Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Disember 2013

Kedudukan Husam Musa turun pangkat ibarat sudah jatuh ditimpa tangga !!!

Husam Musa, Mohd. Amar

KOTA BHARU 16 Dis. - Pengumuman Datuk Husam Musa yang 'diturunkan pangkat' dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kelantan kepada Timbalan Pesuruhjaya 3, terus menimbulkan pelbagai persoalan apabila tiada penjelasan mengenainya dibuat.

Antara persoalan yang mula menjadi perbualan orang ramai ialah, kemungkinan perkembangan itu satu lagi petanda ke arah penyingkiran Husam daripada menduduki saf kepimpinan Pas negeri setelah digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah semasa diminta mengulas isu tersebut berkata, senarai Badan Perhubungan Pas Kelantan itu hasil daripada cadangan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob.

"Saya tidak boleh beri ulasan. Itu cadangan Pesuruhjaya Pas negeri dengan persetujuan Badan Perhubungan Pas negeri. Sebab-sebabnya kita tidak tahu. Itu kena tanya Pesuruhjaya," katanya dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad melalui laman sosial Facebook Menteri Besar Kelantan mengumumkan senarai Badan Perhubungan Pas Negeri yang baharu dengan menyaksikan Husam 'diturunkan pangkat' daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 kepada Timbalan Pesuruhjaya 3.

Kedudukan terbaharu Husam itu semakin menimbulkan persoalan mengenai masa depan politik beliau di negeri ini selepas digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan ahli Pas.

Mohd. Amar yang baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 berkata, keputusan tersebut dibuat secara kolektif setelah Badan Perhubungan Pas Negeri menerima cadangan daripada Pesuruhjaya Pas negeri.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131217/po_03/Kedudukan-Husam-diputus-secara-kolektif---Mohd-Amar#ixzz2nvTYSevV 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate