Islam VS Kristian: Siapa Yang Anwar Tipu?
Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRKKajang yang menyentuh isu kalimah 'Allah' dalam ceramah-ceramahnya. Seperti biasa, Anwar membawa hujah yangberbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramahberkenaan.
Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwarmemberitahu penganut Kristian bahawa 'Allah' adalah namaTuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagisesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yangsama bagi merujuk kepada Tuhan mereka.
Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayudi Batu 10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan 'tidakmungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakannama 'Allah' sewenang-wenangnya'.
Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yangbertentangan kerana beliau sudah mendapat 'pengiktirafan' diperingkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yangbermuka-muka.
Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis danberdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yangsama. Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak danmembela LGBT dalam masa yang sama juga.
Justeru, kita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankankalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama.
Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliaubelum lagi menang pilihanraya. Anwar boleh berjanji akanmenghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapanorang-orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belumlagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa.
Bagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinanyang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadiMenteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuatsesuatu.
Oleh itu, dengan kenyataan Anwar yang bertentangan, berbeza,berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah,bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwarsebenarnya?
Perlu diingatkan, bahawa sekiranya beliau benar-benar berjayamenjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapatmeneruskan hujah bertentangan, berbeza, berbelit dan samarmengenai isu ini. Mahu tidak mahu, lambat laun, Anwar perlumembuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristianakur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islammeredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian.
Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua mukasekiranya beliau benar-benar berkuasa. Anwar perlumenunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorangliberalis-pluralis atau Islamis-moderat.
Apa yang pasti, Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerimaidea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya.
Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralismaka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkanmereka menggunakan kalimah Allah. Jika Anwar memilihuntuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlumempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagaialat untuk menyebar agama Kristian.
Sehingga kini, nampaknya penganut Kristian dan masyarakatbukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwarmenyebelahi mereka. Rata-rata media pro-Kristian memuji-muji Anwar. Masyarakat Cina juga, melalui DAP, memberi'kelulusan' kepada Anwar untuk menjadi Menteri BesarSelangor. Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arahperpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia.
Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah 'Allah'dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian.
Sebaliknya, penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama 'Allah'dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politikUMNO. Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apayang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwartelah diputarbelitkan oleh UMNO.
Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah'Allah' dengan mempertahankannya dari digunapakai olehKristian.
Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayaiAnwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan. Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalantengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambiljalan selamat. Anwar tidak boleh tidak, perlu berpihak, danakhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipupihak yang satu lagi.
Soalnya, pihak manakah yang tertipu di sini? Islam atauKristian?
Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwarberkuasa. Dan pada waktu itu, siapa pun yang tertipu akanmendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalangAnwar.
Kiriman Email.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan