Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Mac 2014

Isu Bomoh VIP - Video @Youtube Menteri @Zahid_Hamidi Malukan @MahfuzOmar Di Parlimen Semalam

Kuala Lumpur – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan salah seorang pengikut 'Raja Bomoh' yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) baru-baru ini adalah berasal dari Pokok Sena.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika sesi Sidang Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mahfuz ketika membangkitkan soalan tambahan, cuba mengaitkan Zahid yang kononnya mempunyai hubungan dengan 'Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin.

"Saya kena perlu berhati-hati bertanya soalan kepada Menteri Dalam Negeri, kerana dia Khalifah kepada seni mempertahankan diri 'Bomoh MH370' baru-baru ini. Saya takut silap nanti, dia lempang saya macam buaya" katanya.

Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan itu, Zahid menafikan beliau mempunyai hubungan dengan 'Raja Bomoh' itu.

"Saya terpaksa jawab juga soalan-soalan meleret ini. Walaupun soalan itu (bersifat) menyindir, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak kenal langsung orang itu (Raja Bomoh). Saya tidak kenal bomoh itu langsung. Dia memang kenal sayalah, macam saya kenal Yang Berhormat.

"Tetapi salah seorang yang pegang dayung itu (dan) yang pegang buah kelapa itu adalah dari Pokok Sena. Itu saya pasti, boleh check. Saya khuatir guru dia adalah ahli parlimen Pokok Sena," sindir Zahid.

Semalam beberapa portal melaporkan, kononnya 'Raja Bomoh' itu mengenali Zahid secara rapat.

Raja Bomoh mencuri tumpuan di Parlimen pagi tadi apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mejawab sindiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dengan berkata, "saya tidak kenal Raja Bomoh tapi saya tahu pengikutnya dari Pokok Sena. Mungkin anak murid Pokok Sena."




Baca juga artikel saya semalam



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate