Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 April 2014

Demonstrasi GST 1 Mei 2014 : Tanggung risiko jika tidak patuh Akta Perhimpunan Aman - @Zahid_Hamidi




Patuhi Akta Perhimpunan Aman Atau Berdepan Tindakan Tegas - Ahmad Zahid

ALOR GAJAH, 26 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan mereka yang terlibat dalam perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjur dan mereka yang terlibat perlu memastikan perhimpunan tidak mengganggu ketenteraman rakyat.

"Namun jika ada di kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat yang dikenakan di dalam Akta Perhimpunan Aman cara saya tidak akan pernah memberi amaran.

"Kita beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukan di luar daripada syarat yang diberikan maka mereka harus menanggung risiko," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ahmad Zahid mengulas rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan bagi membantah pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pihak penganjur supaya menukar lokasi perhimpunan itu dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka kerana dataran tersebut kini sedang dalam proses renovasi.

"Jangan jadikan Akta Perhimpunan Aman untuk (membolehkan) mereka berhimpun di Dataran Merdeka, mereka boleh menggunakan Stadium Merdeka setelah mendapat kebenaran.

"Kalau mereka tidak puas hati tentang apa-apa isu termasuk GST mereka boleh nyatakan alasan dalam perhimpunan di stadium itu secara aman," katanya.

Mengulas mengenai kegiatan penculikan di Sabah, Ahmad Zahid berkata pasukan keselamatan negara sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap sedia kerana percaya kumpulan tersebut bukan sekadar merancang penculikan malah turut merancang untuk melakukan pencerobohan ke negara ini.

"Ada terdapat maklumat kita terima ada kumpulan sasarkan pesta tertentu di Sabah untuk ganggu serta lakukan penculikan.

"Tetapi kita tahu itu bukan sasaran mereka sebaliknya (mereka) menumpukan kawasan yang tidak diawasi pihak berkuasa," katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate