Agak ganjil membaca berita dan berharap sesiapa dapat sahkan adakah sudah ada permit atau tidak perhimpunan ini.
Selepas gagal di Kajang pihak PKR nampaknya cuba mencari sisa-sisa penyokong mereka yang semakin hilang kerana kecewa melihat penipuan demi penipuan dilakukan oleh ANWAR, termasuk Wan Azizah.
Terbaru penafian mereka mengenali pilot MH370 kapten Zaharie akhirnya ditukar kepada pengakuan bahawa mereka sebenarnya mengenali beliau. Namun penipuan ini gagal disedari pengundi Kajang sehingga mereka tetap tegar memilih Wan Azizah juga sebagai wakil mereka. Jangan kata penipu habuan
Selain itu nampak agenda mengangkat nama Nik Aziz apabila nama beliau diletak lebih tinggi dari nama Menteri Besar Kelantan dalam iklan akhbar Sinar Harian edisi Kelantan di atas.
Sepatutnya kedudukan Ust Ahmad sebagai MB perlu dihormati penganjur dan kita nampak ia seperti taktik untuk merendahkan MB Kelantan yang semakin mesra dengan Kerajaan Persekutuan demi kebaikan rakyat sekelian - Panglima Perang Cyber
1 ulasan:
Cuba bayangkan. Walaupun penduduk Kajang tahu Anwar kaki liwat, mempermainkan demokrasi ikut suka mak bapak dia dan segala macam perangai buruk mereka, tapi mereka ,masih mengundi PKR. Sebab apa? Sebab rakyat dah meluat dengan BN khususnya Najib dan KJ dan tahap meluat ini mengatasi segala-galanya.
Pengundi Kajang
Catat Ulasan