Pengikut Blog Panglima

25 Disember 2013

Ahli PAS Ustaz Ashiq Elahi Dedah Mat Sabu Memang Syiah - ANWARAIDC

 by  on Dec 25th, 2013 · 1 Comment
AIDCNews – 25/12/2013 – Ustaz Ashiq Elahi, Pengasas Pondok Bukit Kobah, Pendang dan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) berkata pemimpin PAS tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu daripada dituduh mengamalkan ajaran Syiah.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin PAS hanya menjawab satu perkara, iaitu mengangungkan ‘Ayatollah Khomeini’ tetapi tidak menjawab sembilan perkara lagi yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Ramai yang pertikai bukti yang dikeluarkan oleh KDN, ada yang mengatakan bukti itu lemah. Tetapi apabila saya tengok kenyataan orang mengatakan bukti itu lemah, mereka hanya menghuraikan ‘adakah salah kalau seseorang itu menyebut kenyataan Khomeini dan mengangung-angungkan Khomeini dan bergambar bersama Khomeini, pergi ke Iran, adakah salah.’
“Jadi saya tengok, orang-orang yang tadi ini, tidak pernah komen tentang bagaimana yang sembilan lagi. Saya tengok pimpinan PAS pun hanya komen dari sudut lemahnya sebab Mat Sabu pergi ke Iran, tetapi tidak berani komen tentang kenyataan Tuan Guru Haji Abd Rahim dan Dr Abdul Aziz Hanafi .
“Dia tidak keluar kenyataan di situ, maka dia hukum semua itu lemah,” katanya yang merupakan ahli PAS dan pernah menjadi Penolong Setiausaha Lajnah Tarbiah PAS Pendang serta Ahli Mesyuarat Dewan Ulama PAS Kedah.
Ustaz Ashiq Elahi memberitahu kedua-dua tokoh rujukan KDN iaitu Tuan Guru Haji Abd Rahim dan Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi adalah merupakan guru-gurunya.
“Jadi, saya sebut nama kedua-dua guru saya ini, Tuan Guru Abd Rahim dan Dr Abdul Aziz Hanafi kerana mereka ini menjadi rujukan kepada pihak KDN dalam mendakwa isu Mat Sabu adalah Syiah.
“Ada dua bukti di situ, ada menyebut tentang bagaimana Dr Aziz Hanafi, guru saya, beliau mendengar Mat Sabu berselawat cara Syiah di satu kawasan di Perlis ketika ceramah PAS.
“Begitu juga Tuan Guru Abdul Rahim pernah melihat Mat Sabu bersolat ada mengikut ciri-ciri yang dibawa oleh Syiah,”katanya.

Catat Ulasan