Kes kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines pada pendapat saya ianya adalah satu konspirasi oleh pihak yang mahu negara Malaysia menjadi huru hara. Teori saya berpandukan kepada beberapa pekara dan juga subjek yang dilihat berpotensi untuk terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370. Teori ini bukan mahu mencampuri urusan pihak kerajaan dalam misi mencari pesawat MH370 namun ianya lebih kepada pendapat dan pandangan peribadi saya.
Keputusan Kes Liwat Dato Sri Anwar Ibrahim 7 Mac 2014:
7 Mac 2014 - perbicaraan hari kedua di istana Kehakiman mahkamah Putrajaya berlangsung yang mana pada hari tersebut perbicaraan dijangkakan selesai namun keputusan penghakiman oleh ketiga tiga hakim belum dapat diketahui dan bila tarikh keputusan hukuman yang akan dikenakan kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim sama ada beliau bebas ataupun disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.
7 Mac 2014 - setelah selesai penghujahan kedua dua pihak yang melibatkan pihak pendakwaraya diketuai Tan Sri Shafee Abdullah dan peguambela Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh. Dato Sri Anwar Ibrahim bangun dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman kepada beliau pada petang itu dan tidak mahu penghakiman menetapkan tarikh lain untuk keputusan penghakiman.
7 Mac 2014 - Mahkamah rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato Sri Anwar Ibrahim kerana meliwat pembantu peribadinya. Namun hukuman penjara tersebut ditangguhkan setelah pihak peguambela Anwar Ibrahim memohon kepada mahkamah untuk menfailkan rayuan ke mahkamah Persekutaun. Anwar Ibrahim diikiat jamin sebanyak RM10,000.
7 Mac 2014 - Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad hadir ketika Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar Ibrahim bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.
7 Mac 2014 - am 9.00 malam - Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad tiba di KLIA bagi persiapan manjalankan tugas menerbangkan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.
7 Mac 2014 - Dalam satu pentas ceramah di Kajang Timbalan Presiden PKR Yb Azmin Ali melancarkan Reformasi 2.0 yang mana mahu rakyat turun ke jalanraya bagi membantah keputusan hakim yang menyabitkan Anwar Ibrahim bersalah meliwat dan dikenakan hukuman penjara 5 tahun.
7 Mac 2014 - 11.00 malam di Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan Utama
Lokasi: Bangunan Mat Saman, Kg Sekamat, Batu 13, Jalan Cheras Dato Sri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi laungan Reformasi mengajak rakyat turun ke jalanraya bagi membela beliau dari sabitan meliwat.
8 Mac 2014 - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi pada hari yang sama.
8 Mac 2014 - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada 1.30 pagi 120 batu nautika di perairan timur Kota Baharu, Kelantan.
8 Mac 2014 - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
8 Mac 2014 - Kenyataan media daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu, kesemua keluarga penumpang telah dimaklumkan dan pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
8 Mac 2014 - Pimpinan PKR mengritik kerajaan Malaysia dalam mengatasi kehilangan pesawat MH370. Malah rata rata pimpinan PKR melabelkan Dato Sri Najib Razak gagal sebagai Perdana Menteri kerana tidak mampu menangani kes kehilangan pesawat MH370.
8 Mac 2014 - Pimpinan UMNO seluruh Malaysia berhimpun di Pusat Latihan UMNO Janda Baik bagi menghadiri kursus kepimpinan. Seluruh Ahli parlimen UMNO turut sama berada di Janda Baik yang mana kursus kepimpinan tersebut berakhir pada 9 Mac 2014.
8 Mac 2014 - YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan pemangku menteri pengangkutan Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein membuat sidang media penjelasan kehilangan pesawat MH370.
9 Mac 2014 - Demosntrasi Reformasi 2.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan. Pimpinan PKR juga tidak hadir dan ini memaksa demonstrasi Reformasi 2.0 dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan.
9 Mac 2014 - Utusan Malaysia menerbitkan berita Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, memiliki sistem simulator penerbangan Boeing 777 yang dibuatnya sendiri di rumah.
9 Mac 2014 - Dato Sri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berceramah di Saujana Impian Kajang pada malam itu tidak hadir atas sebab yang tidak dapat PKR jelaskan.
10 Mac 2014 - Sidang parlimen penggal kedua bermula yang mana ahli parlimen Pakatan Pembangkang yang diketuai Dato Sri Anwar Ibrahim memboikot dengan tidak memakai pakaian istiadat. Pakatan Pembangkang pada hari itu juga membuat usul dalam isu pesawat MH370 untuk dibahaskan di dalam Parlimen. YDP Speaker menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang.
10 Mac 2014 - Laporan dalaman menyatakan bahawa satu perancangan telah diatur oleh Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang pada hari itu untuk membuat usul undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.
10 Mac 2014 - Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa melalui akaun Twitter dan Fecbook beliau mengesahkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad ahli parlimen PKR seumur hidup dan merupakan ahli PKR cabang Subang dan merupakan penyokong tegar PKR.
10 Mac 2014 - Wartawan negara asing membanjiri Malaysia dan berkumpul di KLIA dengan mencetuskan soalan soalan provokasi akan kegagalan kerajaan Malaysia menangani kes kehilangan pesawat MH370
11 Mac 2014 - Pemimpin pembangkang terus menyerang kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib dengan melabelkan YAB PM lemah dan kerajaan tidak bertanggungjawap.
11 Mac 2014 - Misi mencari pesawat MH370 diteruskan dengan bantuan 13 negara.
12 Mac 2014 - TUDM nafi kesan MH370 di ruang udara Selat Melaka. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan media bahawa pihak tentera mengesan pesawat MH370 yang hilang itu di ruang udara Selat Melaka, jauh dari kawasan ia berhubung kali terakhir dengan pengawal trafik udara awam sebelum hilang empat hari lalu.
12 Mac 2014 - Dato Sri Anwar Ibrahim terus memperlekehkan kerajaan dalam mengurus isu pesawat MH370 yang masih lagi hilang. Dalam pentas ceramah beliau serta pimpinan Pakatan Pembangkang memperli dan mempersendakan YAB PM Dato Sri Najib Tun Razak.
13 Mac 2014 - Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 meneruskan penerbangan selama empat jam selepas ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, lapor The Wall Street Journal
Syak wasangka itu adalah berdasarkan data daripada enjin pesawat berkenaan yang dimuat turun secara automatik dan dipancarkan ke permukaan darat sebagai sebahagian daripada rutin program penyelenggaraan
13 Mac 2014 - Transponder pesawat MH370 yang tidak mengeluarkan isyarat ketika hilang sama ada sengaja ditutup atau lain-lain kemungkinan sedang disiasat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
13 Mac 2014 - Pemimpin PKR melabelkan kerajaan dibawah kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib gagal.
14 Mac 2014 - Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media, pihaknya masih menyiasat kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas. Selain itu, operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan akan dihentikan dan turut dinyatakan bahawa komunikasi satelit terakhir pesawat adalah sama ada menuju ke selatan Lautan Hindi atau menghala ke arah Kazakhstan
15 Mac 2014 - Pesawat MH370 disahkan telah berpatah balik dengan Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan secara sengaja sebelum menghampiri pantai timur Semenanjung. Menurut laporan melalui sidang akhbar khas di Hotel Sama Sama, juga didedahkan bahawa komunikasi terakhir antara MH370 dan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi, Sabtu lalu. Kini tumpuan pencarian MH370 adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi
15 Mac 2014 - Sistem komuniasi pesawat (ACARS) dimatikan dengan sengaja dan tumpuan penyiasatan menfokuskan kepada juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
15 Mac 2014 - Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.
16 Mac 2014 - Maklumat terdekat dengan keluarga juruterbang turut mengesahkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menghantar anak dan isteri beliau ke Australia sebelum insiden kehilangan pesawat MH370.
To Be Continue......
Teori yang saya nyatakan dalam artikel ini bercampur campur dengan pelbagai pekara penting yang sebenarnya bersangkut paut dengan kes kehilangan pesawat MH370. Akan saya huraikan dalam masa masa terdekat konspirasi ini. Saya yakin anak kapal dan juga penumpang pesawat MH370 kini dalam keadaan yang selamat dan saya juga yakin kerajaan Malaysia, China dan juga Amerika bekerjasama dalam pekara ini yang mana siasatan terus berjalan sehingga dalang utama rampasan MH370 ditangkap.
Dari blog :
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan