Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Julai 2018

Panassss : Yahudi Kerala berhijrah ke Malaysia. Kebetulan atau dirancang? - Abu Leman

Yahudi Kerala berhijrah ke Malaysia. Kebetulan atau dirancang? - Abu Leman
Panglima menyalin semula artikel ini untuk dibaca dan diperhalusi. Mungkin ada jawapan sesuai untuk kebenaran atau kedangkalannya.

Minta komen anda kerana kita tidak mahu membaca sebelah pihak sahaja.

Zaman era baru bebas bersuara ini semua bebas memberikan pandangan. Persepsi akan kalah dengan realiti.

Adakah tulisan ini persepsi atau realiti ? Wallahu A'lam.


Yahudi Kerala berhijrah ke Malaysia. Kebetulan atau dirancang?

Kiri. Pinarayi Vijayan, Ketua Menteri Karala

Yahudi Malabar juga digelar YAHUDI COCHIN, ialah kumpulan Yahudi India tertua.

Asal-usul mereka dikatakan berbalik ke zaman Raja Sulaiman walaupun dari segi pembuktian sejarah agak lemah. Pemindahan ke India bermula dengan kejatuhan Baitulmuqaddis pada tahun 70 M.

Mereka tinggal di dalam negeri Kerajaan Cochin di selatan India, sekarang ia sebahagian daripada negeri Kerala.

Beberapa gelombang pemindahan ke dalam kerala membawa kepada kemajmukan etnik. Masyarakat dibahagikan kepada Yahudi Putih (Yahudi Paradesi) dan Yahudi Hitam (Malabari), tetapi kedua-duanya bertutur dalam bahasa Judeo-Malayalam iaitu satu dialek Bahasa Malayalam.

Kebanyakan besar Yahudi Cochin berpindah ke Israel selepas penubuhannya dan bilangan yang masih tinggal di Cochin amat kecil dan hampir pupus.

Yahudi Malaysia

Yahudi Malaysia adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara ini.

Sejumlah kaum ini pernah hidup secara terbuka di negeri Pulau Pinang sehingga ke hujung 1970-an.

Mereka juga pernah tinggal di tempat lain di negara ini terutamanya di Negeri Sembilan dan Melaka.

Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristian (orang Serani), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), YAHUDI COCHIN dari India dan Yahudi Ashkenazi.

Mahathir

Bapa Mahathir, Mohamad bin Iskandar berasal dari Pulau Pinang, dengan nenek moyang India dari negeri selatan India Kerala, manakala ibunya Wan Tempawan, berasal dari Kedah.

Pelbagai pertikaian tentang keturunan Mahathir yang diperdebatkan dari istilah A/L hinggalah asal usul dari Yaman.

Tetapi satu fakta yang konsisten adalah asal keturunan Mahathir adalah dari India Kerala.

Satu fakta lain di atas, Yahudi Cochin juga dari Kerala. Dan Yahudi Malaysia juga ada yang berasal dari Kerala yang menetap di Pulau Pinang.

Hidung

Satu fakta yang sukar untuk dielakkan adalah bukti fizikal dan persamaan genetik. Seorang anak akan mendapat hidung mancung jika ibu bapanya juga berhidung mancung.

Begitu juga Mahathir, bentuk hidungnya sama dengan Yahudi Cochin yang lain.

Sarah Cohen, seorang Yahudi Cochin, Karala.
Gamy Salem, juga seorang Yahudi Cochin di Karala
Iskandar Kutty
Mahathir dan Marina

Kebetulan


Mungkin kebetulan, dan kita mengharapkan perkara seperti ini tidak benar.

Kerana jika ini perkara yang benar maka Malaysia akan menuju kehancuran seperti yang terjadi di Turki yang telah dirosakkan oleh Kamal Ataturk, seorang Yahudi yang menyamar sebagai Muslim.

Tidak mustahil sistem beraja akan dihapuskan, sekuler dan liberalisme diterapkan sedikit demi sedikit, agama Islam diolah sesuai dengan kefahaman barat.

Jika Ataturk menukar laungan azan ke bahasa Turki, Mahathir pula menolak hadis dengan alasan ia sekadar sunat dan tidak autentik.

Pelbagai penghinaan terhadap Islam dilakukan secara terang-terangan di acara berbeza seperti sup tangan penghinaan kepada hukum hudud, Nabi tiada pisau gilatte hinaan kepada janggut Nabi, Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini, dan pelbagai lagi penolakan kepada agama Islam yang rakyat Malaysia sendiri telah saksikan.

Dan terbaru Mahathir tidak kekok bekerjasama dengan DAP yang memang terkenal memusuhi Islam sejak penubuhannya 1966 selepas majoriti menolak nama lamanya PAP, LGBT pula mula mendapat tempat di dalam negara bahkan di dalam institusi kerajaan itu sendiri.


Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate