Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Februari 2014

19 Gambar Seminar Penjara Sejahtera Dirasmi Menteri @Zahid_Hamidi Semalam

Dewan Seminar

VVIP mengaminkan doa


Bacaan doa adalah kewajipan dalam acara rasmi Kerajaan dulu hingga sekarang

Tetamu mengaminkan doa

bacaan doa 

Ucapan perasmian 


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan kepada Kabinet agar pendapatan daripada produk yang dihasilkan para banduan yang kini mencecah RM21.6 juta digunakan bagi membiayai aktiviti penjara.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil jualan produk para penghuni berkenaan, yang diperoleh menerusi latihan kemahiran yang diikuti mereka selama ini, diberikan kepada Kementerian Kewangan sebagai wang yang disatukan.
“Saya akan memohon kepada kabinet supaya satu kaedah atau mekanisme baharu (diwujudkan) agar kita boleh lakukan pembiayaan setengah daripada aktiviti kita, melalui pendapatan yang diperoleh hasil aktiviti penghuni penjara,” katanya selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Penjara Kajang dekat sini, Sabtu.
Produk-produk yang dihasilkan penghuni penjara antaranya ialah kain songket, batik, kuih muih dan kraftangan.
Selain itu, katanya, kementerian juga berhasrat mewujudkan sebuah yayasan yang akan memindahkan aset dan tunai hasil pendapatan penjualan produk-produk ini bagi tujuan pembiayaan termasuk elaun.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata setakat ini, 15,183 penghuni telah menjalani program pemulihan di luar tembok penjara dan hanya 0.34 peratus yang mengulangi kesalahan sama dan kembali menjalani hukuman.
“Sekitar 90 peratus daripada penghuni yang telah selesai mengikuti program berkenaan berjaya mendapat pekerjaan dan ada juga yang menceburi bidang keusahawanan dengan bantuan pelbagai agensi seperti TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin), GiatMara dan Jabatan Pertanian Malaysia,” katanya.
Ahmad Zahid berkata kadar jenayah berulang tahun lepas berada pada 7.61 peratus, menurun daripada 2012 dan perkembangan itu satu petanda yang amat baik di samping menunjukkan keberkesanan program-program pemulihan yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia.

Ucapan Menteri KDN

Mendengar ucapan Menteri

Dr Zainal Kling dan barisan ahli panel tajuk 'Penjara Sejahtera' 

Perabot yang menarik perhatian

Pelbagai info disediakan

New Blue Ocean Strategy (NBOS) idea YAB PM

Pakaian yang digunakan turut dipamer

Pengunjung yang hadir meninjau pameran yang diadakan

Anugerah diperolehi

Pameran di luar dewan

Produk hasil banduan yang kreatif dan berkualiti



DS Ahmad Zahid Hamidi ditanya tentang hasrat anak beliau ingin bertanding PRK Kajang dan menegaskan ia kerusi MCA.

1 ulasan:

Khir Khalid berkata...

Amat menyokong konsep penjara sejahtera ini demi keharmonian msykt seluruhnya.. semoga segala usaha murni ini beroleh keberkatan dari Allah swt.. aamiin.

Cari Blog Ini

Translate