah sehinggakan beliau dikatakan sumber aspirasi wanita dan sebagainya.
Siapa 3R untuk mengiktiraf dan mengangkat Nurul izzah sedemikian rupa?
Adakah ini teknik licik Lina dan juak-juaknya untuk menyemai propaganda murahan melalui cara sebegini?
Benar, kita perlu adil pada Nurul Izzah dan pihak pembangkang tetapi persoalannya, adakah Nurul Izzah dan juak-juaknya juga adil terhadap kerajaan?
Kalau mahu dilihat bebas, semua pihak mesti bebas…kalau mahu dilihat adil, semua pihak juga mesti adil dan saksama.
TV3 sebagai stesen yang bersetuju menyiarkan program 3R ini harus berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan mereka.
Keadilan bukan hanya terpakai kepada parti pembangkang. Itu yang pasti.
Klik link untuk melihat video Nurul Izzah
5 ulasan:
Tuan panglima,
Tak perlu rasanya link video tu..hamba sendiri pun malas nak tengok sebab teramat benci dgn nurul izzah.
Walaubagaimanapun, hamba sangat setuju dgn apa yg tuan panglima katakan.
Yang masalahnya wania umno, mmg tak layak jadi idola rakyat Ml;aysia. Skandal & rasuah mmg tak dapat dipisah dari UMNO termasuk Wanita UMNO
Anon tuliskan "Yang masalahnya wania umno, mmg tak layak jadi idola rakyat Ml;aysia. Skandal & rasuah mmg tak dapat dipisah dari UMNO termasuk Wanita UMNO "
Sekurang-kurangnya dalam UMNO yg jelas ada kes ditolak dari jadi menteri. Sy harap Wanita UMNO pilih org lain sebagai Ketua Wanita.
Kes video pemimpin MCA, Presiden letak jawatan dgn segera.
Kes video PR & PAS dikatakan besi dan tidak boleh dijadikan bukti !!!
Nak tanya pemimpin PR tu bersih sangat ke ?
Ade ke jawatan Ketua Umum PKR tu dipilih oleh ahli ?
Ade ke Pengerusi DAP dipilih oleh ahli ?
Nani Cheras
Betapa hinanya wanita UMNO di pandangan rakyat Malaysia yang bermaklumat
Aku tak faham...confius....apa dosanya mengundang Ahli Parlimen Lembah Pantai tu???
Catat Ulasan