Pengikut Blog Panglima

21 Oktober 2013

Berita Harian: GST perkemas sistem kewangan negara elak lari cukai

Berikut penjelasan isu GST untuk difahami semua rakyat Malaysia khususnya
Nampaknya sudah tersebar luas cerita kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan tak lama lagi, walhal fakta sebenar tidak dihebahkan.

Di sini, saya ingin bidas beberapa gambaran palsu tentang cukai itu dan memberikan pembaca perspektif tepat mengenainya.

Perkara pertama perlu diingat ialah GST hanyalah antara tindakan yang dilaksanakan kerajaan bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baru dan memperkemas kaedah kutipan cukai.

Selain itu, langkah lain juga sedang diambil termasuklah membanteras rasuah, membasmi pembaziran serta mewujudkan proses pemerolehan yang telus.

GST adalah sebahagian program peningkatan secara menyeluruh dengan penggabungan tindakan lain oleh kerajaan, bertujuan mencapai matlamat sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi secara mapan serta menyeluruh menjelang 2020.

Selanjutnya :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GSTperkemassistemkewangannegara/m/mArticle

Catat Ulasan