Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Disember 2013

Analisa : PAS Jelas Tidak Hirau Kaitan SYIAH Mat Sabu Apabila Lantik Beliau Pengerusi Baru PAS Pulau Pinang


Isu Mat Sabu semakin panas apabila satu persatu didedahkan tentang penglibatan beliau termasuk peguamnya Hanipa Maidin dengan SYIAH. Ramai tidak sedar Hanipa Maidin yang telah menjadi peguam kepada ahli Syiah untuk menyaman JAIS dan UTUSAN MALAYSIA juga merupakan peguam Mat Sabu. Klik http://www.penembak-tepat.com/2013/12/kebetulan-atau-suratan-peguam-mat-sabu.html

Lebih mengejutkan Tafsir Mizan yang ditulis Imam Syiah juga digunakan oleh Hanipa Maidin dalam artikel beliau karang sekaligus menguatkan andaian kita bahawa hubungan beliau dengan Mat Sabu tidak terhenti sebagai rakan seperjuangan bahkan mungkin lebih dari itu. baca kembali artikel di sini http://www.penembak-tepat.com/2013/12/sah-hanipa-maidin-peguam-mat-sabu.html

Syiah jelas difatwakan pada tahun 1996 sebagai menyeleweng dan tidak boleh disebarkan di Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Keputusan seperti berikut :



Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
     
  2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
     
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
     
  7. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.



Namun PAS seperti 'pekak badak' apabila terus memilih beliau menerajui Pulau Pinang apabila mengumumkan perlantikan Mat Sabu menggantikan Datuk Saleh Man yang juga merupakan Adun Permatang Pasir. Untuk info beliau telah menerajui PAS Pulau Pinang selama tujuh tahun. 

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Apa yang dapat dilihat di sini ialah PAS jelas tidak sensitif isu perbezaan fahaman yang diiktiraf ramai sebagai menyeleweng seperti Wahabi dan SYIAH termasuklah Islam Liberal apabila terus mengangkat tokoh yang digembar-gemburkan sebagai SYIAH oleh ramai pihak sebagai Pengerusi Pulau Pinang. Adakah kerana Haji Hadi sendiri mengau0alukan 

Mereka dilihat lebih mementingkan politik dan menjadikan semua tindakan kerajaan sebagai satu tindakan berasaskan politik sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Kenyataan tentang SYIAH ini disebut oleh Menteri dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO semasa persidangan Agong Umno 2013 pada 7 Disember 2013 yang baru sahaja berlalu. Adakah benar ucapan dan pendedahan beliau bertujuan untuk kempen bukan sebalinya....Seperti kita maklum pemilihan telah dilaksanakan dengan keputusan semua sudah diumumkan .... 

Kenyataan terkini tentang SYIAH masih lagi berlegar di telinga dan keluar dari mulut semasa kita menjalankan kerja.

Peliknya blogger ZAMKATA atau Zainudin Maidin mengikut rentak pembangkang apabila menulis ia satu permainan politik dari pihak KDN http://zamkata.blogspot.com/2013/12/mat-sabu-syiah-hanya-permainan-politik.html

Adakah perkara melibatkan akidah ini satu perkara yang hanya bersandarkan kepada keuntungan politik semata-mata ? Panglima yakin DS Ahmad Zahid Hamidi ( yang juga pemegang Phd) tidak akan melakukan perkara yang hanya bertujuan untuk popular namun akhirnya mencemarkan imej beliau yang begitu baik selepas memenangi Naib Presiden UMNO dengan undi paling tinggi sebanyak 188 undi dari 191 bahagian.  

Tulis beliau :


Setelah gempar seluruh negara bagaikan langit nak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan mengambil tanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas; orang itu serah pada orang ini,orang ini serah pada orang itu. Maka rakyat akan tinggal dalam keraguan dan lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu samaada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak.

Akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir Tuhan Harun.

Dengan itu juga kredebiliti kerajaan BN dan UMNO semakin terhakis. Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini. Rakyat yang semakin cerdik akan nampak permainan politik yang semakin cetek dan pandir.


Tulisan beliau telah disokong dan disiarkan kembali oleh Blogger Anak Sungai Derhaka di sini http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/12/mat-sabu-syiah-hanya-mainan-politik.html

Ketika portal Yahoo News dan The Malaysian Insider menulis tajuk Mat Sabu Saman Zahid Hamidi namun kita telah merasa sangat kecewa apabila mendapati isinya jauh berbeza dengan tajuk yang ditulis apabila melaporkan bahawa Mat Sabu 'AKAN' menyaman Zahid Hamidi bukan telah pun menyaman beliau.




Itulah kenyataan terbaru beliau dan yang lebih mengejutkan Mat Sabu enggan mengulas tuduhan bahawa beliau berfahaman SYIAH dalam sidanga akhbar yang dibuat semalam bertarikh 17 Disember 2013. Pelik bukan ???

Tidak cukup dengan itu The Malaysian Insider juga telah menggunakan perkataan yang sama iaitu 'akan' dengan tajuk yang membawa maksud 'telah' menyaman Zahid Hamidi. Penggunaan perkataan seperti ini bukti bagaimana liciknya mereka dan betapa besarnya tugas Mat Sabu yang dulu pernah berjaya mendedahkan Anwar meliwat di dalam Dewan Parlimen sehingga menjadi antara punca Anwar dipecat pada 2 September 1997.

Add caption



saranan kita : Mat Sabu perlu segerakan saman Menteri KDN demi memulihkan imej sebagai orang kedua dapam sebuah parti Islam.  


Semua pihak perlu menyokong usaha banteras SYIAH. KDN, tidak akan mengikut telunjuk orang politik jika ia mengancam keselamatan atau berpotensi ke arah tersebut. Dalam ilmu risikan sememangnya info yang dihajati atau diterima akan diguna untuk mengumpul berta/maklumat lain dengan memberi label seperti A1 B1 dan lain-lain.


Kepada Mat Sabu diucapkan  selamat bertarung di mahkamah jika benar hasratnya mahu menyaman KDN atas tindakan tersebut berjaya. 


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            


Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate