Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Februari 2014

Ketua Pasukan Hakim Mahkamah Rayuan Bekas Calon PAS punca @mbNizar Menang Saman @TV3Malaysia ?


Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.

Berita ini turut disiar laman web PAS seperti berikut :

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menang saman fitnah terhadap stesen televisyen TV3 berhubung isu nombor pendaftaran kereta WWW1 milik Sultan Johor.

 

Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof ketika membenarkan rayuan Nizar berkata, plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.

 

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini diketepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi," katanya.

 

Arif berkata, keputusan dibuat Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.

 

Beliau berkata, pembelaan justifikasi TV3 gagal dan stesen TV itu tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.

 

"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

 

TV3 juga diperintahkan membayar RM30,000 kos mahkamah.


Link : http://www.pas.org.my/v2/index.php/artikel/bersama-adun-mp/2283-kes-www1-nizar-menang-saman-terhadap-tv3



Analisa Ringkasnya :


Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang. Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof, yang pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), memutuskan bahawa :-

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.

Dalam penghakiman lisan yang diberikan, Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof yang juga pernah mengetuai barisan peguam mewakili Dato' Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir, di mana PAS memohon Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat satu pengisytiharan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir yang diadakan 6 Disember lalu sebagai tidak sah dan terbatal berdasarkan kepada perlanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, telah memutuskan bahawa keputusan  Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam pada 12 April yang menolak tuntutan Nizar tersebut tidak boleh dikekalkan.

Mohamad Ariff yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September 2008 juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor, turut memerintahkan bayaran kos sebanyak RM 30,000-00

Berita berkaitan penglibatan beliau dalam PAS yang disahkan PAS sendiri sila klik di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm

Untuk Rekod, setakat 7-2-2014. Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof dijangka mendengar rayuan berkaitan Teoh beng Hock pada 28 Mac ini. 




Beliau juga semasa menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam . 

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang

Untuk makluman pembaca beberapa artikel sudah ditulis berkenaan hakim ini di sini :





Sepatutnya semasa perbicaraan peguam yang mewakili TV3 tempoh menimbulkan isu ini. Mustahil ia terlepas pandang kecuali pasukannya tidak membuat kerja rumah yang mencukupi atau tidak. Kita tidak mahu sebarang andaian sabotaj dari dalam kecuali ada bukti kukuh. 


Nama peguam yang mewakili Nizar dan TV3

Taktik minta hakim tarik diri adalah taktik yang sama diguna oleh ANWAR yang sering minta hakim undur diri bila dilihat ada ruang untuk melakukannya. Walaupun pernah undur diri sebelum ini apabila latar belakang beliau didedahkan namun kali ini tidak begitu.



Kes hakim Mahkamah Rayuan undur diri pernah berlaku pada kes  lain seperti ini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hakimundurdiridengarrayuan//Article/article_print

Kita risau isu ini terlepas pandang sehingga menyebabkan ramai akan memandang TV3 tidak dipercayai sekaligus memberi nafas kepada Pakatan Rosak yang sudah semput dihimpit isu isu melibatkan kelemahan urus tadbir, skandal seks, penyelewengan, dll 

Sekali lagi isu ini perlu diperhati peguam peguam dan penganalisa politik agar tidak timbul konflik antara latar belakang Hakim dengan perbicaraan yang dikendalikannya.

Kita yakin semua hakim teguh memegang prinsip ketelusan dan integriti walau sedar ada juga disebut dalam hadis Nabi yang dua dari tiga hakim akan berada dalam neraka kerana faktor ketidakjujuran, bias dan kronisme.





Sent from my iPhone

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pihak TV3 dah tahu hakim yang mungkin memihak kenapa tidak mohon tukar hakim seperti yang selalu dilaklukan oleh Anwar Ibrahim. Mungkin ini adalah sebab kebodohan peguam yang dilantik oleh TV3, tak tahulah. Walauapa pun nampak sangat tahap mahkamah di Malaysia sudah tidak boleh memberi keadilan yang sejati. Fikir-fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Peguam tv3 mgkn dah tau mmg susah nk menang kes fitnah ini walau mintak tukar hakim sekali pun. Serupa jugak mcm byk kes fitnah utusan tuu. Lawyer tau mmg susah nak bela kes fitnah. So jgn suka2 buat fitnah itu jln yg terbaik...

Tanpa Nama berkata...

Setiap hakim diwajibkan mengisytiharkan dalam mahkamah terbuka pada permulaan mana-mana kes.

Dalam kes Nizar lawan TV3 ini, Hakim Mohamad Ariff tidak langsung menyatakan bahawa beliau pernah bertanding atas tiket PAS dan pernah menjadi penasihat undang-undang parti PAS.

Mustahil untuk peguam untuk memeriksa latar belakang semua hakim, terutama sekali dalam kes-kes rayuan di mana 3 atau lebih hakim akan mendengar kes-kes tersebut.

Cari Blog Ini

Translate