Hampir 20,000 umat Islam hadir memeriahkan majlis selawat mega 'Malam Cinta Rasul' yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malam tadi.
Majlis yang berlangsung di Stadium TLDM itu dianjurkan sempena Sambutan Hari TLDM ke– 80.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut hadir ke majlis itu, berkata sambutan yang diterima amat membanggakan.
"Ramai yang datang malam ini dan ia amat membanggakan," katanya.
Tambahnya lagi, banyak manfaat dapat diperolehi daripada program sebegini.
"Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan semangat cinta Rasul dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam kehidupan," katanya lagi.
Beliau juga berkata, secara tidak langsung, program ini mampu mengeratkan lagi silaturahim di kalangan masyarakat dan warga TLDM sendiri.
"Majlis seperti ini dapat mengeratkan ukhwah di kalangan warga serta masyarakat setempat," ujarnya lagi.
Ujarnya lagi, perkara ini juga sejajar dengan Pelan Strategik Lautan Biru (NBOS)
"Usaha ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan jalinan kerjasama sejajar dengan pelan tersebut," tambahnya lagi.
Program itu mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Lembaga Air Perak (LAP), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung serta Pejabat ADUN Pangkor.
Turut hadir Penglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Program Malam Cinta Rasul ini tidak ketinggalan menampilkan Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf yang dijemput khas dari Indonesia.
Sedutan rakaman :
Panglima : ketika dibuat di Dataran Merdeka dihadiri TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin anggota PDRM turut
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan