Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mac 2014

Pandangan 2 Sen @panglima_cyber Kehilangan #MH370


Beberapa iktibar dari kejadian ini boleh kita pelajari. Bukanlah saya ingin menangguk di air keruh namun sebagai Blogger sudah tentu saya  ingin untuk menulis tanpa menyelitkan spekulasi palsu untuk memerangkap emosi pembaca khususnya keluarga yang terlibat di dalam insiden paling menarik perhatian seluruh dunia ketika ini. 

Beberapa iktibar saya dapat simpulkan berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling kita iaitu : 

1. Allah ingin menunjukkan di atas kecanggihan teknologi ada lagi kuasa yang boleh mengalahkan teknologi tersebut. Kerana itu teknologi perlu disandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan Maha Esa dan Maha Berkuasa barulah keselamatan dan perlindungan akan diperolehi oleh semua yang menggunakannya.

2. Kecanggihan juga belum tentu akan menatijahkan sikap mulia apabila banyak berita palsu berlegar di ruang maya dan juga ruang  minda rakyat jelata. Perkara ini jelas menunjukkan bukan sahaja bab politik tetapi bab berita juga telah dicemari sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang tergamak menyebarkan berita palsu. Sepatutnya kecanggihan mengiringi ketinggian akal dan akhlak sehingga menyekat sebarang info palsu dari tersebar seperti taufan Katrina di Amerika.


                                                       Hurricane Katrina August 28 2005 NASA.jpg
Hurricane Katrina melanda Amerika pada 28 Ogos 2005


3. Pengguna juga didapati tidak memeriksa maklumat yang diperolehi lalu dengan cepat menyebar kan perkara tersebut tanpa mendapat kesahihan  atas apa yang disampaikan kepadanya. Lalu berlakulah perkara yang menyakitkan perasaan, mengancam keamanan yang jika tidak dibendung boleh membawa malapetaka lebih besar pada masa hadapan.

4. Ketika diuji dengan dugaan sangat besar maka kita melihat semangat beragama kembali mekar di dalam hati sanubari rakyat. Perkara ini berlaku tanpa dirancang meskipun ada juga bomoh yang muncul membuat ritual tidak sepatutnya dibuat di khalayak ramai sehingga menjadikan suasana makin keliru dengan apa yang berlaku.

Raja Bomoh


5. Situasi ini juga telah menyatukan fahaman agama dan politik rakyat di mana semua berganding bahu mendoakan penemuan pesawat yang dikatakan telah hilang tersebut. Walaupun berbagai spekulasi bertiup namun hakikat sebenar masih belum dapat dipastikan kesahihannya dan kita mesti terus berdoa dan berharap pada Yang Maha Berkuasa.



Panglima Perang Cyber
Penembak-Tepat.com
Khamis  13.3.2014

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate