Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 November 2009

Edisi Pagi : Dr Asri pernah membantah tindakan JAKIM isu Raja Petra hina Nabi !

Jakim pertahan tindakan terhadap Raja Petra

PUTRAJAYA 7 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.

Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.

"Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.
"Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.

Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.

Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.

Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.

"Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).

"Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,'' katanya.
Sumber : Utusan Malaysia tarikh 8.9.2008

7 ulasan:

Anti-Wahabi, Perlis berkata...

ada perbahasan menarik di sini :

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=288

mungkin dapat meredakan kekecohan bab wahabi ni.

Anti-Anwar @ Islam Liberal berkata...

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melahirkan kekhuatiran terhadap sikap liberal yang hendak ditonjolkan oleh pihak tertentu dalam urusan mencegah kemungkaran.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemikiran liberal seperti inilah yang mahu diketengahkan oleh golongan yang selama ini berpendapat 'pengawalan moral’ tidak perlu dilaksanakan.

“Tuduhan ke atas jabatan agama sebagai 'ala taliban’ dan kata-kata seperti 'over-zealous officials’ kerap tercetus dari bibir dan pena golongan yang dikatakan mahu Islam yang lebih progresif,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang mengatakan pegawai penguatkuasa jabatan agama Islam tidak perlu lagi melakukan serbuan di hotel atau rumah dalam usaha mencegah maksiat.

Dr Mohd Asri, sebelum ini dilaporkan berkata, jabatan agama Islam patut menghentikan intipan dan menahan orang yang berkhalwat di hotel berdasar kepada maklumat yang tidak jelas bagi mengelak kesilapan.

Sebaliknya, kata beliau, jabatan berkenaan patut menumpukan perhatian pada usaha pencegahan kemungkaran yang berlaku secara terang-terangan seperti minum arak dan berjudi.

Mohd Azmi berkata, pihaknya juga terkejut dengan pandangan Dr Mohd Asri yang sanggup membandingkan bidang kuasa jabatan agama Islam dalam kerja menyerbu premis orang yang disyaki melakukan maksiat dengan mengintai jika ada suami isteri yang tidak solat di rumah.

“Apakah tujuannya Dr Asri mengaitkan soal soal mencegah orang bermaksiat dengan orang tidak solat di rumah. Kenapakah begitu jauh beliau hendak kaitkan tanggungjawab ini sedangkan jabatan agama Islam tidak boleh melaksanakan tugas di luar bidangkuasanya,” soal beliau.

Azmi menambah, kenapa pula tanggungjawab dan bidang kuasa jabatan agama Islam yang jelas tertera dalam Enakmen dan peraturan Hal Ehwal Islam kini bahan perdebatan?

Beliau bertanya, bukankah antara fungsi penting ialah menguatkuasakan undang-undang seperti yang telah diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri.

“Memang betul setiap agensi perlu menggunakan kebijaksanaan dalam bertindak terutama dalam hal yang berkaitan dengan kepentingan awam, tetapi menekannya supaya tidak bertindak seperti yang diperuntukan dalam undang-undang adalah perbuatan yang mempersoalkan undang-undang itu sendiri,” katanya lagi.

Menurutnya, jika ada garis panduan yang tidak diikuti ketika melaksanakan undang-undang, yang perlu dilakukan ialah memperbetulkan tindakan pegawai berkenaan dan bukannya mempersoalkan kenapa melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Sehubungan itu, kata Mohd Azmi, pihak-pihak yang terus melobi dan menyokong supaya jangan wujud 'polis moral’ atas alasan kebebasan individu sebenarnya mahu menjadikan hukum Islam hanya hukum peribadi dan tidak melewati medan masyarakat.

Katanya, jika jabatan agama tidak boleh melaksanakan siasatan setelah dilaporkan masyarakat dan membuat serbuan walaupun mendapat maklumat sahih, apakah cawangan khas polis juga terlibat sama.

“Kami juga ingin bertanya benarkah terlalu banyak serbuan dan penangkapan terhadap pasangan yang membuat maksiat tidak dilakukan berasaskan maklumat tetapt dan tidak mengikut garis panduan,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz juga wahabi..

lihat artikel saya di sini

http://ustazmoden.wordpress.com/2008/04/08/mb-kelantan-nik-aziz-wahabi-kerana-tolak-maulid/

Tanpa Nama berkata...

ambo ada post dr asri kata nik aziz sesuai jadi PM..

http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

apa dah jadi ni.

Adam Hawa berkata...

Ibnu Batutah pun dikafikan oleh asri ni.

aku tengok sini - http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/09/wahhabi-drmaza-mengkafirkan-syeikh-ibnu.html

Tanpa Nama berkata...

Dr. Mohd Asri Kecewa Sikap Pengarah JAKIM
Disiarkan pada Sep 08, 2008 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
Laporan: Semalam Akhbar Utusan melaporkan Dr. Mohd Asri menganggap perbuatan Raja Petra adalah biadap. Bahkan kenyataan asal Dr Asri menyebut sesiapa yang menghina Islam atau bersekongkol dengan orang menghina Islam –secara sedar dan faham apa yang dilakukannya- adalah terkeluar dari akidah Islam dan wajib bersyahadah semula.

Akhbar semalam juga melaporkan beliau berpendapat tindakan JAKIM membuat laporan Polis terhadap Raja Petra sebelum diwujudkan sessi dialog dan penegakkan hujah (iqamah al-hujjah) supaya dibetulkan (jika masih ada ruang) akidah pihak yang dianggap menghina Islam iaitu Raja Petra adalah kurang tepat.

Hari ini Pengarah JAKIM, Dato Wan Muhammad (Utusan 8 Sep. 2008) membuat kenyataan sebagai membantah Dr. Mohd Asri seperti berikut: “Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian). Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain”. (klik di sini untuk laporan penuh berita 8 Sep. 2008)

Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri mengulas kenyataan Pengarah JAKIM berkenaan:


“Saya amat terkejut dengan bahasanya dalam keadaan kita berpuasa ini. Saya seakan membaca kata-kata yang amat tidak sesuai dengan kedudukan seorang Pengarah JAKIM. Saya hanya memberi pendapat bahawa tugasan JAKIM bukan sekadar membuat laporan Polis. Itu boleh dibuat oleh orang biasa, tidak memerlukan institusi sebesar itu.

Dalam bab aqidah, jika ada kes yang seperti ini, maka langkah yang awal adalah membetulkan kesalahan faham terhadap akidah Islam tersebut dengan cara yang dipanggil Iqamah al-Hujjah iaitu penegakkan hujjah. Setelah dia faham, tapi dia masih lagi kekal dengan kesalahan itu, maka hukuman ridah (murtad) atau selainnya boleh diputuskan.

Selepas itu, tindakan secara kekuasaan boleh dibuat. Mana mungkin dalam perkara akidah seseorang dituduh tanpa dia dijelaskan hujah-hujah yang menunjukkan dia terkeluarkan dari akidah yang sahih. Saya tidak menghina JAKIM, cumanya memberikan pandangan yang berbeza. Apakah itu menjadi kesalahannya?

Apakah dalam Islam di Malaysia ini seseorang diharamkan berbeza pendapat dengan Pengarah JAKIM? Beliau membangkitkan saya tidak hadir beberapa mesyuarat, saya sebenarnya malas hendak mengulas. Banyak pun mensyuarat yang saya hadir dan aktif. Cumanya beberapa mesyuarat fatwa saya tidak hadir.

Antaranya, ketika membincangkan hukum terkena dakwat pilihanraya. Maaf, saya rasa segan pada diri saya sendiri untuk datang jauh dari Perlis ke Putrajaya bagi membincangkan hal itu. Ada juga saya tidak hadir kerana terlalu mengejut, sedangkan jadual saya telah tersusun. Ada juga kerana bertembung dengan program negeri. Terbaru JAKIM buat mensyuarat di Terengganu pada tarikh Pilihanraya Permatang Pauh, sedangkan saya pengundi kawasan berkenaan.

Adapun dakwaan beliau saya hadir program kepartian, saya tidak pasti. Semua orang tahu, saya tidak pernah membuat sokongan terbuka untuk sesebuah parti. Memang, saya agak kerap hadir program jemputan Kerajaan Kelantan. Namun saya berbicara atas prinsip-prinsip umum Islam. Mereka menjemput saya dan saya hadir. JAKIM tiada hak dalam perkara itu.

Saya bergerak atas prinsip, bukan untuk keredhaan sesiapa insya Allah. Jemputan pihak lain pun saya hadir. Apa salahnya? Adapun tuduhan beliau tentang ujub dan seumpamanya, pada bulan puasa ini saya serahkannya kepada Allah. Beliau lebih tahu siapa diri beliau.”

http://drmaza.com/home/?p=414#more-414

hilbert berkata...

Salam Panglima,

saya berpendapat bahawa Dr. Asri berada dipihak yang benar dalam perkara ini.

Ada usaha lain sebenarnya untuk menjahanamkan Dr. Asri yang kita belum sedar lagi.

Saya juga lebih merasakan bahawa Dr. Asri telah dianiaya serta diperangkap... bukan oleh BN tapi oleh Pakatan Pembangkang.

Cari Blog Ini

Translate